Kerja-Andai Rezeki Masih Milikku

10:43 PG JunAina 17 Comments

Hari ini jalan dari Kajang agak lenggang biasanya jalan akan sesak terutama menuju ke Putrajaya agaknya masing-masing sudah mengambil cuti awal sempena cuti sekolah dan kebetulan pulak esok cuti umum. Masuk Kuala Lumpur seperti biasalah jalan tetap sesak tapi kesesakan yang biasanya bermula selepas Tol Sungai Besi sedikit berkurangan.

Electrical Dept. sejak petang semalam dah kecoh. Hangat. Tegang. Selepas management briefing from COO agak lewat petang selected staff dapat satu email dari Dept Manager. Aina kat atas memang tak tahu apa-apa sehinggalah salah seorang kawan di dept. floor telefon tanya dapat tak email dari bos. Sebab tak ada jadinya untuk batch akhir ini Aina masih selamat kat sini. Alhamdulillah syukur ku panjatkan untukmu Ilahi, sekurang-kurangnya buat sementara waktu ini Aina tak perlu risau sangat. Insyaallah ini akan jadi yang terakhir andai ada projek masuk sebulan dua lagi.

22 orang staff elect sama ada menjadi mangsa keadaan dan ada juga yang menawarkan diri. Faktor umur dan lamanya perkhidmatan antara penyebab mereka menawarkan diri. Setahun dua sebelum mencapai umur pesaraan adalah lebih baik mereka menerima tawaran ini dengan bayaran pampasan yang sepatutnya dari bersara tanpa apa-apa, masa tu yang ada cuma KWSP. Sekiranya 20 tahun berkhidmat dengan pampasan setahun untuk sebulan gaji dan gaji pulak Rm12k dia akan mendapat Rm240k. Janji bos pula sekiranya ada projek selepas ini mereka akan ditawarkan sebagai kontrak staff. Bagi yang menjadi mangsa keadaan sebagai kawan semua orang tumpang bersedih kerana semua ada komitment masing-masing. Bujang atau berkahwin serta berkeluarga masing-masing ada tanggungjawab.

Senarai nama sudah keluar tetapi surat butirannya secara rasmi hanya minggu depan akan diagih-agihkan oleh pihak management. Selagi tiada surat hitam putih selagi itulah mereka yang masuk dalam senarai tidak akan mengetahui jumlah sebenar pampasan yang mereka akan terima. Bukan bererti yang tinggal boleh duduk goyang kaki cuma merasa sedikit selesa kerana tidak lagi tertanya-tanya. Sekarang adalah masa untuk bekerja keras. Beusaha supaya mendapat kepercayaan orang sekeliling tentang kebolehan dan keupayaan kita dalam melakukan kerja terutama sekali tentulah bos. Jangan juga nanti Lead Engineer yang handle projek berbunyi dengan cara kerja dan disiplin kita.

Pemilihan kali ini bukan lagi bergantung kepada last come first out, kami tertanya-tanya apa faktor yang diguna pakai oleh manager dan management kali ini kerana ada staff yang sudah lama berkhidmat turut tersenarai sedangkan yang setahun dua berkhidmat masih kekal. Paling penting sekarang masing-masing perlu menjaga prestasi.

Sekali lagi syukur alhamdulillah. Rezeki masih di sini sehingga satu saat yang tak pasti. Selagi itu khidmat terbaik akan diberi dalam mencari berkatnya rezeki. Hari ini tersangat sibuk selepas berbulan-bulan goyang kaki. Ada 25 keping drawing perlu di submit dan masih banyak contengan merah yang perlu di perbetulkan. Selamat berjuang.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak Jun
    syukur, menitis air mata Ayu.. Air mata happy tau

    moga sentiasa bahagia selamanya

    BalasPadam
  2. mungkin yg sudah lama berkhidmat gaji lebih tinggi dari yang baru masuk..alhamdulillah sis tidak tersenarai..

    dee dulu pernah merasai suasana yg macam ni..dee cari kerja lain cepat2..alhamdulillah..ada rezeki..cubalah sis cari tempat lain..kalau ada rezekikan..sapa tau..

    BalasPadam
  3. assalam,

    rezki dimana2...andai dah tertulis itulah rezqi kita untuk hari ini, untuk esok hari dan untuk bila2...maka itulah yg kita terpaksa tunggu dan akur...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum,
    Selamat berjuang....kat mana2pun kita berada, perlu sentiasa berjuang

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..masa ada rezekinya di situ...teruskan perjuangan...:)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah kak...lega saya dgr...

    teruskan perjuangan kak...

    tapi simpati pada mereka yg dpt email tu...huhu...

    BalasPadam
  7. Lega bila tak kena tapi bagaikan menanti juga kan... harap selepas ini company pulih semula.

    Kakak dah rasa kena retrench Aina. Tengok duit pampasan masa tu memang suka (berganda-ganda) tapi bila kenang nak cari kerja baru aduhai... Mujur sebab kerja dgn development banyak contractor dah kenal semua so mereka ada offer itu yg kakak sangkut salah satu dari contractor tu... Kakak rasa kawan-kawan Aina yg kena itu pun tak susah sebab kita dah ada pengalaman clients ramai dah kenal - mana yg sesuai join ajelah bila ada offer.

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..masih ada rezeki di situ.
    dalam masa2 sekarang ni bukan senang nak dapat kerja..pulak2 yang sesuai dan selesa mengikut kehendak kita.

    BalasPadam
  9. Aina..
    Alhamdulillah..
    kan rezeki itu ALLAH yang tentukan...
    ALHAMDULILLAH..

    BalasPadam
  10. suspen juga tu... apa apa pun syukur rezeki masih di situ...

    BalasPadam
  11. dulu saya pun pernah merasai suasana macam ni... apapun tahniah... teruskan berjuang ya...

    BalasPadam
  12. alhamdulillah...moga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah...selamat berjuang aina.

    keadaan macam ni kadang mmg tak boleh elak kan...and cara2 pemilihan pun bermacam. My former workplace, dengar member kata dia ambik formula...your age + year of service ..kalau =/> 50, then you automatically terselect lah utk berhenti..like it or not.....dgn compensation lah.

    BalasPadam
  14. tahniah dan alhamdulillah kakk :)
    moh la kita sama2 terus berjuang yee

    BalasPadam