Hutang Baik Hutang Jahat
Ini istilah mudah yang diguna pakai oleh kebanyakan anak muda zaman sekarang, bukan anak muda sahaja tetapi ada juga golongan pertengahan umur yang turut kecundang dan kadang-kadang ada juga golongan tua turut menjadi mangsa keadaan. Bergaya biarlah berpada-pada kena pada tempat, kena pada poket. Apa guna bergaya sakan-sakan tepuk poket hanya bunyi duit syiling.
Beberapa hari lepas sewaktu menyusuri Jalan Reko, Kajang terpandang satu iklan yang agak menarik. Iklan menjual pelbagai beg tangan yang pastinya akan menarik wanita-wanita bergaya ke sana. Paling saya tertarik pada ayat paling bawah iaitu mereka turut menyediakan pelan pembayaran mudah selama 24 bulan. Semakin pelik mausia zaman sekarang hanya kerana sebuah beg tangan sebegitu sanggup berhutang, sanggup bayar bulan-bulan.
Hendak rumah cantik penuh dengan peralatan elektrik pilih sahaja mana-mana kedai elektrik yang menawarkan pelan pembayaran mudah, paling senang jengah sahaja mana-mana Court Mammoth. Pilih apa yang dikehendaki dari barangan elektrik sehinggalah ke perabot juga audio-video mahu pun telefon bimbit dari yang murah sehingga berharga ribuan ringgit. Tepuk dada tanya selera.
Janga tertipu bila kita tengok anak-anak muda zaman sekarang sibuk dengan telefon pintar di tangan, ada antara mereka berhutang kerana hendak bergaya. Tidak kurang juga yang terperangkap dengan hutang kad kredit yang bernilai ribuan ringgit. Semua ini hanya kerana hutang jahat.
Berhutang tidak salah tetapi berhutanglah kepada benda yang perlu bukan berhutang kerana kehendak. Buatlah hutang baik ke arah keperluan terutama sekali membeli rumah dan kereta yang menjadi keperluan. Semua orang ada kehendak tetapi cubalah berdikit-dikit untuk mencapai kehendak dengan mengutamakan keperlaun.
Takot banyak hutang...
BalasPadamSaya pun banyak hutang jugak tapi tak adalah hutang semata2 nak beli beg tangan atau hp canggih atau kamera canggih...ehehee...
Padampepatah "biar papa asal bergaya" masih lg relaven kpd masyarakat anak muda zaman sekarang...yg mudah itu indah tapi jika silap langkah akibatnya membawa padah.
BalasPadamItulah PCL kesian kat depa, baru nak mula hidup tapi hutang keliling pinggang.
Padamkalau tak mampu, jangan ikut orang..huhu
BalasPadamBanyak yang tak mampu tapi nak ikut trend.
Padamberpada-padalah dalam berbelanja dapat menyelamatkan poket.. ;)
BalasPadamMasalahnya budak2 zaman sekarang ni tak reti nak berpada2 selagi ada katanya...ehehee...
PadamMelawan nafsu adalah jihad terbesar kita. Penuhi keperluan bukan kehendak...itulah sewajarnya. Ukurlah baju di badan sendiri.
BalasPadamsaya ngan member pun dok komen pasal bunting tu kak.. hahaha..
BalasPadamberhutang mmg sedap. nk byr mmg liatttt
BalasPadamhanya kerana nafsu.. padah jawabnyer... nak buat camner orang sekarang.. dulu zaman bapak kita dulu2 banyak hutang baik kot.. hutang nak buat rumahjer.. tak der makna nyer hutang sebab nak bergaya..
BalasPadamsekarangni baru keje dua bulan dah beli kereta baru... nak yang mahaljer.. baru pakai sekejap dah tukar baru (der gak perangai gitu)... handphonepun gitu tukar tukar... isyh tapi diaorang hidup cam baguihjer... tu yang sekarangni orang suka buat keje tak baik untuk tampung hidup nak mewah...
Berhutang boleh...tapi biar lah untuk sesuatu yang penting dan berfaedah....bukan berhutang utk hanya mengejar kemewahan dunia dan hanya utk menunjuk-nunjuk...padahal hakikat sebenar semuanya hutang...mintak semoga dijauhkan sikap ini
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSangat menderita kalau banyak hutang. Tido malam pun payah nak mimpi, terkenang je kalau2 tak sempat bayar hutang, tetipa nyawa dah habis. Kesian waris, nak kena bayar utang kita.
Bilalah hutang piutangku ni nak abis ek? hu hu huhu ada sesapa boleh tolong bayar?
betul aina,budak2 sekarang semua ada phone canggih.Lpas tu jari dok atas screen saja, swipe sana swipe sini...asyik dn boleh melalaikan siap ada intrnet.lagi mudah nak main kan?
BalasPadammesti beg tangan rega tiga emppat ribu tu..
BalasPadambak kata orang Perak
Bior pape asal bergaye..
nak bergaya pun ukur baju kt badan sendiri la...tak guna serba serbi baru tapi hutang keliling pinggang..
BalasPadamKata org..x berhutang sampai bila nk merasa pakai kan...yg penting...kena bijak...if x mampu boleh aje berhutang...tp kalu boleh elak....elok elakkan...
BalasPadamTulah kan....nasib jugaklah okje bukan golongan yg cenggitu... pakai apa yg ada aje le JA.....
BalasPadam