Warna-Warni PRU13

11:58 PG JunAina 17 Comments


 
Simpang Batu Gajah dari Sri Iskandar, Perak.

Sabtu sehari sebelum pilihanraya kami ambik keputusan untuk balik menjengah emak Pak Tuan di Kampung Aji, Bota Kiri, Perak. Walaupun sudah dapat mengagak jalan pasti sedikit sibuk tetapi disebabkan semangat nak merasa susana pilihanraya kat kampung kami tetap nekad nak balik jugak.   Pulak tu dah lama jugak tak menjengah mak mertua. Akhirnya bukan setakat sibuk langsung sesak tak bergerak! Pukul 7am kami bertolak akhirnya pukul 12 tengahari baru sampai. Letih mem memandu, Pak Tuan berdengkur kat sebelah.

Konvoi BN di jalan utama depan rumah mak mertua. 

Rutin kami bila balik kampung akan singgah pasaraya di Batu Gajah membeli belah barangan dapur untuk emak mertua dan juga membeli ikan untuk makan tengahari. Rutinnya jugak keli dan patin menjadi habuan. Sampai sahaja di rumah Yang (kakak ketiga Pak Tuan) tersenyum di depan rumah. Menunggu adik kesayangan balik (adik ipar kesayangan jugak...sayanglah sangat!). Mengangkat barang dari kereta Yang mula sibuk di dapur basuh keli, siang patin. Gulai tempoyak kegemaran Pak Tuan dan keli goreng menjadi hidangan tengahari. Adik Pak Tuan si Ucu juga balik untuk makan tengahari kebetulan dia bertugas di pusat pengumpulan peti undi di Sri Iskandar. Balik nak jumpa abang!

Peserta konvoi bermotosikal.

Macam biasa Pak Tuan akan sibuk membersihkan keliling rumah emak. Aina tumpang sekaki, masak memasak Yang uruskan, adik ipar tolong kemas dan cuci pinggan sahaja. Petang tu ada dua konvoi parti politik. Kiranya all out kempen untuk hari terakhir. Mula-mula konvoi PAS, ramai terutamanya anak muda yang menaiki motor membawa bendera. Lupa kamera ada di dalam beg. Agak petang konvoi BN pula. Pak Tuan berdiri di tepi jalan, melambai-lambai memberi sokongan dan peserta konvoi membunyikan hon sepanjanag jalan (dia makan pencen tak boleh derhaka...hahaaa...tetapi sebenarnya dihati dia sangat patriotik, dia sayangkan Malaysia dia sayangkan perjuangan Melayu). Meriah! Sempat snap sekeping dua gambar. Hampir 45 minit baru habis peserta yang mengambil bahagian, bayangkanlah berapa ramai yang turut serta.

 Pintu masuk pertama ke Kajang Utama.

Suasana 5.4.13 agak tengahari di depan Sekolah kebangsaan Kajang Utama yang menjadi pusat mengundi.

Alhamdulillah. Selamat sudah menjalankan tanggungjawab nan satu, 5 tahun sekali. Juga syukur tiada kekecohan yang berlaku di kawasan sekitar pada hari pengundian. Mungkin kebanyakan yang mengundi hanya penduduk setempat yang hampir kebanyakannya kita kenal. Tiada juga perasaan bimbang. Tiada jugak pondok panas dan peraih undi yang berlegar sekitar sekolah. Selepas dua jam berdiri akhirnya jari pun dicalit. Kalau tak calit pun nama sudah dipotong dari senarai pengundi sepatutnya tiada yang perlu di risaukan!

Pemerhatian Aina kali ini terdapat penambahan bilangan pengundi muda. Fenomena baru kerana sebelum ini penggundi muda sangat terhad bilangannya. Kali ini barisan penggundi muda paling panjang. Walaupun terpaksa berbaris panjang, berpanas masing-masing bersemangat untuk mengundi. 

Bila keputusan diumumkan hati ini sedikit tercalar. Sedih. Sebak. Bukan mengenang diri tetapi mengenang apalah nasib anak dan cucuku kelak. Resah Pak Tuan menjadi kenyataan. Soalan pertama yang Aina soalkan pada Pak Tuan. 'Apa yang perlu kita buat untuk menghadapi 5 tahun akan datang?'

