Pemanggang Ajaib Happy Call
Orang lain dah lama beli Aina baru terhegeh-hegeh. Meletup di pasaran sejak sekian lama dah pemanggang ajaib ni. Sebenarnya function pan ni lebih kurang pressure cooker jelah. Mempercepatkan urusan bakar-membakar.
Sebenarnya banyak brand ada HIG (Haji Ismail Group) dari Langkawi. Agak le kan semata nak beli benda ni pun nak pergi Langkawi. Kos nak pergi sana pun dah berapa ye tak? Ada jugak AREIKAN dari Syarikat Menang Glassware, ada juga satu brand dari Korea tapi lupa sudah jenamanya dan macam-macam jenama lagilah sila google. Happy Call ni pun made in Korea jugak.
Satu hari tu dalam tenung-tenung komputer kat pejabat ternampak tawaran kat MyDEAL.com.my. Harganya cuma Rm78 termasuk delivery dimana harga asalnya ialah Rm229 (entah ya entah tidak ini harga sebenar). Fikir punya fikir banyak juga penjimatannya. Dua tiga kali fikir grab jugaklah lagipun memang lama dok idam. Jenama lain termasuk potage Rm120++. Kira masih murahlah dengan harga yang MyDeal bagi. Terus isi borang dan buat bayaran. Tak lama kemudian dapat email confirmation, print dan simpan. Penghantaran mengambil masa 15-30 hari. Tak apa Aina sabar menunggu.
Satu yang istimewanya pemanggang ini banyak kegunaannya bukan setakat untuk memanggang ikan, ayam atau daging sahaja. Nak buat kek pun boleh. Agak-agak malas nak keluarkan oven bagai pemanggang ajaib inilah jadi penyelamat. Rujuk chumsyashley nak tengok buat kek guna Happy Call. Lagi banyak menunya kat munchministry (jangan pulak ikut sebiji menu dalam tu coz ada yang non-halal). Nak cuci pun senang coz pan ni jenis non-stick. Masak pun tak ada minyak yang mercik mengotorkan dapur dan mempercepatkan proses memasak. Jadi semakin jimat masa dan jimat tenaga.
Tak sabar nak tunggu benda sampai. Kot-kot lepas ni mak rajin sikit nak memasak.
kalo mak rajin memasak biler fulakk nak merempitnyerr..ehHkeeek
BalasPadamNampak gak kat mydeal tu, dok pikir2 nak sambar ke idak..
BalasPadami wish someone buy me this for my birthday..hahaha..
BalasPadamda msk nnt jgn lupa jemput sy tau ;-)
BalasPadamCuma dia ni comel sikitlah Aina. Kalau beli ikan tak boleh besar sebab tak muat. Satu yg baik tak perlu guna minyak - jauhlah sikit kolestrol yg nak hinggap tu:)
BalasPadamMEmang best pakai pemanggang ajaib ni. Masak pon cepat. Tapi agak berat sikitlah. Tak pernah try lagi utk buat kek.
BalasPadamteringin juga nak beli benda nih
BalasPadamerr..
BalasPadamkalau saya lah yang beli..
tambah satu lagi kegunaan dia..
jadik hiasan !
Memang ajaib! Adik saya dah guna..:)
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamsaya dah beli
tapi baru sekali jer mencubanya
kitapun tekder lagi... ha.. ha.. ketinggalan gakni... teringin nak ada satu... tapi tak mencaripun...
BalasPadambetul Aina, nmpak kemas, and tak mercik merata kan? masa tengah popular tu semua org dok bercakap psai bnda ni..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamteringin jugak...tp sampai sekarang blm beli lagi hu huhuhu
nampak menarik tapi bagi ai tak berbaloi beli sebab confirm ai tak guna.. rugi2..
BalasPadamNak beli jugaklah nnt.. saya msh belum ada lg pemanggang nie..
BalasPadam