Medical Card

8:18 PG JunAina 34 Comments

Insuran kesihatan atau kita lebih mudah menyebutnya sebagai medical card kerana ini akan memberi pemahaman yang lebih tepat kepada orang sekeliling.

Medical card antara menjadi keperluan pada zaman sekarang. Bagi ibu-bapa yang perihatin lahir sahaja seorang anak mereka akan menyediakan medical card untuk bayi mereka. Medical card memberi pilihan kedua kepada ibu bapa untuk memberi yang terbaik buat anak-anak. Ianya bukan sekadar trend .

Di Malaysia terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini. Buatlah sedikit kajian sebelum membuat keputusan untuk memilih syarikat mana yang akan digunakan. Membuang masa sedikit untuk mencari info bukanlah satu kerugian. Buatlah perbandingan tawaran faedah yang diberikan. Lihatlah juga pengalaman orang lain ketika menggunakan khidmat syarikat tersebut. Banyak nama-nama besar yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi tidak semestinya nama yang 'gah' akan memberikan perkhidmatan terbaik.

Agen juga sangat penting. Ada agen yang melakukan separuh masa ada juga yang melakukan sepenuh masa. Biasanya agen sepenuh masa lebih bertanggungjawab kerana mereka tiada komitment lain tetapi agen separuh masa juga tidak kurang perkhidmatam mereka. Bijaklah memilih supaya suatu hari masalah yang timbul tidak berbalik kepada kita. Baca dengan teliti juga setiap tawaran dan faedah yang di berikan. Jangan bila terhantuk baru hendak tergandah.

Itu bagi kita penduduk di bandar mungkin juga bagi yang berpendapatan tetap, ada juga yang berpendapatan tetap tidak mampu untuk menyediakan kemudahan ini buat diri sendiri mahupun anak-anak. Apatah lagi bila kita bercerita penduduk luar bandar yang kerjanya sebagai petani, nelayan atau membuat kerja-kerja kampung. Bagaimana pula bagi seorang tukang cuci, pemandu teksi mahupun yang hanya bekerja hanya sekadar dapat untuk menyara kehidupan seharian.

Kebanyakannya akan memilih klinik atau hospital kerajaan. Tiada pilihan. Alhamdulillah di Malaysia rakyat hanya perlu membayar Rm1 untuk mendapat rawatan pesakit luar dan bayaran paling minimum untuk rawatan yang memerlukan pemerhatian lanjut atau di masukkan ke wad dan hanya dibayar selepas menerima rawatan. Hanya itulah pilihan yang ada bagi masyarakat luar bandar yang tidak berkemampuan.

Bagi kita mungkin kita mampu menyediakan medical card tetapi ramai juga antara kita yang berkerja masih tidak mampu kearah itu. Kalau kita mampu pandanglah mungkin adik, kakak, abang, emak/bapa saudara, sepupu mahupun jiran-jiran yang tinggal di luar bandar yang tidak mampu kearah itu.

Satu kenyataan yang pernah di baca rakyat Singapura perlu membayar SGD100 untuk mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan hospital kerajaan mereka, bukan hospital swasta. Di Vietnam juga serupa untuk mendapat rawatan dengan dimasukkan ke wad mereka perlu meyediakan USD500, sekiranya tidak mereka tidak akan dilayan dan dibiarkan begitu sahaja. Kedua-duanya adalah pengakuan rakyatnya sendiri.

Kesedaran perlu ada pada setiap orang tentang medical card ini tetapi kesedaran sahaja adakah cukup tanpa adanya kemampuan?

You Might Also Like

34 ulasan:

  1. sy pd mulanya mmg keberatan nk buat medical card.tp lps -pk punya p-k utk ms dpn, akhirnya amik jg...alhamdulillah dia x diam da msk 4 thn..medical card mmg penting. bkn nyer ketika ms skt je. ms sihat pn dpt reward nyer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Anies semuanya untuk pelaburan masa hadapan.

      Padam
  2. mana ada negara dalam dunia ni bayar seringgit untuk ubat sebakul kan!!?

    BalasPadam
  3. Tahap kesedaran org Melayu in general, masih rendah tentang keperluan medical card/takaful perubatan ni...Masih nak bergantung sepenuhnya pada hospital Kerajaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doc saya setuju bagi orang bandar mungkin kesedaran tetapi bagi orang luar bandar saya lebih melihat faktor kemampuan.

      Padam
  4. Salam JunAina..