Takut ketikanya tiba kita umpama menjadi 'Lebai Malang' ayam menang kampung tergadai, menjadi 'Pak Pandir', menjadi 'Si Luncai' menjadi pendatang di bumi sendiri. Tak takutkah membuat pengakuan terbuka sebegini? Soal saudara, soal kawan, soal jiran bukan parti politik menjadi ukuran. Agama datang dahulu! Maka kita akan di pertanggungjawabkan atas apa juga perbuatan kita walau sebesar zarah, walau hanya sekadar nawaitu. Biarlah orang yang arif dalam bidangnya yang bercakap sebab ilmu agama Aina sejengkal cuma.


  Selepas ini pastinya saban bulan kami akan menjadi tamu di rumah ini. Dia semakin uzur.

You Might Also Like

17 ulasan:

  1. assalam aina...tahun ni ramai yg keluar mengundikan....
    tempat kakain ramai anak2 muda bangsa cina gi mengundi...tetiba kakain rasa mcm kat Hong Kong la plk masa beratur nak memangkah masa tu...

    BalasPadam
  2. siapa yang untung nanti.. mereka dan keluarga mereka..


    dah terhantuk baru nak terngadah tak de gunanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa lagi suka jadi lagu tu tapi kita dok susah hati.

      Padam
  3. Hahahaha.."makan pencen tak boleh derhaka" ...:)

    Tapi mana mana bekas askar/polis/anggota keselamatan, mmg tinggi semangat patriotisme nya..saya salute..saya kagum...Macam atuk wife saya, sangat sangat patriotik....Sedih tgk ekspressi wajah nya bila dia menceritakan tentang 'bagaimana anak muda sekarang, terlalu mengikut perasaan, tak baca sejarah...'...

    jalan balik kampung tu jem teruk, ikut jalan highway or jalan dalam? Saya tgk gambar simpang Batu Gajah tu, terus igt Kellie castle...ingat Simpang Pulai( naik naik Cameron Highland)...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang zaman dulu hidup susah, kena kerja keras, kena berjuang untuk berjaya. Budak2 zaman sekarang celik mata nampak internet tengok hp, gi sekolh naik motor, berhantar berambik tak tahu susah sebab tu ramai yg tak tahu bersyukur.

      Ikut higway, keluar gopeng. Kellies Castle tu lalu je tak pernah pun singgah tetapi skrg ni dah banyak berubah berbanding dulu.

      Padam
  4. perrrghhh gulai tempoyak tu....bc je dah melelh sy ni... ;-)

    BalasPadam
  5. mmg seronok mengundi kan cam dah ala2 raya ler pulak, meriah dgn mcm2 kisah !

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Aina

    lebih meriah drp raya...he he

    BalasPadam
  7. tempat saya mengundi tiada pilihan...

    mudah2an orang yang saya pangkah menjalan kan tanggung jawab sebagai seorang pemimpin....

    BalasPadam
  8. Menanti pelangi bersinar 5 tahun lagi entahkan kesampaian entahkan tidak Aina. Hati tercalar sedikit sebanyak sebab 'kita' tak sepakat macam 'mereka'. Sedih:(

    BalasPadam
  9. kampung ajitu sebelahjer ngan kampung saya tau... saya kampung serikaya... anak siapakah pak tuan itu??? kalau dah dekattu rasanya kenal kot...
    memang merindui saat pilihanraya dikampung... tiba2jer hati sayu teringatkan kenangan dulu2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pak Tuan tu anak Syed Jamalil tapi dah aruah le mak mertua pun dah uzur sekarang ni.

      Padam
  10. semenjak Mak Wa saya meninggal (kakak mak)...kami dah jarang balik bota...rindunya rasa

    PRU 13 dah selesai, moga janji ditepati...

    BalasPadam
  11. lamanya kak Aina berdiri sampai 2 jam...xpa semangat punya pasai..kewajipan sudah tertunai., teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  12. Tak ke Tanjung Tualang beli udang galah? Hehe..

    Sabtu petang tu pun ckLah lalu Batu Gajah-Simpang Pulai terus ke Ipoh.

    BalasPadam
  13. memang meriahkan..kan...

    BalasPadam