Kad Hari Ibu-Maafkan Mama
Balik kerja hari Khamis sudah melewati waktu Magrib, tergesa-gesa untuk mandi dan solat. Terpandang sekeping surat di atas meja makan, angkat serta belek tulisan tangan yang tertera. Siapa pula yang menghantar surat ni? Mengagak tulisan tangan kakak mungkin. Hari ibu baru berlalu Ahad lepas, kakak pula sudah menghantar pesanan ringkas sempena hari ibu Ahad lalu. Hairan tapi mulut tetap gatal.'Mama dapat surat. Anak yang jauh juga ingatkan mama. Anak yang dekat ni buat tak tahu sahaja. Anak lelaki tak perihatin langsung'. Abah senyum ja, anak kesayangan bagi mama surat mau tak kembang kempis hati abah. Masa tu adik buat muka donno tengok tv, abang pula tengah solat magrib.
Buka je surat. Baca. Bergenang air mata mama.
Surat ditujukan buat mama. Di pos, puas direnung setem dah cop pos dari mana tapi tak dapat dikesan. Akhirnya buka jelah apa pula nak main agak-agak surat sendiri.
Buka je nampak kad ni, mama senyum lebar. Alhamdulillah anak-anak mama ingatkan mama jugak. Walaupun hanya kad yang di buat sendiri.
Akhirnya mama terkedu, ingatkan kad dari kakak Hayani rupanya dari abang Iqbal. Kesian abang coz sebelum tu mama kata anak-anak kat rumah semua tak ingat mama kakak yang jauh pulak yang ingat. Paling tersentuh tulisan dalam kad ni, mama boleh menangis.
'Assalamualaikum ibu tercinta Junaina Abdullah.
Abang ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu.
Walaupun kad ini tidak bernilai tapi abang bagi kad ini secara ikhlas.
Abang ingin meminta maaf di atas kesalahan dan dosa kepada mama.
Abang sedar abang tidak bagus untuk menjadi abang yang baik tetapi abang akan cuba memperbaiki.'
Kepada : Mama
Daripada : Iqbal Hadi
Oh! anak. Kad itu memang langsung tidak bernilai di mata orang lain tetapi kad itu dan segala ingatan kamu itu berada tempat yang teratas di hati mama. Maafkan mama kerana selama ini terlalu meletakkan harapan yang tinggi supaya menjadi abang yang bertanggungjawab pada adik-adik, anak yang bertanggungjawab pada mama. Maafkan mama juga kerana pernah mengatakan anak lelaki tak pernah perihatin tentang perasaan mama.
Terima kasih buat abang yang sanggup bersusah payah membuat kad untuk mama dan meminta cikgu di sekolah poskan. Usaha abang itu sangat menyentuh perasaan mama. Doa mama anak-anak mama akan menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat.
tersentuh jugak pada hati jaa yg membaca ni kak! bagusnya anak2 akak.... semoga mereka menjadi anak yg soleh dan solehah....amin!
BalasPadamwww.jaakechik.com
Touchingnyaaa.
BalasPadamsalam aina,
BalasPadamkita pun rasa sebak dan berair mata juga..
selalunya anak lelaki ni kurang perihatin sikit
tapi jadi gini...sayu pula :)
kad buatan sendiri lah yg buat kita terharu tu kak...sbb dia ada usaha utk buat kad tu...
BalasPadamsebak saya baca ayat2 tu kak...
so touching..
BalasPadamdia boleh terpikir nak buat gitu.. pandai!!
selamat hari ibu jugak.anak yg baik..moga abang jadi anak soleh dunia akhirat..amin..
BalasPadamterharunya kak..saya pun rasa sebak..
BalasPadamassalam Aina..hati iu cepat je tersentuh kan..Syukur Alhamdulillah..aak2 tetap sayang dan ingat ibubapa
BalasPadamMakchaq pun ikut terharu..
BalasPadamMemang boleh tersentuh hati apa lagi dtgnya diluar dugaan..
BalasPadamAnak mana tak sayang ibu mereka Aina..
Assalamualaikum,
BalasPadamtersentuh hatiku...
sy bc pon terharu..
BalasPadami baca pulak rasa sebak sis..kdg kita ni tanpa sedar membuatkan anak2 kita terasa dengan kita..tanpa sedar kita memilih kasih..
BalasPadamdee bukan ckp sis tau..dee ckp diri sendiri...moga kasih sayang anak2 kekal bersama kita ye sis..amin..