Pilihanraya Dah Habis YB Sebelah Aku Masih Berkempen

9:40 PG JunAina 23 Comments

Subhanallah. Pagi-pagi Jumaat ni mau ja aku sound orang.
Kalau tak mengenangkan dia ni lagi tua dari aku dan layak dipanggil pak cik, ringan dah mulut ni. Kalau setakat bebudak satu team yang lain memang aku dah tembak sampai tak boleh bangun.
Pagi Jumaat yang mendung, cuaca sejuk. Bertasbihlah. Bercakaplah benda-benda baik.

Tidak meletakkan siapa yang dia sokong tetapi kita yang mendengar rasa tidak selesa. Kenapa perlu memburukkan orang dan menafikan kebaikan yang orang buat. Bukankah setiap perbuatan kita hanya Allah s.w.t yang layak menilainya.

Cerita-cerita:

1. UMNO tak guna masih terima Sharizat. Dulu kalah pilihanraya lantik jadi senator, jadi jugak menteri. Lepas ni dia makan lembu hari-hari. Muka pun dah macam muka lembu. Korang tengok ada satu kartun tu dilukis muka Sharizat macam lembu.

Cuma nak kata anak jadi penagih dadah, jadi penyamun, jadi penyangak salah mak bapak kah?

2. Satu budak ni bagitahu Mukhriz imamkan solat hajat untuk doakan kesihatan Azizan (rasanya Mukhriz bukan menjadi imam hanya sama-sama menonaikan solat hajat berjemaah). Dia boleh kata 'Dia sembanhyang baca dalam Bahasa Inggeris la tu. Semua tu berlakon ja. Haprak semua tu. Dia dengan bapak dia sama ja.

Apa kuasa kita sampai macam tu kita nak nilai pengetahuan orang tentang agama, ikhlas orang terhadap apa yang dia lakukan. Bukankah setiap apa yang kita lakukan hanya Allah s.w.t juga yang lebih mengetahui.

3. Menteri-menteri kabinet tu semua diperbodohkan ja oleh Najib. Semua bodoh.

Kalau dah semua bodoh siapa pulak yang pandai?

4. Masa pilihanraya dulu tu negeri-negeri lain PR kalah sebab kurang perhatian. Penang, Selangor, Kelantan tu lebih perhatian sebab tu menang. Lagipun masa pilihanraya tu PR tak cukup pemerhati nak pantau semua tu. Orang-orang BN haram jadah tu ramai ja berkeliaran.

Tempat Aina mengundi setiap saluran ada dua orang petugas setiap parti bertanding duduk di meja dan check nama setiap pengundi yang disebut dan tanda. Tak termasuk lagi petugas-petugas diluar yang menggunakan tanda nama khas sebagai petugas. Tak cukup lagikah? Hari mengundi jugak ramai juga petugas mengenakan t-shirt hijau seragam tanpa lambang parti.

Biasanya bila mereka buka bab politik Aina akan bangun dan pergi ketempat lain. Rasa bahu tak mampu nak menanggung beban. Biarlah mereka dengan keseronokan memaki hamun dan bercerita keburukan orang. Ada juga tukang dengar dan tukang tumpang gelak jadinya semakin seronoklah dia bercerita. Bagi Aina siapa sahaja yang kita sokong janganlah sampai kita meletakkan siapa yang kita tak sokong dibawah tapak kaki kita. Sesama Islam bantu membantulah.

Psttt...agaknya kita mengata-ngata orang, kita maki hamun orang dibelakang kita kena minta maaf tak? Dosa dengan Allah s.w.t boleh minta ampun dengan Allah, dosa sesama manusia cam ner cerita?

Nak baca cerita best pergi kat sini rumah Pak Ngah Al-Lavendari.

Ini bukanlah entri tentang politik!

You Might Also Like

23 ulasan:

  1. memang panasss kan pru 13.
    mujur tempat ayu stop dah.
    pihak lawan redha kekalahan...

    kita kn percaya hukum imam y terakhir baru jadi insan y mulia disisinya

    kak jun. lain kali tak yah bangun. dengar jer celoteh makhluk Allah tu. untung2 esok2 dia tau kita mmg tak suka nak kondem parti y sedia ada.
    kini selamanya

    BalasPadam
  2. bak kata Tuan Haji Lavendari..


    emm..
    pasal orang mengumpat ..
    gi lah baca..
    panjang nho dia tulis

    BalasPadam
  3. kadang sesak nafas dengar.. tu yang malas nak dengar.....

