Sebenarnya Saya Isteri Dia!

4:15 PTG JunAina 21 Comments

Dia pandang aku yang tiba-tiba datang.
Berdiri kaku berdekatan mereka berdua.
Mereka terus berborak sepertinya aku hanya bayang-bayang.
Mungkin jugak tunggul kayu.
Agak lama dia pandang lagi.
Borak lagi dan pandang lagi ulang benda yang sama berkali-kali.
Sedangkan orang disebelahku hanya buat tak tahu.
Aishhh...hangin pun ada jugak.
Orang sebelah ni asik borak je sampai lupa keliling.
Agaknya dah penat tenung-tenung dia angguk dan senyum.
Aku balas jugak senyuman dia, angguk-angguk jugak.
Mereka berdua masih leka.
Aku pandang jam.
Rasa macam dah lama mereka berdua berborak.
Masa berjalan, kelewatan pulak nanti.

Agaknya tak puas hati pakcik tua tu pun bertanya.
'Tunggu apa kat sini nak?'
Terasa mahu pitam.

'Pakcik. Sebenarnya saya isteri dia!'
Hayoiiii...

Begitulah. Lumrahnya. Sering terjadi antara kami berdua.
Usia yang membezakan kami selalu menimbulkan tandatanya orang lain.
Selalu menjadi perhatian.
Aku dah terbiasa, dulu-dulu aku malu di pandang begitu.
Kini aku bangga. Bangga menjadi isteri dia!
Bukan bererti riak tapi aku lebih bersyukur sekurang-kurangnya hidup aku lebih dihargai.


You Might Also Like

21 ulasan:

  1. hehe...macam drama swasta lah pulak...'saya isteri dia!'

    BalasPadam
  2. laaa... ingat bagi sinopsis drama tadi. hee

    BalasPadam
  3. Ha'ah... ingatkan nak citer pasal drama kat tv...

    BalasPadam
  4. Aina, u untung ada pak tuan, and dia pun untung dpt u.org kata suami yg lebih berusia syg kita lebih.betui dak ?cer crita sikit..anyway mcm drama la pulak..tapi aunty suka..cerita la lagi ,mcm mana kenal pak tuan you tu..Pleaseeeeeeee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat sayang ja tapi dia punya control macam bapak control anak!

      Insyaallah nanti kalau senang2 Aina share cam ner kiat orang boleh kenal & falling in love...hahaaaa...

      Padam
  5. akak..tersentuh saya baca entry akak neh..
    terasa 'ikatan' jiwa yang akak cuba sampaikan tuh..
    InsyaAllah.. moga kekal ke Jannah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Iyra...kadang2 akak terikut hati jugak tapi dia banyak sabar kalau akak dah melatah.

      Padam
  6. Hahaha betul, macam drama swasta. Tapi ini lagi sweet berbanding drama itu, sebab ianya lebih original. Sweet!

    BTW, berapa beza umur, kalau tak keberatan la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beza umur kami hampir2 macam anak dengan ayah...hahaaaa...

      Padam
  7. memang tak sabar nak tengok citer tuh malam ni...

    BalasPadam
  8. eh, berapa banyak beza umur tu kak? sori tanya sbb tak tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas campur, tolak, bahagi bagai 21 tahun... tapi sekarang ni tak de lah nampak dia tua sesangat dari akak. Dah serasi kot.

      Padam
  9. x kisahlah janji bahagia yer.. maaf lambat terjah busy sgt2 lately

    BalasPadam
  10. belum sempat saya tonton drama ini..

    ps: artikel terbaru saya 'Saya Tengah Cari Kerja.Ada Kerja Kosong Tak?'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Hilarious nya tajuk artikel tu.

      Padam
  11. adoyai..kalah lakonan firash & syafa aqira ni..hehe

    BalasPadam