Tip Jaga Kesihatan Buah Pinggang

2:41 PTG JunAina 15 Comments

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

Buah pinggang adalah organ penting yang mempunyai banyak fungsi. Ia memastikan tubuh kita bersih daripada sebarang toksin, selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh. Satu lagi fungsi penting buah pinggang ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah. Memandangkan fungsinya yang penting maka ia organ ini perlu dijaga. Jadikan perkara di bawah sebagai rutin anda menjaga kesihatan buat pinggang.

Mengatur pola makan.

Pilih makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran terutama sayuran organic serta jauhi makanan olahan. Paling penting, kurangkan pengambilan garam berlebihan serta ambil banyak ikan atau daging putih tanpa lemak.

Jaga pencernaan.

Menjaga pencernaan adalah langkah yang disarankan. Ini dapat dilakukan dengan menambah pengambilan makanan probiotik dan prebiotik serta makanan memiliki serat yang cukup tinggi.

Jauhi kebiasaan negatif.

Jauhi kebiasaan merokok mahupun minum minuman beralkohol. Ini kerana, kandungan nikotin dalam rokok mengganggu fungsi ginjal, manakala alcohol boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dalam tubuh.

Minum air putih.
Minumlah air putih dengan keperluan tubuh, sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari. Ini amat baik untuk mejaga dan merawat kesihatan buah pinggang anda.

Olahraga rutin.

Rajin berolahraga merupakan tip mudah menjaga kesihatan buah pinggang. Anda boleh melakukan aktiviti mudah seperti berjalan kaki atau berlari setiap hari.

Elakkan ubat-ubatan.

Usahakan agar tidak mengambil ubat-ubatan, ubat penahan sakit ataupun antibiotic selagi ammpu. Ini kerana, antara sebab masalah buah pinggang adalah ubat-ubatan ini. Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada doctor sebelum mengambil ubat-ubatan.

Sumber  :  Majalah Mingguan Wanita
                 07-13 Jun 2013.


You Might Also Like

15 ulasan:

  1. Bukan buah pinggang saja nak dijaga, organ lain pun. Tapi benda dalam badan mana nak nampak.. selagi tak beri rasa sakit.. kita anggap sihat dan elok je.. makan selagi boleh..dah baca macam2 tapi tak nak ikut..(mengeluh pada diri sendiri..)

    BalasPadam
  2. bagus tips ni..nak amalkan tu yg payah..hehe

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Aina...
    apa yg Aina tuliskan semuanya benar...
    andai awal dijaga dgn baik pemakanan.. tidaklah akak dialysis sekarang ni.... :(

    BalasPadam
  4. saya pun jenis selagi boleh bertahan sakit tu saya takkan amik ubat.. dari dulu lagi.

    BalasPadam
  5. Salam kenal dan sudah follow...bgus entry nih... :)

    BalasPadam
  6. salam ziarah kembali dari kak zu..

    BalasPadam
  7. bagus n3 ni kak...kat ofis saya ada sorang tgh sakit buah pinggang ni...seminggu 3x kena dialisis...huhu...kesian sgt...

    BalasPadam
  8. tips yang berguna...teirma kasih

    jom singgah ke blog Kancil

    http://kancil8349.blogspot.com/2013/06/wordless-wednesday-59.html

    BalasPadam
  9. TQSm 4 sharing...sharing is caring....

    BalasPadam
  10. Salam JunAina..

    Selain jantung, buah pinggang memang organ yang penting dalam badan kita. Terima kasih perkongsian yang sangat berguna ni..

    BalasPadam
  11. ini tidakkan RS...makan balun, tidur pun balun hehe

    BalasPadam
  12. Saya amat setuju, sebab kidney sebelah kiri saya hampir rosak gara-gara batu karang, gara-gara kurang minum air. Lepas tahu pasal hal ini, satu hari saya minum paling kurang 1.3 liter air kosong. Alhamdulillah batu karang hilang tanpa perlu buat procedure.

    BalasPadam