Sayang Ketat-Ketat - Gathering Geng Anak Perlis
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kali terakhir jumpa depa dah lupa, lama dulu. Hati tu memang terasa dup-dap dup-dap rindu ke depa. Dendam sunggoh bila lama-lama tak jumpa. Dari kenai-kenai besa-besa sampai rasa macam keluarga sendiri dah. Ukhwah tanpa sempadan bagi anak rantau. Sebelum ni depa ada jugak la berkumpoi di Bukit Dukong tapi Aina tak buleh nak join ada hal lain, redza jelah walau hati ni rasa berat nak jumpa depa.
Dapat undangan dari salah seorang geng, jemput pi rumah yang baru setahun depa duduk. Janji dah lama mungkin kalut dengan urusan jadinya masa ni mungkin baru kelapangan kot. Tumpang gembira dengan rezeki kawan-kawan dari rumah dua tingkat dah pindah ke rumah tiga tingkat dari rumah kiri kanan kongsi dinding dengan orang jadi hanya sebelah dinding yang syer. Rezeki Allah s.w.t buat depa suami isteri.
Kakak ni bakal terima menantu tak lama lagi, bermakna tak lama lagi kami semua akan meriuhkan rumah depa pulak. Ini buka orang Perlis sebaliknya suami akak ni orang Perlis.
Geng-geng. Layan dirilah kalau bab makan ni ye. Makanan yang sangat simple tapi yang tak menahanya ada BBQ kambing. Sampai ja teruih rasa meleleh ayaq lioq weh, pekena pulak dengan sos lada hitam buatan akak kat atas tu yang memang terkenal dengan kepandaian memasaknya (memang tukang masak pun).
Nasi lemak siap bungkus, laksa Perlis, air teh 'o' panas dan air anggunr.
Ini yang buat Aina tak menahan. Dan-dan tu capai pinggan, dan-dan tu ambik kambing dululah. Cedok sos lada hitam yang 'terangkat' terus ngap-ngap. Ada ayam dan ikan pari jugak.
Sentiasa happy ja orangnya. Psttt...kakak girang tulah rampas kuasa control semua tiga pemanggang yang ada. Tenkiu kak Azie, kami pi makan-makan dan sembang-sembang saja. Baju merah tu tuan rumah, duduk berbaju biru belang hitam tu isteri dia. Terima kasih Anizam dan Wan jemput kami, jangan serik no.
Kebiasannya itulah rutin kami. Berkumpul makan-makan, sembang-sembang, makan lagi, sembang lagi, gelak sakan-sakan. Ukhwah yang terbina hanya melalui alam maya akhirnya di zahirkan ke alam nyata pada sebuah pertemuan demi pertemuan.
Ramai lagi sebenarnya geng-geng jantan kat belakang. Malas nak pi pasainya awai sampai ja terus kena sound. 'Aina hang nak pi buat iklan tang mana nih?' Hamboiii-hamboiii tak berinsurans sunggoh mulut depa, tak buleh la orang nak melaram sikit. Selalu pakai jeans pakai t-shirt pasai kalau berkumpul kami kena buat kerja, kali ni pakai cantik-cantik (sikit je pun) pasai nak makan dan lepak-lepak je.
Tak sabar nak tunggu next gathering, golek kambing bawah pokok moktan.
Bayangkan bila anak anak malaysia, berkumpul kat oversea, lagi meriah dan rapat ...betul2 macam family! :)
BalasPadamSeronoknya.... mesti meriah giler.. :)
BalasPadamwui..kambing..bestnya..tambah pulak lepak ngan kawan2..mmg seronoklah kan sis..
BalasPadamdah agak daaa...kak azie mesti ada punya
BalasPadamAssalamualaikum Aina
BalasPadamtang kambing tu saya tak tahan.....
mesti best laksa perlis tukan...saya tak pernah makan...
BalasPadamSalam Aina,
BalasPadamSyoknya dapat berkumpul ramai2 dengan kawan lama ni yer.
Makanan pun menyelerakan.
amboiiii dok main aci-lut-cak balik tiraiii...:))
BalasPadamKambing tu aina amatlah tergodanya...aina tak tau resepi dia ke?
Ada lagi next gathering kita ker? Taktau pun. Pokok moktan tu mana ada lagi dahhhh... dah kena tebang. hahahaha!
BalasPadam*Frrust sebab pic bbq dalam kamera ilang semua!
Bestnya dapat jumpa kengkawan dan dapat makan sedap2.
BalasPadamEh macam Azie boleh ada kat situ sedangkan dia bukan org Perlis? .... ngeeeee
owh kak azie pon anak perlis jgk ka...laa taktau plk ingatkan dia org Pt Buntaq Perak...bestnya ada makane sedap.
BalasPadamAssalamualaikum...
BalasPadamDah lama sungguh tak join gathering AP.Com.. Terasa rindu nak join bersama.. Apakan daya.. Allah belum mengizinkan...
Assalamualaikum... Syoknya berBBQ ngan AP.com... Kami la ni x berkesempatan nak join event AP.Com... Ada ja halangan.. :(
BalasPadamSalam sister.. jemputlah berkunjung ke blog Hijab Valley. Byk koleksi shawl dan tudung2 menarik dari HV collection. Promosi dan GA sempena pembukaan blog shop ini juga sedang diadakan sehingga 30mei. Jangan lupa follow juga ye.. =)
BalasPadamTerima Kasih
http://hijab-valley.blogspot.com