Memori 2013
Hari terakhir 2013 esok bermula juga satu fasa lagi di dalam kehidupan kita, fasa melalui tahun 2014 yang semakin mencabar mungkin. Tiada azam baru (dah bertahun-tahun memang tak ada azam selain satu dua perkara yang menjadi keutamaan yang ingin dicapai itupun untuk jangka panjang).
Terlalu banyak pahit dan manis pada tahun ini semuanya bercampur baur. Air mata yang jatuh Allah s.w.t beri kemanisan kemudiannya. Siapa kita untuk menghalang takdirnya. Air mata tumpah dihari perginya ibu saudara tersayang pada bulan Febuari, seminggu kemudian kehilangan janin yang sedang membesar di dalam kandungan dan pada April tok (nenek) menghembuskan nafas yang terakhir mengikut jejak mak lang. Terkesan. Lemas sehingga hati tidak keruan.
Febuari juga Allah telah tetapkan rezeki kami mungkin, rumah teres yang menjadi salah satu azam untuk dimiliki telah bertukar tangan kuncinya. Bertambah manis bila rumah tersebut adalah hasil penat lelah sendiri tanpa dikongsi. 3 November 2013 kami sekeluarga mampu tersenyum kerana menerima ahli keluarga baru bila abang yang sekian lama membujang bertemu jodoh. 14 November 2013 sekali lagi Allah menghadiahkan hari gembira bila Kakak Hayani mendapat 4A1B di dalam peperiksaan UPSR semoga selepas ini kejayaan akan sentiasa bersama dia.
Itulah antara hari besar yang akan menjadi ingatan sepanjang perjalanan kehidupan. Kenyataan kehidupan yang bakal dikenang senyum, tangis dan ketawa itulah pelengkap kitaran hidup.
13 Rider Beraksi: