Jangan Paksa Orang Jadi Macam Kita

3:14 PTG JunAina 16 Comments

Nak abadikan kenangan dengan Photo Book yang cantik sila klik sini!

Kalau kita ulat buku jangan paksa anak-anak jadi macam kita. Zaman sekarang zaman teknologi. Membaca bukan sahaja dengan buku banyak sumber boleh digunakan terutama internet. Jadi pepatah ‘ulat buku’ tu dah tak sesuai dengan zaman sekarang mungkin boleh tukar jadi ‘ulat internet’.

Andai kita suka ketawa besar-besar, cakap kuat-kuat tak kira tempat jangan tengok kawan yang hanya tersenyum simpul disebelah anda dengan bibir yang muncung umpama ikan puyu. Mungkin dia malu. Malu ada kawan yang agak kurang sopan seperti anda tapi dia masih mahu menjaga hati kawan tanpa menegur (takut kawan kecik hatilah!).

Jika kita suka bersihkan kawasan rumah dan kebetulan dapat jiran yang suka menambah kotoran depan rumah kita jangalah paksa dia jadi macam kita, pembersih. Mungkin dia tiada masa untuk melakukan semua itu kerana sibuk dengan urusan lain (makan hatilah dapat jiran macam ni).

Ada teman sepejabat suka lepas tangan terhadap tugasan, kadang-kadang kita pulak terpaksa habiskan kerja dia. Jangan paksa dia jadi macam kita yang terima saki baki kerjanya sambil senyum takut nanti dia kata kita bodoh! (ramai kawan-kawan yang macam ni suka ambik kesempatan).

Apa yang perlu kedua-belah pihak buat, terimalah seadanya, umpama pasangan suami isteri yang redha dengan jodohnya. Kadang-kadang walaupun tak suka telanlah jugak kerana bukan setiap masa tak suka, kadang-kadang dalam tak suka ada jugak sukanya. Pasrah.



You Might Also Like

16 ulasan:

  1. kalau ada rasa tggjwb pasti tak jd cmtu kan sis..

    BalasPadam
  2. Betul...

    Dan acap kali kita stress, sebab kita inginkan orang lain ikut acuan kita...ikut cara kita...;)

    BalasPadam
  3. memang tak bole dipaksa...
    kalau hubby akan beri pro dan kontranya...

    BalasPadam
  4. sentiasa berdoa semoga dipertemukan dengan pasangan yang menerima diri ini seada nye :)

    BalasPadam
  5. semua orang tak perfect...ada lebih dan ada kurangnya...menerima dan bijak menghadapi/mengawal keadaan itu penting

    BalasPadam
  6. yess... we cant force.. mcm hubby akak tak suka asam pedas.. tp dia suka pedas.. anak - anak pulak suka asam pedas.. dia kata kenapa depa suka sangat asam pedas.. maksudnya dia tak boleh paksa anak2 tak suka asam pedas.. hee.. haru kann..

    BalasPadam
  7. setuju.. tak semua orang sama dengan kita.. setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.. sebab tu dalam satu hubungan persahabatan atau perkahwinan akan saling lengkap-melengkapi.. akan wujud satu titik persefahaman bila saling melengkapi..

    BalasPadam
  8. setiap dari kita perangai dan watak nya berbeza2....

    BalasPadam
  9. kadang-kadang diluah mati mak, ditelan mati bapak.. biasanya kita mengalah atas dasar tak nak kecoh-kecoh, tapi orang lain naik kepala pula..Sesekali elok bertegas dengan pendirian, biar orang tahu siapa kita dan akhirnya orang tak mudah nak ambil kesempatan.

    BalasPadam
  10. Poin anak tak jadi ulat buku tu kurang setuju. Lebih suka guna konsep qudwah.

    BalasPadam
  11. bakal husband ca kdg2 suka nk ca ikut cara dia..tp ada cara dia yg positif tu ca pelan2 cuba ikut..contoh, dia tu pembersih tahap LAMPAU tau..haha..malu ca..slow2 belajar cara dia, jd kebiasaan, n seronok..ada bnda yg boleh diikut.yg xleh jgn paksa la kn.. :)

    BalasPadam
  12. semua org x sempurnakan, tp sikap pada diri itu penting..

    BalasPadam
  13. haha...terfikir sejenak..tul jgk

    BalasPadam
  14. nak meredhakan diritu kdg2 payahkan... isyh tak patut...

    BalasPadam
  15. Sebenarnya Allah nak beri kita pahala, diuji dengan sabar..

    BalasPadam
  16. betul tu kita harus terima seadanya mereka :)

    BalasPadam