Bekam

4:14 PTG JunAina 9 Comments

Bekam adalah salah satu cara yang dilakukan untuk mengeluarkan toksin di dalam badan. Terapi ini telah diakui sejak abad ke-20. Bekam juga pernah diamalkan oleh Rasullullah s.a.w dan para sahabat baginda dan baik untuk perawatan dan pencegahan.

Sejak Aina mengalami sakit belikat 3 bulan yang lalu (sebenarnya ia adalah sindrome sakit bahu) sudah bermacam-macam cara untuk memulihkannya telah dibuat. Mengurut adalah salah satu caranya. Bertungku ditempat yang sakit. Tuam menggunakan ais telah mengurangkan gejala sakit belikat tersebut tetapi masih perlu berhati-hati. Perlu mejaga posisi ketika tidur supaya tidak menindih bahgian belikat yang sakit. Aina juga berpantang makan benda-benda berangin dan sejuk.

Membaca tentang bekam hati seolah-olah tertarik ingin mencuba. Manalah tahu dengan kaedah ini akan dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan terutamanya sakit belikat yang dialami. Nampak mengerikan tetapi andainya untuk kebaikan tidak salah mencuba rasanya.

"Pen lenset akan ditusukkan pada titik tubuh. Berapa banyak yang diperlukan bergantung pada jenis penyakit yang ingin dirawat".

"Bekam juga dapat menyembuhkan gangguan makhluk halus atau jin yang masuk ketubuh manusia melalui salur darah".

Info :

1. Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam ialah darah kotor yang mengandungi toksin dan juga unsur gangguan jin. Selepas berbekam kita akan terasa segar dan bertenaga kerana badan menjadi ringan akibat pengeluaran toksin daripada badan.

2. Tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormom regenerasi sel. Ia bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga berfungsi dan sihat kembali.

3. Apabila berbekam secara tidak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh. Organ tubuh akan mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh mengeluarkan zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang merbahaya. Jika organ tubuh sudah bebas daripada sebarang infeksi penyakit makan tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

Artikel asal : MIDI Ogos 2012.







You Might Also Like

9 ulasan:

  1. bekam mmg bagus utk kesihatan.. tp mak dara ni jenis penakut tak pernah cuba walau sekali pun hehehe

    BalasPadam
  2. Ya, bekam itu salah satu sunnah Baginda SAW...cuba lah...

    Sakit bahu kronik ke? Pastikan ianya bukan sindrom Frozen Shoulder.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Frozen Shoulder? Merbahaya tak doc?

      Akak dah 3 bulan sakit belikat kata org tua2, sekarang semakin kurang lepas tuam dengan ais sebulan yg lepas tapi sakit tu still ada.

      Padam
    2. Frozen shoulder, kalau kena, mmg kena buat physiotherapy berulang ulang...Paling teruk, lengan/bahu langsung tak boleh angkat. Akak jumpa la dgn doktor, minta dia check betul2 samada ada tak early simptom frozen shoulder. Saya cuma membayangkan sahaja, ikut apa yg di tulis di sini. Kena buat pemeriksaan fizikal, baru tepat.

      Padam
  3. Assalamualaikum,
    hu huhu kalau tak terpaksa...tak buat kot.
    Takuttttttt!

    BalasPadam
  4. Ummi pernah cuba sekali, tapi rasanya lepas ni macam takut dah nak cuba lagi, tak tahan tengok darah.

    BalasPadam
  5. Aina org kata kalau mula buat kena buat selalu.betui ka?

    BalasPadam
  6. Suami saya pun sekarang tengah sakit bahu tapi rasanya dia dah lama tak berurut dan letih sangat. Saya baru cadangkan dia untuk berbekam dan buang toksin dan segala darah kotor..Mujur ada kawan dia (cikgu) yang buat rawatan bekam ni..Harap this week suami saya dapat buat bekam ni..

    BalasPadam
  7. lomah lutut den kalau dengan darah2 ni akak Ooi.. hahaha

    BalasPadam