Tip : Ubahsuai Ruang Tamu

9:14 PG JunAina 21 Comments


Menjelang perayaan yang bakal tiba pastinya wanita adalah paling pening memikirkan segalanya. Dari persiapan baju anak-anak, biskut yang bakal dihidang mahu pun juadah utama untuk hari lebaran yang bakal menjelma. Itu belum dikira kisah langsir yang pelu diganti, bunga dijambangan yang mula lusuh mahupun sofa yang telah lama diguna.


Walaupun tidaklah semua diganti kepada baru tetapi terasa juga ingin mengubaah selera mata diruang tamu rumah kerana tempat ini bakal diberi tumpuan utama oleh tetamu selain meja makan. Tatarias sebolehnya hendaklah sedap mata memandang dan tidak berserabut. Paling penting olahan yang dilakukan menampakkan perubahan dari tahun lepas walaupun kita hanya menggunakan barang-barang yang sama.


Idea tambahan mungkin dapat membantu sedikit sebanyak dalm mengurangkan kos perbelanjaan yang meningkat menjelang hari raya.

1. Mengubah kedudukan perabut di dalam rumah. Alihkan tv dari kebiasaan. Susun atur kembali sofa dan meja kopi. Sekiranya ada rak-rak hiasan alih ditempat yang bersesuaian tetapi jangan sehingga mengganggu pergerakan. Pastikan juga kedudukan perabot tidak menjadikan ruang semakin sempit dan terhad.

2. Menggantikan alas meja, meja kopi dan alas teleivesyen (beli baru tak mahal sangat berbading tukar meja baru).

3. Menggubah semula bunga sedia ada dengan gubahan yang lebih segar. Cucilah bunga-bunga lama di rumah dan rombak semula gubahan.

4. Langsir walaupun tidak diganti baru cucilah supaya bersih. Boleh juga menggunakan idea-idea bunga tisu yang berkembang dan gantungkan di bahagian atas untuk menambah seri. Kos membeli tisu sangatlah sedikit berbanding hasilnya nanti. Boleh juga dihias dengan gantungan rama-rama berterbangan, kos membelinya tidaklah semahal kos membuat langsir baru.



Ruang tamu ini typical setiap tahun tak pernah berubah, kalau ada perubahan pun selalunya perubahan besar yang bermaksud apa yang ada ditukar baru. Ruang untuk susun atur sangat terhad.


Berjimatlah selagi boleh berjimat. Menghabiskan duit kepada benda-benda yang bukan keperluan bukanlah tidakan yang bijak. Berhemahlah ketika berbelanja walaupun dimusim perayaan. Duit yang berlebihan mungkin boleh di simpan untuk perkara-perkara yang lebih penting dan mungkin mendesak suatu hari nanti.


You Might Also Like

21 ulasan:

  1. betul tu...saya ada minggu ni je nak kemas rumah sebelum balik beraya di kampung...rasanya, kemas ala kadar, vacuum dan tukar alas meja makan je kot bagi nampak meriah sikit...bunga-bunga memang takde..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak ada bunga kat rumah cuma ada ranting2 kayu ja.

      Padam
  2. Terima kasih dengan tips tu

    BalasPadam
  3. setuju dengan cara tuh...
    suka bersederhana saja..

    BalasPadam
  4. saya langsir tukar dua tahun sekali je kak...hahaha...

    BalasPadam
  5. Setuju dgn tips akak....tak payah nak membazir kan.. ;)

    BalasPadam
  6. Rumah kakak tak ada tempat lagi nak digayakan sebab ruang comel sangat so tak boleh digerakkan dah Aina. Dari dulu gitulah gaya...

    BalasPadam
  7. kalau rajin semua ok..tak kisah ubah cmne..hihi

    BalasPadam
  8. kalau bab bab mengemas ni serah kat wife je sebab dia memang perfectionist dalam bab-bab ni...

    BalasPadam
  9. berjimat2 cermat lagi baguskan aina...
    kakain pun guna langsir yg 3 tahun lepas...ulang tayang semula...

    BalasPadam
  10. Benar tu kak...Berjimat, tapi dalam masa yg sama, kena bijak hias rumah. Tak semestinya kena baru. Kalau tak beringat, lepas raya, sebulan makan maggi! hahaha

    BalasPadam
  11. No.1 pun dan nampak kesan besar tanpa keluar modal.

    BalasPadam
  12. buat masa ni just bg pandangan je lah bab nak ubahsuai ni sebabnya umah ayah kan....belum ada rumah sendiri lagi...nanti dah ada rumah sendiri nak deko2 jugak :)

    BalasPadam
  13. macam dee takde orang datang raya..lagi malas nak baru semua..cukuplah guna balik yang lama2 tu..hehehe..

    BalasPadam
  14. suami sVs kata, selagi langsir tidak berlubang di tengah, kita pakai langsir tu aje... kejam kan.

    BalasPadam
  15. saya kat rumahtu tak buat per2pun.. cam biasa jer... tak kisahlerkan janji dibersihkan mana yang patut...

    BalasPadam
  16. Suka tajuk ini...mungkin ada peluang utk jadi popular post di enjin carian jika kena cara dan tekniknya.
    Tips yang berguna buat kita semua.

    BalasPadam
  17. akak..fyzz pun sama..selagi ok..selagi tuh la tak tukar..I am a simple person..tp baru je beli alas meja baru..sbb yg ada skang terkoyak gara2 anak2 kecik..hehe

    BalasPadam
  18. nk kemasnya makan minggu.. nk menyepahkan sehari pon boleh.. huhuhu

    BalasPadam