Punca Sakit Belikat Dan Cara Penyembuhan

2:33 PTG JunAina 27 Comments


Saya pernah menulis berkenaan sakit urat belikat yang di alami pada awal tahun 2013 dulu. Boleh rujuk ke sini untuk entri terdahulu. Kesakitan yang teramat sangat membuatkan saya sanggup mencuba apa juga perubatan yang dapat membantu melegakan kesakitan tersebut. 


Antara penyebab utama ialah kebergantungan penggunaan yang terlalu banyak terhadap tangan kiri. Walaupun saya tidak kidal tetapi banyak kerja-kerja mengangkat benda-benda berat saya lebih selesa menggunakan tangan kiri.

Contoh :

1.  Menggalas handbeg/bagpack di bahu kiri.
2.  Lebih selesa mengangkat beg yang berisi barangan menggunakan tangan kiri.
3.  Mendokong anak di sebelah kiri.
4. Tidur mengiring sebelah kiri.
5. Anak suka tidur di atas lengan kiri.
6. Banyak menaip menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan pegang tetikus.

Tiga bulan saya menderita sakit di urat belikat ini, kadang-kadang kesakitan yang tak tertanggung di rasai sehingga memaksa saya mengambil pil penahan sakit. Ada masanya kesakitan itu tidak sangat terasa dan saya boleh menjalankan rutin harian seperti biasa. Banyak cara yang dicuba untuk menyembuhkan sakit urat belikat saya.

Antaranya:

1. Sapu minyak panas. Tindakan ini akan menghilangkan sekejap rasa sakit kerana rasa panas minyak tersebut terhadap kulit kita.
2. Berurut. Kebetulan semasa mengalami sakit urat belikat saya melalui proses berpantang kerana keguguran jadi saya juga mengurut dengan membanyakkan urutan pada bahagian yang sakit.
3. Bertungku. Saya hanya tuam menggunakan beg panas di bahagian tersebut. Bagi saya tuam menggunakan beg panas akan lebih menyakitkan kerana mengakibatkan keradangan pada otot-otot bahagian yang kita tuam.
4. Tuam menggunakan ais. Ini adalah antara cara terbaik yang saya gunakan setakat ini. Saya bungkuskan ais di dalam plastik, baring dan letakkan pada bahagian yang sakit (baring atas ais jadi kena anggarkan kedudukan ais dan kedudukan tempat yang sakit, biar kulit terasa kebas). 
5. Bersenam. Ini adalah penyelesian jangka panjang. Setiap pagi saya akan buat aktiviti regangan ringan selama 10 minit setiap kali bangun tidur, lebihkan aktiviti yang melibatkan bahagian tangan. Jalani ruti ini setiap hari.


Kebiasaannya sakit ini akan berulang jadi berhati-hatilah terhadap penggunaan tangan anda. Pilihlah makanan yang kita makan dengan tidak memakan makanan yang berunsur angin dan sejuk. Contohnya saya tidak makan sayuran menjalar seperti petola, kundur mahupun kangkung kecuali teringin sangat. Saya juga jarang minum ais. Makanan turut mempengaruhi kesihatan kita, jadi hati-hatilah semasa makan.


You Might Also Like

27 ulasan:

  1. Betul tu kak tapi saya suka minum ais tapi saya cuba kurangkan sekarang sebab saya macam dah mula rasa sakit2 sendi kat kaki..Risaula kan sebab muda2 dah mula nak sakit-sakit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada caranya nak ilangkan. Sakit tu mudah je.

      Padam
    2. Senang je kak nak buat ada caranya biasa org pandai dia urut n tarik. Tapi ada lg mudah

      Padam
  2. suami pun baru2 ade jgk sakit belikat cam gitu..sakit kdg2 takleh nak angkat..dia cuba buat fisioterapi nyer exercise, berurut fail..ais ok jgk..alhamdulillah skrang dah oj

    BalasPadam
  3. bagus entry ni.. saya un hadapai masalah yang sama tp sebelah kanan..
    kadang2 rasa nak cabur kejap tangan ni kasi urut lepas tu pasang balik.. tak tahan sakit sampai menyucuk2.. InshaAllah nnt boleh try tips diatas ;)

    BalasPadam
  4. lieya mase peknen kak rajin sakit urat nie....kat bahu, leher n paling kerap simpul biawak laa...mmg minyak panas tu teman sejati kemane pergi....

    bagus info akak ni sbb ade yg lieya tak tau pun...leh tambah pengetahuan....

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    terima kasih beri panduan

    BalasPadam
  6. terus insaf baca n3 ni...huhu...
    jangan insaf sekejap je sudah la wahida oiii...


    cepat baik ye kak...

