Ibu Zaman Sekarang

8:36 PG JunAina 22 Comments

Entahlah apa nak jadi dengan dunia sekarang.
Mata kita melihat, telinga kita mendengar kadang-kadang cerita baik ada jugak cerita buruk.
Hati mudah tersentuh dengan khabar suka.
Jiwa mudah lara denga khabar duka.
Air mata tanpa silu mula menyapa.


Rupanya masih ada si ibu tiri seperti zaman Si Bawang Putih dan Bawang Merah.
Terjebak seketika dalam keributan memasak petang semalam.
Babak si ibu tiri yang memarahi anak tiri dengan kata-kata kesat dalam drama Teduhan Kasih di TV3.
Terkedu. Setiap kisah itu pasti digarap dari reliti kehidupan.
Realiti yang perit buat si anak tiri. Kasihan.


Kisah si Afiq Muiz dan ibunya jugak amat mengejutkan.
Ini bukan lagi sengketa si tiri tetapi sengketa sedarah.
Tak tercapai dek akal bila seorang ibu sanggup berkelakuan begitu terhadap anaknya.
Juga tak terucap kesalnya bila anak turut melompat dengan tindakan si ibu.
Subhanallah. Moga kedua-duanya akan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.
Ibu dan anak ikatan yang tiada sempadan.
Realiti yang selalu kita telan si bu akan tetap mempertahankan anak dalam apa juga keadaan.
Walaupun anaknya seorang penagih, perompak atau penyamun sekalipun air mata dia tetap menitis mendoakan yang terbaik buat anak. Mulutnya juga ringan mempertahankan anak.

Kutiplah pedoman dari kehidupan orang lain, pengalaman mereka mungkin akan lebih mendewasakan kita. Bukan semua kisah duka berakhir juga dengan airmata, bukan juga semua kisah suka berakhir dengan tawa. Ada kala kita di uji. Ujian ini menjadi pengukur kesabaran dan keimanan semoga kita mampu lalui ujian dengan menggunakan akal dengan menetapkan keimanan.

Bisikbisik : Pukul 11am nanti saya ada "All Staff- Internal communications sessions -Management" for my dept. Doakan yang terbaik buat Aina moga-moga tidak ada dalam senarai penerima surat untuk hari ini dan bulan-bulan seterusnya.


You Might Also Like

22 ulasan:

  1. akak...saya pun dah terjebak dengan cerita teduhan kasih ni...banyak sangat konflik yang ditunjukkan dalam cerita ni....kawan makan kawan/iri hati...sikap mak tiri dll...yang pastinya penulis novel ni pastinya cuba sampaikan sesuatu yang sebenarnya berlaku di alam realiti

    BalasPadam
  2. ibu zaman sekarang banyak cabaran...
    sedih baca kisah afiq & maknyer tak semena-mena tetibe glamer tadik baru baca kekasihnyer pulak nak saman mak afiq...macam2 kisah anak beranak ni...

    macamana lak anak2 kiter nanti..
    moga kita semua sentiasa dilimpahi kasih sayang dan sentiasa dibawah rahmatnyer

    BalasPadam
  3. Walau sekadar hasil nukilan penulis didramakan tapi realitinya utk dijadikan panduan buat yg menonton Aina...

    BalasPadam
  4. dunia dah akhir zaman...huhu...


    p/s: akak, perkataan Subhanallah hanya utk melihat perkara yg baik dan cantik saja...rasanya mcm tak sesuai dgn isu ni...correct me if i'm wrong...saya pun masih belajar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penggunaan perkataan 'subhanallah' tu dah jadi satu habit, kebiasaan coz kalau anak2 nakal pun akak selalu sebut 'subhanallah hampa nikan, pasai apa sepah sangat rumah ni'.

      Lain kali akak akan perbetulkan terima kasih kerana menegur ye sis.

      Padam
  5. manusia susah hendak dijangka..=)

    BalasPadam
  6. teduhan kasih kisah kawan baik sendiri merampas suaminya..ditambah dgn layanan buruk ibu & kakak tiri..tp begitulah kehidupan..berhati2 walau dgn sahabat baik..

    yg kes afiq tu i lebih salahkan kekasih hati dia tu..over..alangkan kita menantu pun tak boleh campur tangan urusan suami dgn ibunya..inikan pulak tidak mempunyai apa2 hubungan..si iena tu lebih baik shut up aje..anak dan ibu takkan putus air dicincang..

    BalasPadam
  7. masalah keluarga jangan di keluarkan...bincang elok2..dari kata sepakat...

    BalasPadam
  8. apa cerita si afiq tu? artis ke dia kak? Sorry, saya mmg buta pasal artis malaysia...hihihihih

    BalasPadam
  9. Tulah, sdey bila baca kisah p'golakan hubungan kekeluargaan antara Si Ibu & Afiq tu... Bila kalau dah macam ni punya melarat, jumpalah b'depan, bincang elok2, bukan dok perang kat media, hu3...

    BalasPadam
  10. saya tak tau sangat apa isu sebenar afiq dengan ibu nya ni. tapi apa yang pasti...setiap pertelingkahan dalam keluarga tu elok lah diselesaikan sendiri, tak perlu heboh..tak perlu campurtangan pihak ketiga. buat mengeruhkan keadaan je. lagi pulak..ibu dan anak ni ibarat air, ditetak sekalipun takkan putus.

    BalasPadam
  11. Moga apa yg berlaku pada Afiq dan Ibunya dpt mencari jalan penyelesaiankan..

    BalasPadam
  12. masaalah dalaman tak elok sebar keluar, kalau tak dapat jalan keluar mintak lah nasihat dari orang2 yg berilmu dan disegani..

    BalasPadam
  13. memang macam2 yang berlaku sekarang ni... moga kita dijauhkan dari perkara2 yang boleh menyebabkan kita digelar anak derhaka... Amin...

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,
    Hanya Allah sahaja yg tahu apa berlaku sebenarnya...
    semoga semua ini akan segera berakhir

    BalasPadam
  15. Saya baca novel dan tgk sekali citernya kak.. :D

    BalasPadam
  16. Tapi kadang cerita kt tivi ni jd pengaruh jugak..rasanya lebih baik tonjolkan byk yg baik dr konflik yg banyakkan...

    BalasPadam
  17. Assalam'kum
    Doakan yg terbaik utk mrk semua. Saya pun tak suka media yg perbesar besarkan hal ini

    BalasPadam
  18. teduhan kasih ni citer novel...tp harap2 xde yg real la kat dunia ni kan..

    BalasPadam
  19. As salam sis Aina,

    Saya juga terkejut mendengar cerita artis yg disebut tu... alahai... aibnya... moga masalah yg melanda mereka lekas menemui jln penyelesaian dgn lebih rasional & tidak terburu2... kesian... di pentas dunia ni mcm2 drama kita boleh lihat... bagai tayangan box office! Take care sis :)

    BalasPadam
  20. tatau nk ckp camne.. tapi seriously..
    citer neh sangat menyakitkan jiwa..
    hishhhhh.. sesak dada tgk manusia kejam dan x bertimbang rasa...

    BalasPadam
  21. semoga mereka berdamai semula insyaa allah

    BalasPadam