5 Persen Je?
Katanya ada surat kenaikan gaji bakal di beri. Bonus tak tau pulak. Tapi sebab budak teknikal semuanya akal berjalan laju jadi kami dapat tahu kenaikan gaji melalui sistem elektronik yang di sediakan oleh pejabat. Dapat tengok annual income yang baru, term lain masih kena tunggu surat.
5% itu sahajalah rezeki anak-anak saya. Bolehlah buat tambah-tambah belanja dan simpan sikit. Allah dah tentukan setakat itu sahaja, insyaallah rezeki akan datang dari jalan-jalan lain sebab rezeki itu bukan duit ringgit sahaja. Badan sihat, anak-anak yang baik dan berjaya, rumahtangga bahagia, keluarga yang bersatu hati, kawan-kawan yang baik dan macam-macam lagi rezeki lain dari Allah s.w.t buat kita.
Hati tetap jahatkan. Bila dengar ada kawan-kawan dapat 10% ada juga yg dapat sehingga 15% yang mana 3 kali ganda dari kita punya semangat jadi down sekejap. Mula menghitung kerja-kerja yang dibuat, mula membandingkan apa pula yang mereka buat. Haisshhh...dah..dah...pi main jauh-jauh jgn nak cuba cucuk hati saya.
Alhamdulillah...perancangan dariMu adalah terbaik buatku Ya-Allah, Ya-Rahman. Ya-Rahim, Ya-Ghafur, Ya-Hannan, Ya-Mannan...
Xleh tgk org yg naik lebih...kena tgk org yg langsung tak naik..huhu..mcm sy...
BalasPadamCepat2 tampar pipi diri sendiri...ahahhaaa...
PadamItulah kan kita ni selalu sangat mendongak melihat kelangit tanpa mahu memandang rumput dibumi.
Alhamdulillah..ada juga..ada org kerja bertahun pun xde increament..lg satu..dee lebih suka x tau psl org lain pya..sbb kalau dah tau..mulalah fikiran jahat ni mempersoalkan..kdg2 x tau lebih baik :-)
BalasPadamDuduk kat dept floor ni susah le nak mengelak segala tu Dee sebabnya paparazzi terus datang kat meja...ahahhaa...
PadamPujuk2 diri, kan tu semua bahagian masing2...
Alhamdulillah, akak pesara pun tumpang sikit.
BalasPadamAku pun sama gak... tak tau ada ke tak ada tahun ni... makan kangkung je la..
BalasPadamAlhamdulillah.... walaupun x banyak dari segi percent, convert to RM banyak jugak kan??
BalasPadamBolehlah Mai beda bayaq tol balik Perlis dan beda belanja makan sepanjang jalan tu. Duit minyak ta cukup la...ahahhaa...
PadamTak pe laa rezeki takat tuh jer.. insyallah Allah beri rezeki dari segi lain plak..kan..
BalasPadamInsyaallah Rinna...Aina sellau tanam kat hati 'perancangan Allah s.w.t ada lah lebih baik' dan sentiasalah berbaik sangka dengan Allah.
Padamalahmadullilah...byk juga tu kak...kalau RM5000 gaji, dapat kenaikan RM250...:)
BalasPadamDoc gaji akak ni lebih Rm1 dari kelayakan utk dapat BRIM tau...ahahhaaa... Alhamdulillah...syukur...rezeki setakat itu sahaja. Kalau nak dibandingkan dengan dulu kerja skrg ini kenaikan gaji dia 5-6 kali gandalah. Dulu kat syarikat lama sekali naik Rm50 ja doc...:)
PadamAlhamdulillah kak ada kenaikan.
PadamAlhamdulillah rezeki akak.. lepas nie akak kasi la aircond sikit mana tahu rezeki tahun depan naik 20% ke... hehehe.. =D
BalasPadamAlhamdulillah...makcik tiada kenaikan gaji tau.
BalasPadamTahniah, syukur krn itulh yg trtulis utk kita. Insyaallah, ada rezeki dlm bntuk lain yg akn kita dpt nnti.
BalasPadamAlhamdulillah kak, dapat sikit pun kita perlu bersykur kan
BalasPadamPart dengki iri hati memang tak pernah lepas dari hati manusia. Tapi memang kita patut bersyukur dengan apa yang diberikanNYA.
BalasPadamAlhamdulillah...rezki
BalasPadam5% tu dah paling banyak dah kalau saya kak.. last sekali dapat 16% masa first year join.. lepas tu tak lebih lima..
BalasPadamBersyukur apa yg ada. Comp sy ni increament sikit je. Paling tgi pun 200 je. Kalau naik angkat double. Bonus pun x byk. Cukup cukup utk saving sbb monthly mmg x leh nak saving sgt. X cukup manjang
BalasPadam