Tip Menangani Anak Lambat Belajar
Bak kata pepatah 'Setandan kelapa bukan semua baik buahnya' bukan semua molek-molek mungkin ada yang komeng (sila rujuk kamus dewan). Begitu jugalah anak-anak. Tiga anak dengan tumbesaran dan perkembangan pembelajaran yang berlainan. Sebagai ibu-bapa kita perlu bersedia menangani setiap situasi sebaik mungkin.
Rujuklah pakar pembelajaran sekiranya kita menghadapi masalah tentang pembelajaran anak-anak itu adalah jalan terbaik tetapi kadangkala sebagai ibu-bapa kita ada ego tersendiri (terutama bapa) yang tidak mahu mengakui kelemahan anak. Sebagai jalan penyelesaian carilah buku-buku yang dapat membantu menambah pengetahuan kita dalam menangani anak sebegini. Paling mudah sekarang gunalah kemudahan internet yang ada. Banyak tip-tip yang di kongsi oleh mereka yang pakar dan juga pengalama-pengalaman orang lain yang telah melalui situasi yang sama supaya kita dapat membantu anak sebelum terlewat.
Ini gaya Aina. Tip Menangani Anak Lambat Belajar.
1. Flash kad berwarna-warni - buatlah sendiri mengikut kretiviti kita. Seboleh dapat gunakan warna-warna terang dan gambar-gambar yang menjadi kegemaran anak. Selitkan juga watak-watak kartun kegemaran anak.
2. Setiap kali keluar ke shopping komplek bawak anak ke kedai buku. Biar dia memilih buku kegemarannya (jangan berkira tentang duit selagi tidak keterlaluan).
3. Belikan buku-buku kegemaran anak walaupun ianya sekadar sebuah komik.
4. Belajar sambil bersantai. Sambil berbaring tengok televisyen, sambil bersantai minta anak ambilkan buku teks sekolah dan minta anak bacakan sehari satu muka surat.
5. Beri masa kepada anak untuk membaca komik-komik yang dibeli tanpa terlalu memaksa dia untuk terlalu fokus kepada pelajaran (melalui bacaan komik anak kita akan cepat mengenal suku kata, ia sangat membantu untuk melancarkan pembacaan-tolong ketepikan bab tatabahasa dalam keadaan ini).
6. Tidak memaksa. Semakin kita paksa semakin anak memberontak.
7. Cool. Jangan naik angin bila anak gagal membaca dengan baik atau gagal menyiapkan kerja sekolah dengan baik (jangan guna standard pemikiran kita sebaliknya gunalah standard pemikiran anak kita ketika itu).
Aina ada seorang anak yang lambat sedikit perkembangan pembelajaran. Entah di mana silapnya. Terlalai mungkin. Juga menganggap mudah bila kakak dan abang sudah mula membaca pada usia 5 tahun. Sehingga di tahun dua dia masih merangkak-rangkak mengeja untuk membaca. Pengorbanan akhirnya berbaloi apabila naik ke tahun 3 pembacaannya semakin lancar tanpa perlu mengeja lagi. sarikata di televisyen juga lancar sahaja bacaannya.
Sebagai ibu-bapa berilah perhatian terhadap perkembangan anak-anak sejak mereka kecil. Kita mungkin akan dapat mengesan kelainan mereka di peringkat awal dan dapat membantu sebelum terlambat. Jangan rasa rendah diri bila kita ada anak-anak yang sedikit tercorot dalam pelajaran. Bukankah mereka permata hati kita? Mereka patut dibangga. Tidak mustahil suatu hari nanti anak yang tercorot akan lebih berjaya dari anak-anak yang lain.
terima kasih Aina..
BalasPadamibu bapa kena bijak menangani masalah y dihadapi oleh anak2 ^^v
BalasPadamcool....anak2 ni kena berlembut
BalasPadamJun,
BalasPadamAssalamualaikum
Amat bersetuju.Peranan ibu bapa amat besar terutama masa pembentukan.
Teringat masa anak anak dizaman persekolahan.Apa yang tidak dilakukan untuk mereka mengenal huruf.Sweet memories.
semalam baru amik report kad anak , tak harap keputusan yg terlalu cemerlang .. tp dia dah mampu membaca soalan dah cukup baik.. dan boleh menjawab dgn betul.
BalasPadamIkut pengalaman akak ipar saya, anak dia lambat belajar jugak walaupun sangat aktif. So, bawa jumpa pakar, memang ada masalah klinikal. Antara cara terbaik adalah bagi anak makanan yang boleh mengembangkan minda dan meningkatkan IQ. Akak ipar amalkan bagi anak dia minum JuzQ30 setiap pagi selepas bangun tidur. Alhamdulillah, nampak perubahan cepat, anak mula minat belajar, fokus, senang ingat dan tak mengantuk kat sekolah.
BalasPadamMinta izin share link produk: http://www.wangcyber.com/forum/produk-fizikal/58284-bagi-minum-juzq30-setiap-hari-untuk-anak-lebih-bijak-fokus-dan-rajin-belajar.html
tak suka nak membandingkan anak2 dengan anak orang lain.. anak kita, acuan kita..
BalasPadamMoga anak2 kita semua berjaya hendakNYA.