Perlis Sunshine
Berjus! Kata orang Perlis berayaq.
Jamu matalah ye. Sedap. Mempelam ni dulu dikenali dengan nama mempelam sala tetapi dikomersialkan menjadi Perlis Sunshine. Kalau dulu tak adalah menjadi harga sangat buah jenis ini tapi sekarang memang boleh buat duit. Mempelam ni jugak depa guna untuk buat kordial. Kordial Mangga. Kalau ke Perlis jangan lupa cari Kordial Mangga.
Mempelam sala ini biasa ditanam di sekeliling rumah. Kalau sesiapa yang biasa ke Perlis pemandangan rumah kampung pasti di kelilingi pohon mempelam, bila tiba musimnya buah terbuai-buai ditiup angin. Buah ini juga sedap di buat cicah 'garam belacan' kata orang Perlis. Gula, garam, belacan dan cili ditumbuk kemudian ditambah kicap. Makan pulak atas 'pelantaq' bawah pokok mempelam, dapat pula buah yang tua isi dah mula kuning tapi masih keras. Rasa yang lemak-lemak dan masam boleh buat kembang pipi.
Buah mempelam sala yang tua jugak sedap dibuat kerabu kalau nak terasa masamnya pilihlah buah yang sedikit muda. Kupas bersih kulitnya, cincang buah memanjang boleh juga guna penyagat tetapi akan jadi sedikit haluslah. Tumbuk bawang merah, cili, lengkuas. Bahan tumbuk tadi dicampur dengan kerisik. Kacau sebati. Masukkan mangga yang siap dicincang, tambah garam dan serbuk perasa. Ini kategori kerabu orang malas, walaupun malas tetap sedap.

Ini rupanya Perlis Sunshine. Kulinya nampak sedikit lebam kerana kepanasan di dalam bonet kereta.
akk..bak la sebijik...nk mkn dgn pulut.... ;-)
BalasPadamPulut mangga sedapnya!
PadamAina, saya tengok harga dah turun sikit jadi RM 17, or RM 16 setengah2 tempat, tapi masih mahal..2 biji besar dah sekilo.di Bt Bintang tempat ladang harum manis, ada di jual puput dgn harum manis.tapi buah saja t jual pulak.msti kena mkn dgn pulut.balik baru2 ni tk pi ke Batu Pahat / bkt Bintang?
BalasPadamKak Inda hari tu Aina oder dengan bapa saudara dia ada ladang harum manis di Ngulang. Malangnya hari nak balik tu tokey harum manis Perlis Pak Lah dah let go semua buah tua. Melopong.
PadamBalik hari tu tumpang kereta adik je pun, kalau drive sendiri mau jugak merayau2 kat Bukit Bintang.
nmpk sedap n myelerakan :)
BalasPadamnak sikittttt waduhhh terliur dibuatnyaaaa hehehe
BalasPadamMemang terang warnanya bak mentari juga mangga tu...
BalasPadamisinya sangat meggoda.....
BalasPadammakan selalu tu kak tp nama buah ni baru tau lah...pelam sala, harum manis tu memang top..semua orang tau ..lazat !
BalasPadamNak belajar nama jenis2 buah mempelam ni boleh le melawat ke Perlis...hahhaaa...
Padamwarna dia nampak tempting sangat. baru ni beli harumanis...alhamdulillah ada jugak rezeki merasa tahun ni.
BalasPadamPelam sala...besaqq....
BalasPadamrincik2 .. buat kerabu ...
.
.
Harum manis ... mahal ...eksyen org Perlis tanam harum manis ...yang elok export ..
kesian ..org Malaysia tak dan nak merasa ..
Rega .. kalah durian ...
heheheh
meleleh ayaq liuq..
BalasPadamsedapnye nampakkkk...
kirim johor sikit sini..
pergh.. terliur nengoknye..
BalasPadamtu kalau dapat, takmo share dah dengan orang lain.. hahaha..
alamak kak tak boleh tgk lama-lama ni..puasa..hehehe
BalasPadamwoh...terbau bau keharumannya!
BalasPadam