Tips Didik Anak Untuk Bersolat Dari Usia Bayi
Seminggu dua ini Masjid Jamek, Kuala Lumpur menjadi persinggahan saya untuk berjemaah solat Maghrib dan sesekali berlarutan sehingga ke solat Isyak. Kesetiaan isteri menunggu suami yang bertugas di bangunan berhadapan Masjid Jamek. Tika malam menjelma bilangan jemaah tidaklah seramai mana. Jemaah lelaki jarang sangat memenuhi satu saf tetapi ramailah jugak sebab saf itu memang sangat panjang. Jemaah wanita pula biasanya 6-7 orang sesekali bilangan melebihi jumlah tersebut.
Suatu hari mengejar masa kerana sedikit terlambat keluar dari pejabat untuk solat Maghrib sedangkan imam telah memulakan solat. Berdiri seorang wanita dengan mendokong anaknya yang berusia 11 bulan lalu memberi ruang kepada saya supaya dia dapat berada di hujung saf. Saya beralih tempat sambil tersenyum. Meletakkan semua barangan dihadapan saf dan saya mula mengikut imam. Dia meletakkan bayinya di hujung saf dan turut bersolat.
Kerabunan mata saya memang sangat teruk dengan power melebihi 700 termasuk silau di sebabkan bayi ini berada di hujung kepala saya dapat melihat dengan kaburnya dia sedang bermain cermin mata saya. Saya terus bersolat dan tidak memberi perhatian langsung pada bayi tersebut. Selepas solat ibunya meminta maaf kerana anak dia bermain cermin mata. Saya senyum.
Saya suka suasana dan pemandangan waktu malam di Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Di tengah-tengah kesibukan bandaraya tersergam bangunan masjid yang sangat menarik.
Kagum. Anak berusia 11 bulan langsung tidak menyentuh sejadah yang kami gunakan untuk sembahyang. Sempat berborak dengan ibu muda ini berkongsi tip dan petua. Pandai betul ibu muda ini mendidik anaknya. Antara tip yang di beri.
1. Ajak anak solat dari sejak dalam kandungan, biasanya dia akan bisikkan 'ibu solat anak solat ya'.
2. Aida mengamalkan satu doa (suatu hari saya akan cuba dapatkan doa ini darpada dia). Cuma satu sahaja yang saya kurang pasti sebab katanya selain mengamalkan doa tersebut dia juga menggantungkan doa tersebut sebagai rantai (mungkin kepercayaan keluarga sebelah suaminya yang bukan Malaysia).
3. Setiap kali waktu solat dia akan ajak bayi bersolat bersama dengan meletakkan di sebelahnya, sekiranya bayinya sedang tidur Aida akan kejutkan bayinya dan ajak bersolat.
4. Didik anak seawal lepas pantang.
5. Kebiasaan dia mendukung bayi apabila bersolat (saya tak pasti tentang ini walaupun pernah membaca di internet mungkin kita boleh rujuk kepada ustaz yang lebih arif).
5. Kebiasaan dia mendukung bayi apabila bersolat (saya tak pasti tentang ini walaupun pernah membaca di internet mungkin kita boleh rujuk kepada ustaz yang lebih arif).
Saya melihat dengan mata sendiri bayi berusia 11 bulan bernama Syifa Nur Jannah bermain sendirian sementara ibunya bersolat bersama kami. Langsung tidak menggangu atau memegang sejadah tempat kami bersujud. Dia cuma mendapatkan ibunya apabila kami sama-sama selesai memberi salam. Terasa nak peluk Syifa Nur Jannah. Beruntung Aida dapat anak setaat Syifa dan bertuahnya Syifa dapat ibu sehebat Aida dalam mendidik anaknya. Semoga Syifa Nur Jannah akan menjadi anak solehah.
Kalau di Masjidilharam atau Masjidinabawi banyak senario begini akan kita nampak. Tapi memang betul kalau kita dah biasakan anak kita dari baby insya-allah dia tak akan kacau kita ketika kita bersolat.
BalasPadamsedap name budak tu kak...byk kali lieya sebut..sedap jek menyebutnyeeee...
BalasPadamteruja bace cara die didik anak seawal usia tuk solat....moga2 dpt jadi iktibar dan pengajara pada kite...tak perlu tgu 7 tahun baru nak pakse anak solat.....cume bak kate akak tang dokong baby time solat tu laa mcm meragui sikit...kene cari info yg tepat pasal tu kan kak....
aminn ya robbal alaminn..,
BalasPadambagusnya tips ni kak..terima kasih share.. nak cuba amalkan lah..
BalasPadamterima kasih
BalasPadamsaya sangat berkeinginan begini
kadang2 rasa tewas dalam hati esp. masa anak masih kecil
moga Allah kabulkan permintaan saya mempunyai anak yg memelihara solat mereka
insyaAllah
tips yang bagus ni kak,
BalasPadamterima kasih perkongsiannya
sejuk hati baca pasal syifa nie. moga terus berkekalan akhlak baiknya amin
BalasPadamtips yg baik...
BalasPadamSyifa Nur Jannah seindah namanya
Luhur pekertinya
Santun budinya
Untung memilikinya
wah..sgt beruntung...al-hamdulillah,anak Noey yang hampir berusia 2 tahun ni pun dah pandai duduk diam-diam bila tengok Noey solat..
BalasPadamAlhamdulillah.
BalasPadamAydin pun tak kaco klu kami tgh solat tp cuma satu - Dia akan melalak sekuat-kuatnya bila tgk sy pki telekung. Hahahahha~ Itu masa zaman dia belum setahun le. Skg ni, dia sibuk nak ikut smyg. Hehehhe...
sangat kagum dengan cerita akak ni... ^_^
BalasPadamSejuk perut ibu mengandung bila dapat anak baik mcm Syifa Nur Jannah ni
BalasPadamDulu saya letakkan spek di depan saya semasa solat. Tapi bila ada kanak2 berlari2 semasa kami solat, memang tak khusyuk sebab takut dia terpijak spek saya. Skrg ni saya pakai terus spek tu termasuk semasa solat ….. ngeee
Tips yang boleh diguna pakai... :)
BalasPadamboleh try jugak nie sebab emir setiap kali org sembahyang dia mesti nak bertenggek duduk sama atas sejadah.. lepas tue nak mtk orang dukung..aduhai failed! hehehe
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamthanks share tips ni kak
alhamdulillah..anak sekecil itu memahami ibunya yang bersolat tanpa mengganggu..
BalasPadamAlhamdulillah....sangat menarik....
BalasPadam