    BalasPadam
  7. Memang ada masa2nya sakit urat belikat nie.. TQ ngan info yang bagus.. :)

    BalasPadam
  8. kak buat urutan saraf kat sini, jun bila urut biasa, mandi wap pun tak jalan. minyak panas jgn cakaplah..
    bila si tukang urut "betulkan balik" kedudukan tulang (lupa..) baru lega..alhamdulillah. atau nama lain urutan kiropraktik

    BalasPadam
  9. ooo..yumida ni kerap sgt minum ais..nanti nak kurangkan jugak la..asalkan bagus utk kesihatan kan

    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    BalasPadam
  10. saya sekarang makan jamu jadi saya memang berpantang minum ais byk minum air suam. Memang beza sebelum makan jamu & selepas makan jamu. Dulu kalau bangun pagi tu memang rasa sengal2 badan.. anak saya tidur lasak sangat. tiap2 malam mesti kena tendang dengan dia. bangun pagi rrasa lemau & letih.Maybe tak cukup tido sebab kerap terbangun sebab anak saya tendang. Tp lepas makan jamu tu memang takde sakit2 badan.. even tido macam biasa jugak tp bangun takde rasa lemau & tak letih sangat. Mungkin jugak sebab ambil jamu kita pun disiplin sikit makan minum.. pantang jugak sikit kan tu faktor buat badan rasa sihat sikit kot

    BalasPadam
  11. Suka saya nak berkongsi ilmu yg saya ada ni ya kak..Ini pandangan professional saya...:P

    -Memang bertuam menggunakan ice pack adalah option yang terbaik. Malahan banyak digunakan dalam mana mana injury yang melibatkan muscles, tendon, ligament...baik utk para atlet, ataupun non atlet.

    - Senaman/regangan mmg perlu. Senaman itu sendiri menguatkan otot2 sekitar sendi bahu, siku...dan otot yg kuat akan dpt support sendi kita, jadi kurang risiko kecederaan.

    Dalam kes yg kronik, patient perlukan pada physiotherapy.
    Dalam kes yg lagi kronik( sampai ke tahap nak angkat bahu/tangan pun tak boleh), suntikan steroid pada otot/tendon, mungkin diperlukan.

    Makanan bukan puncanya ya. Memang famous 'konsep sejuk/angin ni dalam masyarakat Asean'...Tapi ianya tiada asas. Maaf, ini pandangan professional saya sahaja ;P

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum...moga pulih dari kesakitan.

    BalasPadam
  13. Bagus betul tips dan sayur jenis yang perlu diavoid makan sekiranya sakit urat....bahaya juga ye bila x tangani segera...pasti kena lebih berhati2 nak guna tangan angkat barang dengan cara yang betul

    BalasPadam
  14. huhuhuhu...saya nak avoid ais tu yang payah ....

    BalasPadam
  15. OKje tak dapat kenal pasti sakit belikat tu macamana JA...bukanlah tak pernah sakit....biasalah kalau lenguh lenguh badan tu
    Tapi OKje ni mmg tak pernah pantang makan belasah je apa yg ada depan mata!

    BalasPadam
  16. Farah mmg suka minum ais.. kena kurang2kan la yer... tpi tak puas pulak kalau sehari xminum ais....huhuhu

    BalasPadam
  17. sama macam mak saya kata, sakit tu hilang sementara lepas sapu minyak panas tapi tak sembuh sgt pun. rasa panas kat kulit tu mcm melegakan je. biasa sakit-sakit ni berkaitan urat, boleh cuba baca kaedah rawatan di http://pilurat.blogspot.com/

    BalasPadam
  18. Salam semua...saya juga alami masalah sama sakit urat belikat. Atas saranan kakak ipar saya cuba satu supplement yg dia beri saya...Alhamdulillah dgn izinNya saya dah tak sakit lagi selepas 1 minggu pengambilan supplement tersebut. Sebab sgt berpuas hati saya terus jadi stokis supplement tersebut. Saya juga dapati rambut saya juga dah tak gugur byk seperti biasa. Saya sgt2 syorkan supplement ni utk yg ada masalah sama. Boleh hubungi saya Nurul 0176138172 utk supplement ini ye....ini makanan tambahan ye bukan ubat jadi ianya selamat digunakan InshaAllah.

    BalasPadam
  19. Saya selalu rasa stress pada bahagian bahu. Lepas tu sakit belikat..insyaallah lepas ni kena cuba elak minum ais .. Thanks sudi kongsi tips ni ye Rider Sejati..

    lovelyadlinalin.blogspot.com

    BalasPadam
  20. http://www.langkawi-gazette.com/langkawi-news/1808-korean-accupuncture-on-langkawi

    BalasPadam
  21. betul la sis...mybe factor kerap dukung ank di bahu kiri buat tulang belikat saya sakit... aduh...ni mmg tgh tahan sakit ni..tq info sis...

    BalasPadam
  22. Saya rasa lengah bahu kiri, macam mana nak hilngkn rasa lenguh tu.mohon bantuan dari akak 😃

    BalasPadam
  23. Saya pn tgh sakit ni. Skrg tgh berpantang. Salah satu faktor knapa jd gini adalah menyusukan baby. Nak tuam dgn ais lah jap lg.

    BalasPadam
  24. I had this pulling pain at my back too....went thru Ayurveda treatment, Acupuncture, Urut still it began to accelerate to the neck and whole back section with some swellings too...now am goin to a Chiropractor..working on bone adjustment. It is working but then it's just my 2nd session...My suggestion is go to Chiropractor and get yourselves assessed.

    BalasPadam
  25. Sis sya baru due kali terkena sakit urat belikat...semalam tgh tido then tibe2sakit tu datang belah kiri...last2 suami isi minyak pns..then tido terlentang baru la ok skit...tak bhaya ke sis..takut de side effect mcm jantung ke.

    BalasPadam