    Terima kasih singgah blog ummi. Betul tu, kita masih bertuah sebab masih ada kemudahan hospital dgn bayaran yang minimum.
    Alhamdulillah, untuk anak-anak sejak dari kecil, ummi dah beli insuran untuk mereka, salah satu sebab agen insuran tu kawan baik ummi, mula2 ambil sebab rasa segan dia asyik duk promote, tapi sekarang rasa berbaloi anak-anak memilikinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ummi kerana sudi singgah kat blog Aina. Selalu terjah blog ummi sebagai silent reader je...:)

      Alhamdulillah sekurang2nya ummi ada kesedaran betapa pentingnya insuran kesihatan ni.

      Padam
  5. tulah kekadang melihat mereka2 ni mcm tak
    bersyukur dgn apa yg kita nikmat kat malaysia ni kan

    alhamdulillah kita dan hb sudah ada
    takat tu je yg mampu...anak2 belum lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manusia ni macam-macam perangai, nak mencuba yang baru katanya tau2 cuba2 rupanya yg lama lebih bagus...hehehe...

      Alhamdulillah...sekurang-kurangnya ada juga kesedaran cuma bagai dikata kemampuan pun perlu diambil kira jugak. Pelan2 nanti ambik untuk anak2 pulak.

      Padam
  6. Assalamualaikum,
    Yaaaaa betul! kena cari agen yang bagus.
    Alhamdulillah, dah jumpa agen yang bagus itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh syer2 tak agen tu...hehheee...

      Padam
    2. saya pun jumpa agen yang bagus , like pages fb pakar design coverage @ add z_asraff

      Padam
  7. betultu.kesedaran jer tak cukup tanpa ada kemampuan kan...
    tapi kepada yang mampu perlula kot ader kad ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kemampuan tu penting!

      Kalau mampu belilah, kalau tak kita terpaksa gunakan kemudahan yg ada sahajalah.

      Padam
  8. setuju dgn n3 ni...
    kat Indon pun sama, kena bayar mahal utk dptkan rawatan di hospital kerajaan, bukan hospital swasta tau...kalau tak mampu, mmg balik lah jawabnya...huhu...kesian dorang...

    beruntung kita duduk di Malaysia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiranya kita ni beruntunglah jadi rakyat Malaysiakan?

      Padam
  9. bila nak 'jual' MC ni beribu-ribu janji manis, bila time terdesak nak guna, berjuta-juta alasan diberi... saya alami sendiri

    BalasPadam
  10. yup betul tu..
    bukan semua orang mampu memilikinya.. ;)

    BalasPadam
  11. info yg bagus utk semua ni !

    BalasPadam
  12. medical card saya anak beranak guna company punya..Alhamdulillah, company prihatin.. kalau tak harus la setiap kali tak sihat pergi ke klinik kesihatan je kot.. huhu, kategori tak mampu..

    BalasPadam
  13. Mahal aaaaaa...den tergolong dlm golongan tak mampu.....

    BalasPadam
  14. Medical Card memang perlu waktu kecemasan.. Iye laa sakit tak tentu kan..

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah kalau hospital kerajaan masih lagi dengan bayaran yg sangat minimum atau free.

    BalasPadam
  16. Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    BalasPadam
  17. kalau di jepun ada national insurans. semua rakyat wajib ada bayar national insurans. so bawak kad tu pegi hospital utk rawatan. bayar berapa bahagian je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak2 rakyat Malaysia yg dok kampung2 mampu ke nak bayar national insuran ni kalau dilaksanakan di Malaysia. Contohnya ibu+bapa+5 anak, katalah jumlah minimum Rm30/person sebulan saya percaya masih ramai lagi org luar bandar yg tak mampu nak bayar.

      Padam
  18. mujur dee kerja di company insurans..mmg takde masalah bab2 medical card or rawatan di hospital ni..dulu anak2 pya perubatan company suami yang tanggung..sekarang lebih mudah..

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah. hospital di malaysia ni mengenakan bayaran yang cukup minimum. tapi tak dinafikan..medical card ni tersangatlah pentingnya. kemampuan tu isu utama. saya pun bertahun kerja, baru setahun ni mampu buat medical card.

    BalasPadam
  20. kena makesure deal dengan agen yang aktif...sebabnya tak perlu tunggu lama untuk claim ape2...

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Aina

    saya tak ada medical Card

    BalasPadam
  22. Saya sendiri pun ambil medical card ni untuk masa depan. Sakit atau kemalangan kita sendiri tidak tahu bila akan berlakukan. Baik sediakan payung sebelum hujan.

    BalasPadam