Bila Dah Tak Bekerja

6:08 PTG JunAina 19 Comments

Pukul 5pm berlari ke lif tekan anak panah ke atas. Sesaat, dua saat jadi seminit. Arghhh...waktu puncak semua orang berebut lif, nak balik. Pukul 5 tepat kesesakan kat jalan belum berada ditahap kritikal. Lif berhenti, terus naik ke tingkat 17. Punch masuk terus masuk surau ambik telekung dan solat. Wudhu ambik siap-siap kat tingkat 13, hari ini pakai tudung pusing-pusing susah sikit nak ambik wuduk kat tempat wuduk wanita.

Siap solat dan berdoa laju-laju keluar dari surau, laju-laju punch out dan laju-laju kejar lif yang dah warning 'going down'. Masuk je alamak! Huishhhh...terpaksa jugak senyum walaupun dah tak manis. Time nilah nak jumpa Manager (Elektrikal Boslah). Selalu Aina borak-borak juga berbahasa-basi, borak-borak kosong tapi kali ini tengok muka bos pun hati dah dup-dap dup-dap. Bos pun undur je kebelakang takut agaknya dapat soalan cepu mas. Nasib baik lif laju je sampai tingkat 13. Phewwww...lega!

Gossipping (memang cerita benar pun). 300 keping surat sudah siap dimasukkan ke dalam sampul. Tunggu masa sahaja untuk diberi kepada tuan empunya badan. Aina tak ambik pusing sangat tapi bila kawan-kawan telefon dok tanya hati tu sedikit sebanyak resah jugak. Setiap kali telefon berbunyi dengan nada internal call malas rasanya nak angkat, takut pun ada takut bos atau secretary bos yang call.
Nervous tau!

Aina dah semat kukuh dalam hati. Setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat Aina. Walaupun berat Aina akan belajar redza, pada permulaan memang sukar bila dah lama insyaallah boleh terima dan mungkin Allah akan bagi yang lebih manis. Aina kalau dapat nak elakkan bercakap tentang perkara ini dengan kawan-kawan sebab itu bila pergi surau laju-laju Aina turun, kat workstation pun Aina banyak duduk diam-diam mengadap komputer ja, ada kerja buat tak ada kerja baca apa yang dapat kat internet. Kalau bab pergi makan pula dari dulu Aina memang jenis lone ranger tak gaduh-gaduh nak bergayut dengan kawan-kawan jadi tak dak isu yg timbul.

Aina berfikir-fikir jugak kalaulah rezeki Aina hanya setakat ni sahaja dengan syarikat ini apa Aina nak buat sementara menunggu untuk dapat kerja lain. Kalau boleh tak mahulah keluar dari bidang sekarang tetapi sementara nak dapat tawaran tu nak buat apa. Insyaallah kalau ikut yang sebelum ini pekerja tetap akan dibayar pampasan mengikut tahun perkhidmatan tetapi tidak bagi pekerja kontrak. Bermakna Aina akan ada sedikit bekalan 6 tahun berkhidmat dan 3 bulan notis (yang notis ni kena tengok surat tawaran kerja kerana masa Aina masuk 3 bulan tetapi selepas itu company dah kurangkan jadi sebulan sahaja). Jumlahnya 9 bulan gaji Aina akan dapat.

Memerah otak mencari idea apa yang hendak dibuat sebelum tabung yang 9 bulan tu menyusut. Kalau dapat kerja di syarikat lain alhamdulillah kalau tak mungkin akan cari kerja sementara yang boleh menampung sedikit perbelanjaan untuk membayar segala hutang. Terfikir sudah bila tak dapat masuk bidang yang sama dan gaji semakin mengecil penyelesaian terbaik mengadaplah AKPK bila mana pendapatan tidak lagi mampu menapung segala hutang yang ada. Mengelak dari diistihar muflis. Lain kalilah Aina cerita bab AKPK ini.

Kalau kita susah ada lagi orang lain yang lebih susah! Cumanya sekarang ni pelan-pelan nak cari penyelesaian yang sedikit sebanyak dapat membantu dari segi keewangan. Besar periuk besar juga keraknya! Bila periuk mengecik tapi kerak tetap macam tu apa nak buat? Huh...!


You Might Also Like

19 ulasan:

  1. sekarang ni masih belum tau kan sis? dee harap berita gembiralah..jika sebaliknya moga sis mudah dapat kerja lepas tu..moga dimurahkan rezeki hendaknya..amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum tau lagi hanya tunggu dalam debaran. Doa macam tu jugaklah agar ada berita gembira...

      Padam
  2. Gunalah periuk karan. Takde kerak .... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. YB kadang2 periuk karan bio lama switch on bawah dia keras gak walaupun tak hitam...ngeee...

      Padam
  3. Semoga Aina mendapat kerja yg sesuai dgn kelayakan dan pengalaman Aina serta membayar gaji yg best.

    Saya dah gantung topi putih engineer saya bila berhenti makan gaji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan Aina pun macam tu jugak. Nak gak gantung kemahiran yg ada ni tp lepas tu nak buat apa pulak?

      Padam
  4. Rezeki ada dmn2 aina. Jgn putus asa utk mencari. Cayokk

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Mai...companya tengah kurangkan staff tak ada job. Sebulan lepas 200 orang kali ni 300 orang...sob...sob...

      Padam
  6. pasti ada jalan untuk segala ujian kak. akak hebat ok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh saya memang hebat! Hahahaaa...motivasi terbaik.

      Padam
  7. ulat dlm batu pon leh hidup makk.., dapat duit vss gi la merempit satu malaysia sabah sarawak sekali yee makk..,eHHeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulat dalam batu makan batu Wak habis mak ni boleh ke nak makan batu maunya rongak gigi.

      Idea bagus gak tu merempit satu Malaysia habiskan duit pas tu melopong...hahaha...

      Padam
  8. insyaAllah dipermudahkan..

    saya doakan..

    BalasPadam
  9. jun, u nk resign ke?
    pls share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan nak resign tapi company nak kurangkan staff tengah berdebar menunggu nih...sedih!

      Padam
  10. Oooo..company nak VSS kan pekerja ya...
    Bersabar lah..Kalau ditakdirkan mmg sampai situ aja rezekinya, mmg kena lah VSS tu..cuma percaya lah, Allah tak beri ujian kalau hambaNya tak mampu tanggung..

    Dan be positive, Insya Allah , Allah kurniakan peluang kerja yg lebih baik selepas ni...

    9 bulan gaji tu..bestnya...kalau saya, saya guna idea Wak Gelas tu..merempit!!!! hahaha

    BalasPadam