Nur Mu Tenangkan Hati

2:45 PTG JunAina 9 Comments

Memulakan sesuatu yang baik adalah sangat berat untuk pertama kalinya.
Kita lebih mementingkan kerja-kerja yang bakal tertangguh kerananya.
Bimbang kepada benda-benda yang tidak perlu.
Tak kurang bisikan syaitan yang melemahkan hati insan.
Kita lupa pada kemanisan janji-janji Allah s.w.t.
Janji-janji yang pasti.

Alhamdulillah.
Seminggu ini semua itu berjaya dilawan.
Semakin terasa kemanisan berjemaah.
Hati menjadi tenang dan setiap kali azan berkumandang
kaki kuhayun laju menju ke surau.
Ketepikan sementara urusan dunia.
Bersegeralah mengingati dan menunaikan hakNya.
Moga semua ini akan kekal.

Bersyukur padamu Ya-Allah
memberiku teman-teman yang sentiasa
rapat denganMu.
Membuat aku malu sendiri lantas ingin mejadi seperti mereka.
Mendahulukan hakMu berbanding urusan dunia.


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. insyaallah..amin..semoga dipermudahkan urusan...

    BalasPadam
  2. Benar.
    Tetapkan priority hidup.
    Kita di ciptakan, utk menyembahNYA.

    So, solat lah.
    Dan solat lah dgn cara yg terbaik kita mampu.
    Berjemaah, awal waktu, jaga tata tertib.

    Moga kita semua terus menerus di kurniakan hidayahNYA, dan istiqomah atas jalan Nya..Amin..

    BalasPadam
  3. alhamdulillah...
    samalah dgn mak...semenjak ada surau baru...sentiasa berjemaah...

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah moga apa yg dihajati itu berterusan..

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Aina

    Alhamdulillah
    Syukur

    BalasPadam
  6. ALHAMDULILLAH..SERONOK DGR PERUBAHAN NI KAK..^_^

    BalasPadam
  7. Untung ada kawan2 yg baik....

    BalasPadam
  8. syukur alhamdulillah... :D

    BalasPadam