Perginya Tak Kembali

9:37 PG JunAina 14 Comments


Semalaman tidur tak lena. Pusing kiri pusing kanan bila terlelap kerap pula terjaga. Hati sedikit gundah. Selepas petangnya mendapat berita sedih ceritanya boleh baca kat sini hati dup dap dup dap sahaja. Hati tak putus-putus mendoakan kesejahteraan dia walaupun sedikit lega bila Ayah Ngah sms bagitahu doktor sudah buat pintasan jantung dan telah melepasi tahap kritikal.


Pagi ini walapun hati sedikit haru tetapi tetap sembunyikan perasaan itu dari suami. Serba salah umpamanya 'ditelan mati emak diluah mati bapak' antara kehendak suami dan anak-anak. Sedih seab bila turutkan suami terpaksa lukakan hati anak-anak dan bila turutkan anak-anak terpaksa lukakan hati suami. Kalaulah saya boleh puaskan hati keduanya alangkah bahagianya. Tapi boleh ke?


8.09am dapat panggilan dari Ayah Ngah.

'Adik. Ayah Long dah tak ada'
Saya diam kaku, terkedu terasa diri melayang.
'Innalillah...'
'Bila?'
'Baru pagi ni Ayah Ngah dah keluar kerja sebenarnya'
'Kebumi pukul berapa?'
'Tak tahu lagi nanti Ayah Ngah bagitahu kemudian, mungkin pukul 3pm'


8.11am. Nombor telefon Kak Lah terpampang di skrin telefon. Saya kuatkan semangat. Dari jauh saya terdengar esak tangisnya tanpa kata. Air mata saya tumpah lagi. Kali ini air mata saya tumpah kerana turut bersedih mendengar esak tangis seorang isteri yang kehilangan suami teman hidupnya berpuluh tahun. Hati mana mampu menahan. Dalam sebak, dalam air mata saya tetap cuba menenangkan dia. Hanya itu yang mampu saya lakukan.



Telefon adik minta dia bagitahu Abang Iqbal, tak sanggup saya hendak sampaikan berita sedih ini. Sudahlah saya tidak dapat bawa mereka ke sana ziarah jenazah dan melihatnya kali terakhir. Kemudian saya telefon mak, dalam esak tangis saya bagitahu mak. Sedih saya tangis saya air mata saya tumpah kerana anak-anak. Kalaulah saya dapat bawak mereka ke sana saya cukup berpuas hati walau anak-anak hanya dapat menatap wajah kaku Ayah Long.


Hidup saya tidak banyak pilihan. Walau apapun yang terjadi saya redha menerima segalanya tetapi bila melibatkan anak-anak hati saya cepat tersentuh, jiwa saya cepat mencair. Sebagai isteri syurga saya adalah bersama suami, setiap keputusannya mesti saya patuhi walaupun saya terpaksa melukakan hati anak-anak sendiri. Saya sentiasa berharap anak-anak akan faham situasi emak mereka.


Sekian luahan perasaan untuk meredakan rawan di hati.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Salam takziah. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Amin

    BalasPadam
  2. Bila dah baca entri yg SINI tu..bru sy paham situasi k.jun, sabarlah...mungkin ada hikmah atas segalanya, ya...kita sbgai isteri..syurga terletak pada suami...takziah...alfatihah...moga arwah ditempatkan dikalangan orng yg soleh...

    BalasPadam
  3. takziah kak..sabarlah hadapi dugaan..al-fatihah buat arwah ye..moga rohnya dicucuri rahmat..amin..

    BalasPadam
  4. salam takziah dari saya...kehilangan orang yang tersayang sukar untuk diluahkan melalui kata-kata.....

    BalasPadam
  5. Innalillahhiwainnailaihirojiun...

    BalasPadam
  6. Akhirnya dia pergi juga Aina. Apa pun itulah kehendak Allah. Aina berada dipersimpangan. Kakak faham tapi apakan daya sebagai isteri kena patuh juga daripada ianya menjadi sebab bermasam muka yg berpanjangan.. insya-allah bila anak-anak dah boleh berfikir mereka juga akan faham.

    Salam takziah dari kakak... doakan moga roh Ayah Long tenang di sana.

    BalasPadam
  7. sad to hear this. semoga roh beliau di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.

    BalasPadam
  8. kite kirim doa je akak.. ape nak buat. hati suami yg utama nak dijaga...

    BalasPadam
  9. Salam takziah dari kak Zai. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  10. al fatihah..

    awak tabahkan hati ya...

    BalasPadam
  11. Tak pelah ada masa nanti JA pergilah bawak anak2...mereka pun faham....syurga seorang ibu adalah suaminya

    BalasPadam