Tip Tambah Berat Badan

10:37 PG JunAina 22 Comments

Pagi-pagi seperti biasa seorang kakak ni telefon ajak pergi sarapan. Kat mamak je pun.
Roti telur 2 keping, kuih sagu satu dan kopi panas segelas.
Kekenyangan nak jalan pun rasa mengah. Terasa makan banyak sangat.
Berkerut-kerut muka dalam lif...hahaaaa...

Kebelakangan ini ramai yang menegur. Kurus. Muka cengkung.
Pelik orang lain susah hati berat badan naik depa bising pulak bila orang nampak kurus.
Belum lagi nampak cam jerangkung, ok lagi ni.
Katanya tak cantik bila kurus sangat. Biar berisi. Biar pipi nampak tembam sikit baru comel. Nampak gebus.
Hai kawan-kawan. Perihatin sungguh.

Ingat senang ke nak naikkan berat badan?
Sejak keguguran dan hilang 7 kilogram berat badan pola pemakanan tetap sama.
Tak pernah berubah. Lagi lebih makan adalah.
Tetapi tetap makan sesenduk. Masih sama makan sepinggan. Tak ada siapa pun makan 2-3 senduk mahupun 2-3 pinggan tetapi bila sesenduk tu cedok dua tiga kalilah masuk dalam sepinggan tu tak ada lah pulak berganti pinggan. Pening? Layan jelah.

Nak tambah berat badan pun bukanlah boleh makan ikut hati sahaja. Masih perlu ambik kira kalori dan neutrin yang kita ambik. Tau-tau nanti dapat penyakit lain pulak kalau main hentam sahaja. Sia-sia je. Buat masa sekarang walaupun masih dalam usaha untuk menambah berat badan apa yang di makan tetap sama sahaja. Kalau dulu tengahari kongsi nasi kandar sepinggan bahagi dua dengan Pak Tuan sekarang pun masih sama, tak berubah.

Makan masih kawal kalori, mesti ambik makanan yang berkabohidrat tinggi yang penting nasilah. Makan ikut masa. Sarapan, makan tengahari dan makan malam tak pernah skip. Kadang-kadang minum petang dan makan lewat malam pun buat jugak. Bergantung pada keadaan dan bergantung pada apa yang ada depan mata masa tu. Kalau sedap laju ja. Paling penting susu tak pernah tinggal (syaa penggemar susu dari dulu dan selamanya) dan sekarang mula menjadi penggemar jus, kalau dulu tengok jus buah-buahan apa lagi sayur-sayuran rasa tak boleh nak telan sahaja. Rutin senaman tak ada yang berat-berat pun, bangun pagi hanya ambik masa 10-15 minit untuk buat regangan terutama untuk bahagian bahu (hari tukan sakit belikat).

Bukan senang nak tambah berat badan. Kata orang ambik suppliment tertentu tapi saya hanya ambik suppliment untuk sihat. Bila sihat, emosi stabil. Emosi yang stabil akan mempengaruhi cara pemakanan dan selera kita. Kurus atau gemuk paling penting sihat. Paling utama kita enjoy our life.

Ada beza ke dua gambar ni? Mungkin cara pemakaian tudung tu mempengaruhi bentuk muka. Gambar kedua tu memang selepet rasa lemah lagi masa tu selepas 2 minggu keguguran. 


Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

You Might Also Like

22 ulasan:

  1. macam tu la aina...acik pulak..kena tegur..kenapa ko gemuk sangat sekarang ni..bila acik kurus..ish tak elok la ko kurus..nampak tua sangat..sabo je acik

    BalasPadam
  2. salam kak jun..x gemuk pun sy tengok dlm foto tu...kurus or gemuk x penting..yg penting sihat n bebas dari penyakit kan? OK, done follow your blog here. Happy blogging, kak jun!

    BalasPadam
  3. kalau sy nak kurangkan berat badan ada la. dah terlebih lebih berat dah ni.

    BalasPadam
  4. Kalau kurus janji sihat Aina.. :)

    BalasPadam
  5. Betui2.. yang penting sihat..
    gemuk ke kurus tak kisah... asal sihat

    BalasPadam
  6. kata dietis. lps ambil nasi tgahari ambil roti.
    slmat mcuba

    tapi part gambar tu. mmg beza. sbb nampak tubuh digambar kedua besar dr gambar kedua

    BalasPadam
  7. betul..setuju statement tu. ada orang senang je naik berat badan. kita ni jatuh kategori yang sama..susah nak naik. nak turunnya senang je. demam sehari dua pun dah cukup untuk berat badan merudum. amalan pemakanan yang bersesuaian tu agak rumit bagi saya....bukan boleh semberono je.

    BalasPadam
  8. takpe la sis..jnji sihat kan? mcam sy pun orng asik tegur kurus. tp nak buat mcm mna..dah mmng kita macam ni. redha je la..jnji shat..

    BalasPadam
  9. jeles tau orang nak tambah berat badan,,, kitani nak kurangkan sekilopun punya payah... pbetoi gak kan leh hentam kromo pasal makan2 nikan nanti yang sakit kita jgkan...

    BalasPadam
  10. saya jenis senang naik susah turun.. bab makan.. laju je.. ;)

    BalasPadam
  11. Saya tengah nak naikkan berat badan. Tapi tak naik2 juga ni ☺☺

    BalasPadam
  12. dee rasa sis ok je..tapi kira baliklah BMI kita tu..ketinggian dengan berat badan..sesuai ke tidak..apapun..yg penting sihat..

    BalasPadam
  13. takpe kak, janji sihat...

    tapi saya jeles org yg badan dia susah naik...kalau saya, tak control mkn je, mmg tunggulah akibatnya....huhu...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,
    Daku nak kurus hu hu huhuhu 15kg nak buang hu hu huhu payah tu!

    BalasPadam
  15. gemok salah...kurus pun salah...hehehe
    sy ni kalau nak turun sikit punya susah...berbulan2 diet baru nmpk turun berat, tapi kalau nak naik tu senang ajer...makan seminggu full confirm naik dgn cepatnya...hehehe
    apa2 pun sy mmg enjoy life & enjoy makan... :p

    BalasPadam
  16. tak pernah di tegur makin kurus... makin sihat adalah =)

    BalasPadam
  17. semoga sihat sokmo ye kak, hehe

    BalasPadam
  18. Kalau lah saya boleh derma daging & lemak saya ni, dah lama saya dermakan....hahahaha

    BalasPadam
  19. kalau tambah berat badan ........nanti kena tambah sais baju... banyak pula nak kena beli baru nanti... hihihi

    BalasPadam
  20. apa yg penting kekalkan BMI kan...insyaAllah sihat :)

    BalasPadam
  21. singgah cni..salam knal dr m3h
    done follow

    BalasPadam