Nangka Madu dan Pisang

11:42 PG JunAina 12 Comments

Syukur alhamdulillah pokok-pokok dari kebun nan sekangkang kera Pak Tuan hidup subur. Baru-baru ini mengeluarkan hasil lagi, hasil yang dikongsi bersama jiran tetangga. Sedekah. Banyak dan tak terhabis hendak dimakan. Nangka madu berbuah lebat, sebiji sudah mula berbau cepat-cepat Pak Tuan potong dan bawa balik kalau tidak menjadi habuan orang yang sahaja.

 Buahnya tidaklah besar tetapi baunya memenuhi segenap ruang rumah.

 Sapu minyak di pisau, bentang suratkhabar lama langsung belah buah nangka. Isinya kuning dan rasanya sangat manis. Siap buang empulur, potong-potong sedekah jiran sebelah, sedekah jiran depan, sedekah jiran hujung sinun jugak. Kebetulan siapa yang melintas sedekah sahajalah.

 Ini pula pisang awak (bukan pisang awak punya lah!). Selain di goreng Aina juga buat pengat kegemaran Pak Tuan. Bermangkuk-mangkuk Pak Tuan makan tetapi Aina dan anak-anak tak suka sangat. Selepas diambik dari kebun Pak Tuan sikatkan pisang tu bungkus dalam suratkhabar. Masuk ke dalam plastik untuk di sedekahkan pada jiran.

Ini pulak Gulai Daging Bersama Rebung Madu kalau orang luar kata karilah. Rebung madu ni terkenal kat negeri Perlis. Benih buluh ini Aina bawak balik setahun yang lepas, dah berkali-kali jugaklah dapat ambik rebungnya. Tengahari makan dengan nasi, malamnya cicah roti pulak kalau rajin buat lempeng kelapa pun sedap.

Hari ini hari Jumaat, kejap lagi pukul 12 tengahari dah boleh balik. Si kecik Hikram sudah 3 hari demam tetapi hari ini semakin baik. Risau jugak tiap-tiap bulan demam. Pergi farmasi cari vitamin untuk bantu kuatkan imune badan. Inilah padahnya bila masa baby tak nak menyusu badan.

Khabarnya jugak admin sedang sibuk sampaikan section dia orang dekat tingkat 17 tidak boleh sembarangan masuk. Sebanyak 300 surat telah sedia di taip cuma tunggu sahajalah siapa yang terkena. Bila kali pertama hati menjadi terlalu takut dan riasau kini hanya berserah. Perancangan Allah lagi hebat buat hambanya.


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. cempedak x ada tnm ke kak? ;-)

    BalasPadam
  2. saya doakan yeng terbaik..


    saya tak boleh manak nangka.. kenbung!!

    BalasPadam
  3. Saya tak pernah umur belah buah nangka...hahaha...Sapu minyak kat pisau tu kenapa? utk elakkan getah?

    Mmg kalau tak bfeed, chances kanak2 mudah kena demam/flu tu tinggi sikit...kena aktif la pastikan Hikram makan buah2 penuh vit C..disamping supplement..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak bagi piasau tu melekat2 getahnya lah doc kat tangan pun kena sapu tau.

      Padam
  4. Kalaulah kakak jiran Aina bukan nangka dan pisang aje dapat kari rebung tu pun mesti kakak dapat semangkuk juga:)

    Berkat betul tanaman Pak Tuan.

    BalasPadam
  5. beh nyer..leh tanam mcm2..eh eh..surat apa pulak tuuu...cuak plak kiter awak..

    BalasPadam
  6. Pssssst
    Jiran sinin pun nak nangka madu gak..
    Kikikikiki

    BalasPadam
  7. Aritu atuk saya ada bg nangka, tp sy x mkn pun, famili jer yg makan..
    Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Adehhhh dia tayang Rebung Madu dia... Nangka madu tak heran sangat, tapi madu tang rebung tu yang kalah!

    BalasPadam
  9. ish metitik ayaq lioq Aina oi...ngka madu memang popular tapi kalau beli mahai giler.manis dn wangi.
    gulai rebung jangan cakap la di Perlih memang time knduri ramai yg buat..puaih makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak buah dia kecik ja taklah besaq macam org dok tanam secara komersial tu. Gulai rebung tu dah jadi trademark org Perlis.

      Padam