Coklat Beryls
1 Mei nan lalu gila coklat kat kilang Coklat Beryls di Bangi. Tahu je ada promosi terus berazam nak pergi sana, pagi-pagi lagi dah ajak adik dan bawak rombongan anak beranak untuk pilih-pilih coklat. Hikram teruja dia ingat boleh tengok orang buat coklat tetapi rupanya hanya tengok Butik Coklat. Hangin satu badan kecik tu.Masa sampai tu orang belum ramai. Sempatlah kami merasa-rasa sample coklat yang ada. Tiba-tiba riuh rendah kat luar, rupanya tiga bas rombongan dari mana entahlah sudah tiba. Bayangkanlah dalam ruang sempit tu tiga bas masuk. Oranglah bukan bas! Sekali pusing sample yang bermangkuk-mangkuk tu habislah sudah. OMG! Phewww...berebut-rebut depa dok capai itu ini. Fenin. Kami relax jap bila depa dah habis membeli baru kami buat keputusan akhir nak beli apa dan terus bayar. Gambar-gamabr tengah happening tu tak adalah pulak.
Stok coklat sudah berkurangan pada kunjungan kali kedua, gambar-gambar kunjungan kali pertama kebanyakannya dalam telefon adik. Depa tak refill rupanya.
Kebanyakan yang dalam kotak ni semuanya 50% less ada jugak yang ditempah khas dari Jepun tapi depa jual jugak kat sini tetapi tiada dalam pasaran Malaysia.
Ini hasil tuaian kali pertama. Tak banyak sangat pun. Camior tu 5 kotak Rm9, coklat badam tu Rm12 sebungkus, coklat putih tiramisu dalamnya ada isi badam tu Rm14 sebungkus. Wafer Rm7 memang mahal sikit tetapi berbaloi sangat kerana kaya dengan rasa coklat tapi sangatlah manis rasanya yang ni Hikram suka. Coklat campur-campur sebungkus tu Rm15, macam-macam ada. Coklat dalm balang warna oren tu Rm10.80 dalam dia coklat dengan badam hancur.
Model coklat Beryls tak berbayar.
Sebenarnya Butik Coklat kat kilang Beryls Bangi tu tiap-tiap hari dibuka walaupun tak ada promosi. Terasa nak beli coklat dengan harga sedikit murah berbanding di supermarket pergilah ke sana. Promosi 50% dan 30% tu pun hanya untuk produk terpilih je pun. Kita ni serbu bagai nak rak, capai itu capai ini dan kadang-kadang tertipu jugak bila harga biasa Rm10.25 pada hari promosi di jualnya Rm10.80 (hampeh betul).
Overall puas hatilah. Coklat bukan makan sampai kenyang just makan sikit-sikit tetapi anak-anaklah yang suka. Sebahagian coklat itu jugak dah hantar ke Perlis untuk dak pompuan tu, suka bukan main dia. Tak sabar dah dia nak tunggu cuti sekolah hujung bulan ni. Mama ikut jelah kehendak anak. Lagipun diakan sorang jelah anak pompuan yg ada (sob...sob...).
AIna..
BalasPadamakak perasan Beryls ni sebelah Spanco.. selalu waktu tunggu suami nampak banyak bas menurunkan rombongan budak2 sekolah. AKak ingatkan kilang buat choklat... next time nak singgah borong chekelat....
bagus u buat entry ni... baru akak tahu....
Butik Coklat tu buka tiap2 hari, masuk main entrance sebelah kanan. Sekarang ni katanya harga promosi tetapi memang berbaloi beli masa promosi ni kak.
PadamTapi kalau keluarga kakak Aina kami makan coklat sampai kenyang. Kami semua hantu coklat sebab itu dlm fridge rumah kakak tak pernah tak ada coklat.
BalasPadamNampak coklat Aina beli tu pun kakak dah terilur:)
Si kecik tak suka coklat yang lain boleh tahanlah, paling suka coklat kakak yang kat kampung. Kalau dekat agaknya mau Kakzakie memborong sakan kot.
Padamsy trus g kilang dia kt serdang tu kak..hehehe
BalasPadamAnies yang ni pon kilang jugak cumanya cawangan kat Bangi, sampai je area kilang dia tebau kewangian coklat.
PadamSaya ni baru je lepas makan coklat hehe..Coklat boleh menenangkan fikiran tau!
BalasPadamsuka coklat jenama ni, sedap...
BalasPadamdapat borong suka ni...
berbaloi buat penggemar coklat..:)
BalasPadamanak saya baru aja rombongan tadikanya bulan lepas gi sini...hihihih..
Saya ternanti2 kilang Cadbury Shah Alam buat promo sales..dah lama betul tak buat...mmg berbaloi gila beli cadbury sales..
DZ kalau kilang Cadbury buat promo tak boleh lawanlah memang best. Dulu kerja kat PJ sanggup keluar lunch masuk office lambat semata2 nak borong coklat.
PadamAssalamualaikum,
BalasPadamsib baik orang bangi tak berapalah nak gemornya cakelat tu...sepaket pun leh tahan berbulan2 hingga makan tahun hu hu hu hu kalau tak, harus tutup tak cukup stok caw bangi tu huhuh uhu
Beli jelah pas tu hulur2 kat kita org ahakkkss...
Padamwah...! shopping cekelat
BalasPadam:)
ai tak reti nak beli kalau dah ramai serbu.. biar dah reda sikit baru ai terkial2 nak beli..
BalasPadamcoklat2 tu kalau ai beli, tukang perabihnya anak2ler.. ;)
pantang tengok ada dalam peti sejuk.. confirm cepat habis..
masa study dulu, pernah buat lawatan ke sini..sempat juga bergambar kat belakang jam beso tu... :)
BalasPadamSehari aje ke promosi tu? huhu.
BalasPadamLain kali kalau tahu apa promosi roger2lah kat kengkawan awal
YB promosi tu start 1hb Mei-12 Mei, sempat lagi tu.
PadamKira borong sakan tu. Agak2 berapa lama stok tu boleh bertahan? .... ngeeee
BalasPadamRasanya macam dah nak habis tu pun dah repeat kali kesua...ngeee...
PadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamsaya pun suka coklat...he he
wow..dee tak pernah pergi tapi anak dee akan pergi dengan kawan2 kindy dia nanti hujung mei ni..sure dia excited.
BalasPadamsalam jumaat mak june tuuu., anak wedok wak pon nk cuti semester bulan depan jugakk.,ahHKs
BalasPadamjelsnye tengok...kat penang tak de jual ke coklat brand ni uhuk uhuk :D
BalasPadamnk no wtsp blh x??ke u wtsp i kt no ni 0129963560
BalasPadamAssalamualaikum Tuan/Puan.
BalasPadamSalam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.
Contact person :
RIKO ADRYANSYAH
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
Wassalam