Pembuli Jalan Raya

2:35 PTG JunAina 18 Comments


Sejak mula memandu 6 tahun lepas berbagai pengalaman saya lalui sebab kebanyakan masa saya memandu adalah tanpa suami hanya anak-anak atau adik. Pemanduan jarak dekat mahu pun jarak jauh saya sudah terbiasa. Berulang dari Kajang ke Perlis berkali-kali setahun, saya lali dengan perjalanan di lebuhraya sepanjang lebih 500km. Suami yakin dengan saya jadi secara automatik keyakinan itu meresap ke dalam jiwa saya. Sebulan selepas saya mendapat lesen memandu dan mendapat kunci kereta juga suami izinkan saya memandu balik ke Perlis bersama anak-anak. Sebab kepercayaan dia saya percaya pada diri sendiri yang saya boleh buat.


Balik dari kampung menuju ke Kajang pada cuti Awal Muharram lalu saya terasa sedikit stress, mungkin sebab keletihan menguruskan kenduri. Pada hari tersebut juga kereta agak banyak di lebuhraya dan jalan sangat sesak sebelum Terowong Menora kerana lori rosak di dalam terowong, selalu sangat rasanya lori rosak di situ. Bayangkan dalam keadaan trafik yang meningkat punyalah jauh dia punya jem!


Selepas Gopeng jalan kembali seperti biasa tetapi nasib saya agak tidak baik bila 'dimain-mainkan' oleh pembuli jalan raya. Memandu dengan agak selamba dilorong paling kanan. Saya mengikut rapat dari belakang dengan harapan dia akan mengubah laluan tetapi hampa. Beberapa kali saya menaikkan lampu juga tidak di layan. Saya kemudian menukar ke lane kiri dan cuba memotong dan dia tak semena-mena jugak melajukan kenderaan dan saya terpaksa menekan break sebab tidak sempat masuk ke lorong kanan semula.  Beberapa kali dia mempermainkan saya sebegitu. Mungkin dia melihat di dalam kereta adalah perempuan dan hanya bersama anak-anak kecil jadi dia boleh menang.


Bila kesabaran saya semakin menipis dan akal di kuasai emosi macam-macam boleh jadi. Saya mengikut dari belakang dengan mengagak jarak kenderaan di lane kiri agak jauh saya terus keluar dan masuk dengan cepat di hadapan kereta tersebut yang membuatkan dia terpaksa break mengejut! Saya bukanlah kejam sebab dah tengok juga kereta di belakang masih jauh sebab tu berani buat.


Ikutlah pertimbangan akal bila memandu. Jalan raya bukan milik kita. Kalau nak makan angin duduklah lane yang sepatutnya jangan menyusahkan orang belakang. Kelajuan di lebuhraya 110km/jam kalau pemandu lain ingin memandu lebih laju beri sahaja laluan sebab mereka yang akan menanggung akibatnya bukan kita. Jadi bertolak ansurlah.



You Might Also Like

18 ulasan:


  1. Kesabaran ada tahapnya, kan Jun. Apa-apa pun hati-hati di jalan raya, ye.

    BalasPadam
  2. bila buku bertemu ruas nie la makan nya~

    BalasPadam
  3. salam singgah. pengguna jalan raya ada macam2 style. ada yg sangattttttt laju, ada pulak yg sangattttttt slow. hehehe. saya rasa, asalkan berhemah & pikir yg jalan raya ni dikongsi oleh ramai orang, mesti rakyat malaysia akan jadi pemandu yg terbaik ;)

    BalasPadam
  4. hai..mujur takde apa2 yg berlaku..sabar jelah kan..kat jalanraya ni mmg mcm2 perangai pemandu yg kita nampak hari2..

    BalasPadam
  5. BW sini. geram pulak saya baca, dorang ingat driver perempuan ni senang dibuli agaknya.

    BalasPadam
  6. nekcik ada lesen steam roll Aina..he..he

    BalasPadam
  7. tabik Aina berani travel jauh2 na.saya dekat2 ok.jauh tk cnfident.walaupun kreta ok takut pulak jdi apa2 tngah jln.kita pompuan pulak..takut.

    BalasPadam
  8. Fuh hebat lady driver sorang ni!.. nak buat macam mana dah kampung terletak di Perlis..laju je le balik kan.. selagi mak ayah ada sanggup kita turun naik redah hiway..Insyaallah Allah pelihara aina dan anak-anak.

    BalasPadam
  9. Kalau nak cakap pasal sikap pemandu di Malaysia ni, mmg menyakitkan hati

    BalasPadam
  10. sabar jelah kan kak..macam2 sikap pemandu kat malaysia ni...

    BalasPadam
  11. Assalam...

    Keyakinan diri itu penting lebih2 lg dpt sokongat dn semangat dr org tersayang...

    Kita kena bertimbangrasa di jln raya,ada cara utk kita berkomunikasi sesama kita ketika memandu iaitu lampu isyarat..gunakan ia sepenuhnya waktu perlu supaya memudahkan org lain....terimaksih sudi harik ke blog usang saya....

    BalasPadam
  12. menyampahj ja dgn pemandu jenis buat jalan macam pak dia yg punya ..

    BalasPadam
  13. kdg2 drivers nie mencabar tak kena tempat kan, ikut hati puas depa je..huhu

    BalasPadam
  14. kak jun...
    beraninya laaahaiii akak drive sensorg ek..sampai perelis tuhh...kl yan kan...sekarang ni kat highway pun hubby tak bg bawak...(sbb bawak kete diaa.....ahahahah)

    BalasPadam
  15. Kadang2 dia tengok perempuan yang drive, lagi syok dia membuli

    BalasPadam
  16. org ske bwk slow kt lane kanan ni, patut pas kita potong dr kiri, kita dok dpn dia, kita bwk 90kmj je dpn dia. tgk dia leh sabar ke x. klu dia marah or nak potong dr kiri pulak, kita pon tekan je la minyak tinggalkan dia. keh keh keh

    BalasPadam
  17. Betul tu kalau emosi menguasai akal fikiran...mmg apa pun boleh jadi..... Tapi Okje tak seberani awak JA...takut!!

    BalasPadam