Bila Jiwa Bergelora Hati Juga Tidak Tenang

8:37 PG JunAina 8 Comments

Hari ini letih, hari ini mata jugak berat. Kurang rehat serta kurang tidur mungkin. Bila jiwa bergelora hati mejadi tidak tenang, otak asyik berfikir jantung boleh berdegup kencang. Pergilah jauh-jauh wahai perasaan. Tak mampu rasanya menanggung beban ini lagi. Bebaskalah jiwa dari belenggu ini.

Masalah hadir dalam hidup kita sebagai cabaran. Bezanya bagaimana kita menghadapi jugak menanganinya. Cerdik pandai akan menghadapinya dengan menggunakan akal tetapi bila hati sedang bergelora emosi jugak akan menang. Bertabah!

Masalah kecil sekiranya salah ditangani akan menjadi besar. Semakin besar bila melibatkan orang lain dan semakin meleret-leret bila semakin ramai yang terlibat. Bila melibatkan orang lain dan pihak ketiga itu pula hanya berdiam tanpa berbicara sedangkan yang pertama dan kedua menjadi huru-hara. Peninglah!

Saya bergaduh dengan orang...hahahaaa... Saya bergaduh sebab dia marah orang lain depan saya. Tengking.  Tunjuk penumbuk dimuka. Marah tanpa sebab yang jelas. Tiada angin tiada ribut umpama orang yang tidak waras. Terkedu orang yang dimarah. Tak tahu hujung entah dimana pangkal tiba-tiba kena tengking kena herdik!

Entahlah. Menangis sampai bengkak mata. Geram. Egokah dia? Keras hatinya umpa kerikil. Aku tak mampu. Aku tewas sebelum berjuang. Takut andai aku tersalah langkah tersalah kata. Segalanya pasti akan menjadi lebih ribut!


You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Sering terjadi begini Aina. Mereka yg cuba menjernihkan yg keruh turut menjadi mangsa keadaan. Niat yg baik itu telah Allah tulis ganjarannya Aina. Tinggal hati yg rawan itu kenalah bertabah dan redha. Teruskan doa moga ada penjernihan juga akhirnya..

    BalasPadam
  2. sabar kak. memang masalah didatangkan untuk menguji kita. banyakkan istigfar...in shaa allah..tenang hati tu.

    BalasPadam
  3. Salam, ujian Allah tak berhenti selagi kita hidup. Kalau bukan masalah kita, masalah orang jadi masalah kita he he.. sabarrrrr...

    BalasPadam
  4. dia tgh angin pasang tu kot? sabar ye kak..

    BalasPadam
  5. Sabaq la Aina, makchaq doakan semoga keadaan jadi lebih baik.. tak pa la membela orang yg teraniaya..

    BalasPadam
  6. nak lagi menarik.. dah tau awak tu salah, mintak maaf pun tidak.. lagilah berasap je kepala ni rasanya.. (baru-baru ni saya kena)

    BalasPadam
  7. Tarik nafas.... Lepas
    Buat ulang kali
    Lega tak?

    BalasPadam
  8. sabar sis..aduhai..dee pernah kena gitu..tp kita biar org tu cool dulu...then nanti tyalah..kdg2 bila marah menguasai kita jadi tak rasional..sabar ye..

    BalasPadam