Bukan Sekadar Alas Kaki

9:33 PG JunAina 16 Comments

Dua tahun lebih sudah rasanya kasut ke pejabat tidak berganti. Bukan tak mampu tapi rasanya banyak sangat kotak kasut kat rumah. Kotak jelah coz banyak pasang jugak kasut yang sudah rosak dan tidak sesuai untuk dibawak pergi kerja. Kasut bertumit sudah lama masuk muzium. Adalah sepasang yang selalu pakai dan 2 pasang lagi terperap kat dalam kotak. Sejak umur makin bertambah selera kasut pun berubah. Dulu-dulu masa muda naik bas mini pun boleh pakai kasut bertumit 2 inci, jangan tak tau...hahahaa...

Entah bila lalu kat SOGO hati terdetik, singgahlah sekejap. Tak membeli pun tengok sahajalah. Nanti datang dengan Pak Tuan biar dia yang pilih sebab tu dah jadi kebiasaan. Membeli ikut selera dia sesekali ikut juga selera sendiri. Jumaat SOGO jadi tempat pilihan kaum wanita menghabiskan waktu rehat yang panjang tetapi ada juga yang terlupa solat Jumaat, bersangka baik mungkin dia sedang musafir.

Bila membeli kasut Aina lebih mementingkan keselesaan selain design. Kalau dapat biarlah selesa dan cantik dipandang, secara automatiknya kita akan lebih yakin berada di khalayak ramai. Nak tahu kebenarannya cubalah! Jenama yang akan jadi keutamaan ialah NAUTIFIT dan ESARALI bagi kasut bertutup. Selesa dan lembut bila berjalan.

Sesetengah orang mereka akan memilih kasut untuk di pakai mengikut majlis. Bekerja ada kasut lain, pergi kenduri kawin atau makan malam pakai kasut lain, nak pergi pasar pulak ada kasut lain. Aina pulak tidaklah cerewet dalam bab kasut. Pergi kerja, pergi kenduri akan pakai kasut yang sama mungkin untuk makan malam memilih kasut bertumit tinggi untuk kelihatan lebih bergaya menawan dan sesekali kasut bertumit itu dipakai jugak ke tempat kerja. Kalau pergi pasar selipar jepun pun tak kisah. Bab kasut tak dak pantang.




Dua pasang kasut yang menjadi pilihan pada hari tersebut. Kasut biasa sahaja tidaklah berjenama sakan membeli kenalah ukur kasut tu kat kaki sendiri. Semua tu pun selepas 50% diskaun. Kasut Esarali tu memang selesa sangat pakai, jalan jauh pun tak ada sakit-sakit kaki atau luka kat belakang kaki tu. Kasut Nautifit tu pun selesa pakai. Fesyen sekarang banyak jenis wedges tapi Aina tak selesa dengan wedges coz rasa macam penat ja bila jalan. Nautifit ni macam bertumit sikitlah, maksudnya belakang tu tinggi sikit. Aina suka. Warna kasut selalunya pusing-pusing kat situ jelah hitam, beige dan coklat. Kali ini kasut Esarali tu lain sikit warnanya. Ubah selera.

Bermakna tahun ini no kasut raya okeh. Jimat kos...

You Might Also Like

16 ulasan:

  1. kita kene pentingkan keselesaan kaki bila mmbeli kasut kan..

    BalasPadam
  2. dee pakai kasut mcm aina kot..1 kasut belasah je semua tempat..tp ada juga tinggal kasut tumit tinggi di opis..kalau ke tempat lain lebih selesa pakai flat..

    BalasPadam
  3. Warna selamat tu. Senang nak suai padan dengan baju. Hehe


    (CkLah dah berpuluh tahun tak beli kasut untuk beraya. Sarung aje apa yang ada...hehe)

    BalasPadam
  4. saya pun pernah beli esarli tu..selesa..

    BalasPadam
  5. Baguslah Pak Tuan boleh tolong pilihkan kalau hubby kakak semua yg kita tunjuk mesti dia kata ok dia tak pandailah Aina.

    Kakak suka wedges..

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum,
    hu hu huhu dakupun ada 3 je. satu untuk pi keja n acara rasmi, 1 untuk acara santai mcm soping, psr mlm...1 lagi utk acara lasak n redah muat seperti depan rumah yg kadangkala turut jd fungsi ke dua. tak boleh ada byk sbb kaki hanya ada sepasang je. tak dan nak pakai sangat hu huhuhu rosak sbb tak pakai, membazir hu huhuhu

    BalasPadam
  7. saya ni jenis susah nak bertukar kasut atau henbeg...kalau dah teruk sgt, baru tukar...hahaha...

    cantik kasut yg first pic tu kak...

    BalasPadam
  8. selamat sikit budjet utk raya.. ;)
    tapi.. kalau last minute mintak lagi boleh dapat tak..? hehehe..

    BalasPadam
  9. hitam, beige dan coklat memang a wise choice..pakai baju apa pun masuk. jenama esarli pun saya pernah beli..betul, selesa. saya sekarang lebih sedap pakai kasut yang bertutup dan tak bertumit tinggi....dah tak betah nak pakai high heels.

    BalasPadam
  10. kasot uncle harga rm 18 je... dari miting jumpa boss-boss... sampai la pegi pasar pakai kasot yg sama...

    haha

    BalasPadam
  11. kt opis ni, msk x pakai kasut, so sy g keje dgn selipar je...kalu beli kasut mahal2 jarang pakai...ada tu da lbh 3 tahun masih ada dlm kotak heheheh

    BalasPadam
  12. Aina, today I just bought 2 pairs of shoes..memang saya membazir, kasut berlambak, kdg2 lupa pakai sebab tk match dgn bju.walau apa org kata I buat pekak ja..nmpak cantik selesa beli saja..

    BalasPadam
  13. perempuan biasanya memang kerap tukar kasut. betul ke kalau pergi pasar, pakai selipar jepun pun tak kisah..he he

    BalasPadam
  14. wah nice juga yer

    BalasPadam