Buah Yang Menyihatkan Mata

11:57 PG JunAina 10 Comments


Saya rabun, rabun tahap gaban. Bila saya buka cermin mata saya separuh buta, nikmat mata yang Allah s.w.t tarik sedikit demi sedikit sejak berusia 14 tahun. Tanpa bantuan cermin mata saya tidak dapat menjalankan aktiviti seharian dengan sempurna. Setiap detik saya akan berkacamata tetapi saya bukanlah 'Budak Kacamata'. Waima nak tidur kekadang saya tertidur dengan kacamata di mata dan biasanya anak-anak akan cabut dan letak dihujung kepala. Asal celik mata benda pertama yang dicari tentulah kacamata. Keluarga saya yang perempuan akan mendapat masalah mata yang lelaki tidak, mungkin faktor keturunan.

Marilah sama-sama kita jaga kesihatan mata. Bantulah mata kita untuk terus sihat.

Wartapedia - Vitamin A merupakan salah satu jenis vitamin larut dalam lemak yang berperan penting dalam pembentukan sistem penglihatan yang baik. Selain terdapat di sayuran, Vitamin A ini juga banyak terkandung di beberapa jenis buah.

Buah-buah yang boleh kita amalkan sebagai penjagaan kesihatan mata yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C :

1. Tembikai

2. Rock Melon

3. Kiwi
Kandungan lutein dalam buah kiwi dapat mencegah penyakit katarak.

4. Strawberi
Kandungan vitamin C pada strawberi berfungsi untuk memperkuat jaringan ikat dan memelihara kesihatan pembuluh darah pada mata.

5. Limau
Dikenal sebagai penghasil vitamin C, serat, folat, kalsium, dan kalium, limau dipercaya dapat menjaga kesehatan mata.

6. Tomato
Bukan hanya sekedar bahan masakan , sebuah tomato  mengandung banyak vitamin A.

7. Pepaya
Buah pepaya banyak memiliki kandungan nutrisi, salah satunya vitamin A yang melimpah. Selain baik untuk pelawasan.

8. Mangga
Salah satu jenis buah bermusim ini juga sangat kaya dengan Vitamin A.

9. Apel
Selain baik untuk diet, kandungan vitamin A pada apel membantu dalam menjaga kesihatan mata, sehingga mata tetap jernih.

10. Belimbing
Selain memiliki kandungan air yang banyak, buah yang satu ini memiliki kandungan vitamin A dan C yang baik untuk mata.


Saya lupa di mana saya salin rencana ini. Saya berkongsi di sini supaya sama-sama dapat kita amalkan agar yang belum mempunyai masalah mata mampu menjaga nikmat Allah s.w.t yang satu ini. Mata saya semakin teruk sebab 12 jam saya akan bekerja menggunakan komputer dan balik ke rumah 2-3 jam pula saya akan mengadap tv.


Saya terbaca petua di satu laman yang menggunakan minyak habastussauda dan di campur maud lalu dititik ke dalam mata sehari dua kali bagi membantu memulihkan rabun. Sama-samalah kita berusaha.




You Might Also Like

10 ulasan:

  1. ade beberapa buah yang sy suka makan tu..hehe..tapi tatau plak mereka ade khasiat untuk mata..thanks for sharing this kak...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. Semuanya sedap-sedap buah ni, bagus untuk diamalkan.

    BalasPadam
  3. Kakak rasa bukan pemakanan aje kena jaga Aina. Sebab kakak dulu dari dlm kandungan lagi anak-anak dah jaga ikut nasihat diktor, baby pun makan bubur campur sayuran macam carrot, tomato, bayam tapi bila besar sikit dah rabun juga. Yg kecik ni ingatkan boleh tahan tapi dah dua bulan pun akhirnya ikut rentak kakak-kakak dan mama dia juga... terpaksa berkacamata. Susahlah..

    BalasPadam
  4. As-salam aina..

    Alhamdulillah.. perkongsian yg baik ni.. terima kasih ya...

    BalasPadam
  5. salam aina. samalah kita. sy pun rabun. since 12thn. tapi jenis mls pakai cermin mata. xsuka. pakai utk kelas n drive. if nak appear comel sikit, pakai contact lens. hahaha anyway perkongsian yg best. thumbs up!

    followed u. blh follow balik dekat sini http://www.sophiesm.com :)

    BalasPadam
  6. amalan yang baik elok diteruskan.. ;)

    BalasPadam
  7. Senasiblah kita kerana berkaca mata...

    BalasPadam
  8. Syukur nikmat mata OKje Allah tak tarik banyak....Kalau tak berkaca mata pun OKje masih boleh melihat dengan baik...

    BalasPadam
  9. Saya pun dah pkai spec skrg sejak dok mengadap pc ni. Kwn kata nmpk lebih cun kalo pkai spec. Klw tau dari dolu ku pakai spec.

    BalasPadam