Buboq Sora!

1:20 PTG JunAina 17 Comments


Baru-baru ini kita telah menyambut Tahun Baru Hijrah kemudia kita menyambut Hari Asyura dengan puasa sunat Hari Asyura dan turut sinonim dengan bubur asyura atau tempat saya sebut buboq sora! Orang kampung pakat dok tayang asyura yang depa dok kacau di kampung nun. Sakit mata dan sakit jugaklah hati saya ni. Sobsss...


Asyura ini mengikut negeri-negeri pembuatannya. Pantai timur asyuranya berempah serta ada daging, terjadi dari hasil beras yang di masak yang memakan masa lama. Kawasan tengah dan selatan pula rasa saya asyuranya merupakan bubur nasi. Tempat saya pula asyura adalah seperti 'bingka' yang manis serta lemak dicampur pelbagai jenis kekacang, pisang, jagung dan keledek, semasa panas agak cair dan bila sejuk ianya boleh di potong-potong.


Mak saudara saya ni memang cepat sungguh kesian sebab saya dok menitik ayaq lioq ja tengok depa makan-makan sakan-sakan kat kampung. Hari jumaat dua minggu lepas dia call soh pi rumah dia di Puncak Alam masak bubur asyura, saya kata demam dia kata mai jugak! Bukan nak suruh buat apa pun mai makan ja, buboq depa kacau. Bahan-bahan semua makcik dan pakcik siapkan dah.



First step masak santan bila dah mendidih masukkan pula tepung beras. Kacau sehingga sebati jangan sampai berketul lepas tu masukkan keledek agak empuk masukkan gula. Abaikan sekeliling tu almaklumlah rumah tu memang di sewa khas untuk masa-memasak. Cadangnya nak kacau buboq sora ni kat luaq tapi panas matahari tengah turun, masa tu dalam pukul 5pm.



Dah sebati semua masukkan pula jagung yang telah di hiris, kacang buah pinggang yang telah direbus, kacang merah juga di rebus dan kacang hijau juga telah direbus dahulu. Kacau lagi jangan berhenti annti hangus! Akhir sekali masukkan pisang yang di potong kecik.


Orang kuat tukang kacaunya adik ipar berbaju pink dan pakcik. 


Bertukar pendayung hero saya gantikan mak dia yang demam, mak jadi pemerhati sahaja. Huishhh...dah tinggi anak teruna saya rupanya.



Sabarnya saya menunggu dari berwarna putih sehinggalah bertukar menjadi warna ala-ala kawah. Kalau guna kuali biasa warna dia tak jadi gini tau sebab tu guna kawah walaupun buat sikit sahaja buboq tu. Kenangan mengusik jiwa kat situ wehhh! Kacau buboq dalam kawah memang rutin rumah JKKK (my arwah tok ayah) setiap tahun. Masak ja ambik daun pisang cedok buboq kemudian colek guna jari, yummmyyyy...sedap oiii panas-panas tu campur wangi daun pisang pulak tu.



Kena masak betul-betul supaya tahan simpan lama. Dah masak makcik masukkan dalam tupperware supaya mudah nak agih-agihkan. Dapatlah 21 bekas.



Lepas penat kacau buboq kami lepak depan rumah menikmati buboq panas dengan kopi o. Haihhhh....nyaman...



See...buboq tu meriah sangat dengan pelbagai kacang-kacang, jagung tapi pisang dah hancur pulak, keledek masih ada rasa. Masuk bekas nanti buboq akan mengeras bila nak hidang boleh potong-potong. Heaven sangat rasanya!

Makcik saya ni memang bila masak teringat semua orang sebab tulah dia buat banyak. Nanti nak agihkan pada kawan-kawan dan jiran-jiran dia juga. Aktiviti seperti ini mengeratkan hunbungan kekeluargaan kami. Saya mula-mula datang kerja di Kuala Lumpur memang tinggal dengan makcik dan pakcik jadi hubungan  kami sangat rapat. Masa suka masa menangis banyak jugak yang saya kongsi dengan mereka.


Tahun depan harus kacau buboq lagi!



You Might Also Like

17 ulasan:

  1. assalam aina..acik pun dok teringin ni..nak cari resepi la nak buat juga nanti bila ada masa

    BalasPadam
  2. oh..lain rupanya dari bubur asyura kat kampung saya.. tapi saya selalu konpius bubur asyura dgn bubur lambuk..hahaha

    BalasPadam
  3. bubur asyura memang sedap. tapi kalau sekali makan terus terasa santan nya, mahu la saya tolak tepi terus.

    BalasPadam
  4. seronoknyer msk ramai2 gotong royong gitu... aah lah kak... betul tuh... kt area pantai timur, selatan ngn utara mmg bubur asyura nyer lain... tp kadang org tak paham... betul mcm johor bubur nyer lbh kurang mcm bbr lambuk tp ada banyak lg campuran isi2 nyer... jd pekat gitu

    BalasPadam
  5. kami kat uitm baru mengacau bubur asyura ni tapi saya tak suka pulak huhu..saya suka bubur asyura johor hehehe

    BalasPadam
  6. sedapnyaa.baru haritu try bubur asyura versi utara..
    yummmeh sgt

    BalasPadam
  7. sedapnya bubur asyura tu...terliur tengok....

    BalasPadam
  8. SA x pernsh lg kacau bubur asyura...dodol pernah la....

    BalasPadam
  9. Pcl berjiran dgn Org Ganu..memang lain rasa dan rupanya , org utara Pc dah sedia maklum tapi mak Pcl sendiri buat guna kacang parpu..mcm kuah dal jadinya , campur segala macam syuran, kekacang..dll ni tradisi Org Banjar...susah nk jumpa...lain macam sikit tapi sedap !

    BalasPadam
  10. Sya suka bubuq ni kak..sllu mak buatkn..klu buh jgung byk2 lg best.. :)

    BalasPadam
  11. alamakkkk rindunya nak makan bubur sora versi Kelantan punya... sejak jadi perantau kat KL ni jarang dah dapat makan bubur sora Kelantan...

    BalasPadam
  12. Sy suka yg ada kacang kledek pusang semua tu...manis2 dapnya..

    BalasPadam
  13. lain ye bubur syuranya...manis tak bubur ni?

    BalasPadam
  14. Ohhhh yelah pernah rasa bubuq hitam dan boleh potong macam tu JA....
    Tapi sebab bayangkan rasa dia, rasa daging mcm bubur belah selatan buat so....OKje rasa kurang menepati selera...

    BalasPadam