    BalasPadam
  4. mcm2 hal..dua2 penyokong di kedua belah pihak sama je..ni penyokong membabi-buta namanya..dua2 belah pihak juga ada pemimpin2 yang baik..ada juga pemimpin yang kurang baik..sudah2 lah kan..peace no war..

    BalasPadam
  5. sama lah kat area rumah ni...sakit telinga dok mendengar...sebab malam2 still ada ceramah memburuk2 kan parti even dah selesai pilihanraya...

    BalasPadam
  6. salam pagi Jumaat .. terima kasih kerana sudi link.

    entahlah .. kat mana-mana pun cerita yang serupa .. baguslah tu, kalau tak mahu bersubahat cepat2 angkat kaki.

    BalasPadam
  7. Inilah ragam rakyat di negara kita Aina. Pemimpin duduk diam tapi penyokong yg lebih sudu dari kuah tak kiralah parti apa pun.. sama aje.

    BalasPadam
  8. salam aina,

    kita pun bila bab2 politik ni malas nak baca, dengar dan campur

    cuma pru kali ni nak mengundi sbb dah bengang sgt dgn keadaan
    jalan raya di selangor ni...opppss kan dah pecah tembelang..hehe

    tapi apa nak buek kan... kuasa tu masih...dot dot :)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Aina

    he he....
    memang sebulan dua ni cerita politik ajer

    BalasPadam
  10. hangatnyer tu tak hilang lagik tu...

    BalasPadam
  11. Salam Aina..

    Langkah bijak tu Aina, angkat kaki je, kadang2 tak larat dengar kan.

    BalasPadam
  12. Kita doakan semoga pakcik tu di anugerahkan hidayahNya...berubah...
    Dan bagilah pakcik tu baca entri uncle Hamzah tu...

    BalasPadam
  13. tak habis2 pasal politik ni...saya pun marah org yg suka memaki hamun, mcm dia tu perfect segalanya....adoi la hai...

    BalasPadam
  14. as-salam..betul tu kak.jasa cikgu tadika lagi bnyak.tp seirng dilupakan .ye la sbb maish kecil kan.belom tahu lagi

    BalasPadam
  15. org2 mcm ni kena buiat x tau saje lama2 die berhentilah tu bila sedar xde sapa nk dengar dah !

    BalasPadam
  16. tulisan sumbang yang macam tu kurang layan, buang masa je...heee.
    pernahkan penulis tu cermin diri. semoga penulis dapat petunjuk nanti.

    BalasPadam
  17. Biasa laa Aina.. pendapat masing2.. kang tego..kata kita kurang ajr plak.. so wat tak tau aje la..

    BalasPadam
  18. Manusia macam2.. kalau nak cakap guna akal. itu je..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,
    Tak ada orang berani cerita politik dgn saya di ofis...sebabnya depa tak tau saya belah mana (undi tu kan rahsia). Saya tak makan diampu...buat penat je depa nak ngampu kongsi cerita2 gosip.

    lagi satu, depa tak berapa nak suka ayat penutup mulut drku contohnya "urusan antara manusia dgn allah, bukan kita jadi hakimnya" hu hu huhu

    BalasPadam
  20. tu dia....dah habis PRU pun nak berkempen.....apa daaaa....rosak akhlak tui....

    BalasPadam
  21. Kalau ye pun tak suka seseorang atau parti politik tu, tak perlulah sampai nak diperburuk-burukkan kebaikan orang. orang jadi imam pun sampai begitu difikirkannya.

    BalasPadam
  22. PRU dah lepas dah..blog politik langsung tak singgah baca, berita semasa arus perdana pon tak tengok/baca...apa lg berita sembang kedai kopi...terus 'angkat kaki' kalau perlu . berehat sebentar dari bahang...jd org berkecuali dlm sebulan dua nih.... Baisan Kabinet Kerajaan dah diumum..biarlah dorang buat kerja..gaji besar tu sorang2. kita buat kerja kita. memasing ada tugas hakiki.

    BalasPadam