Ulser

2:59 PTG JunAina 12 Comments

Seminggu rasa macam tekak tak selesa tapi tak pasti sama sakit tekak atau cuma rasa tak selesa. Semalam kelenjar kat bahagian leher mula rasa seperti membengkak, perasaan yang sangat-sangat tak selesa. Masa yang sama juga kiri serta kanan lidah mula terasa sakit. Nampak gayanya ulser sudah menyerang. Bermakna rasa sakit di bahagian tekak jugak di akibatkan oleh ulser.

Pukul 10 pagi pergi jumpa doktor. Rasa nak makan susah, nak minum air pun terasa sakit sahaja. Doktor kata kiri serta kanan lidah tu ulser sah start membesar, tekak dah mula merah tapi kat tekak tu belum naik putih-putih. Menurut kajian ulser berpunca daripada tindakbalas jangkitan bakteria, virus dan fungus. Bagi Aina ini mungkin juga faktor keturunan kerana mak pun selalu jadi ulser kat mulut dia.

Doktor hanya bagi antibiotik dan nasihatkan minum air lebih. Hari ni 1 liter air telah habis diminum. Kejap lagi nak tambah liter yang kedua. Bagai di kata bila dah kena ulser minum le sebanyak mana airpun sakit tu tak akan hilang dengan kadar segera, masih ambil masa. Bersabarlah. Selalunya bila masa makan Aina akan sapu 'bonjela' untuk kurangkan kesakitan ketika lidah bergesel dengan makanan. 'Bonjela' akan membuatkan lidah kita terasa kebas. Lepas tu makan puas-puas.

Petua orang kampung pula bila terkena ulser rajin-rajinlah berkumur dengan air garam. Letak mentega juga boleh. Satu lagi kalau di kampung ada pokok geti (tak pasti orang KL panggil apa rasanya turi kot), ambik kulit pokok geti dan letak kat tempat yang jadi ulser. Kena tahanlah kerana ianya sedikit pedih. Daun rokok jugak boleh di gunakan. Daun rokok yang dibuat dari pucuk nipah ok. Ada rasa kelatnya mungkin sedikit sebanyak membantu mempercepatkan ulser tu mengecut.

Cepatlah lega wahai ulser. Bila dah kena seminggu dua jugak le kena tahan hazabnya. Kebersihan mulut tu penting jadi jangan amalkan malas berus gigi bila nak tido!


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Smoga cepat sembuh. Sakit tu. Saya pernah baca...cuba letak hurusan epal kat ulcer tu.

    BalasPadam
  2. Hubby selalu kena ulser mulut nie.. Selalunyaa dia akan amalkan makan multivitamin Blackmores tuh..jadi jarang sgt kena.. ulser..nie skrg.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Daku pun sedang ulser gak...besau lak tu. nasib baik satu je. Malangnya kat belah bibir hingga nampak bengkak ----> seksi lak tu, tetiba jd bibir anjelina jolie hu huhuhu

    BalasPadam
  4. kumur dgn air garam yg tak tahan tu kak...pedihnya la hai...huhu..


    apapun, semoga akak cepat sembuh ye...

    BalasPadam
  5. bubuh garam je kak...mmg pedih tp cpt sembuh..syafakallah...

    BalasPadam
  6. saya suka bau rokok daun nipah!!
    arwah atok saya suka hisap
    teringat kat dia..
    al fatihah

    BalasPadam
  7. kalau kena ulser ni dee selalu guna oral aid..mmg mujarablah..moga sis cepat sembuh ye..

    BalasPadam
  8. Aduhh... kalau air garam tu Aina pedihnya tak terkata. Bonjela itu ok sikit pedih tapi lepas tu macam kebas dan sejuk...

    Moga cepat sembuh walau memang ambil masa sikit.

    BalasPadam
  9. saya kalau ulser guna Oral Aid lotion. salah satunya.. kalau nak makan letak je ubat tu.. boleh makan macam biasa takde rasa sakit pun. Lagipun saya rasa macam serasi dengan ubat tu sebab ulser cepat baik brbanding bonjela. kalau org lain x sure tp saya dalam 2 3 hr tu dah ok. aritu 2 hari je dah ok

    BalasPadam
  10. assalam,
    letak bonjela pun elok jugak..

    BalasPadam
  11. jijah selalu gak kena ulser ni.. kdg2 letak garam..memang pedih giler tapi ok dah pastu.. kalau xtahan dgn garam jijah beli bonjela.. bonjela pon ok..

    BalasPadam