Badminton Saya Menang Sorak

10:39 PG JunAina 3 Comments


Selepas berbelas tahun tak main badminton saya akhirnya terpaksa tunduk pada pujuk rayu teman-teman pejabat. Sibuknya pagi seorang kawan call memujuk sebab pagi tersebut saya sangat sibuk saya iakan sahaja untuk menutup mulut. Rupanya pagi itu juga mereka cabut undi dan luar jangkaan bila kami bermain regu campur. Telan sahajalah. Cerita dulu tu ada kat sini.



Kami main kat sini 'Ampang Sports Planet'. Nak main badminton boleh nak main futsal pun boleh. Ada kemudahan tandas dan tempat mandi yang agak selesa untuk pengguna. Kemudahan surau pun ada jangan bimbang.



Group kami sebalum main, ada lagi yang belum sampai. Tiga kuntum bunga sahaja tapi selepas itu sampai lagi sekuntum bunga dengan 2 kuntum bunga yang masih baby.



My bos sedang beraksi denga skill tersendiri.



Tetap nak bergedik. 


Berentap untuk ini sahaja, sekadar riadah bersama teman-teman. Mengeluarkan peluh.



Gaya mau ada...ekekekeee...



Pemain cilik. Pandai sungguh kawan saya ini didik anak. Taat. Bila mak dan ayah dia main badminton dia duduk ja tengok sampai habis tak menagis tak juga bergerak dari kerusi tu, siap tepuk-tepuk tangan sokong mak dan ayah dia.



Partner tetiba dua-dua pakai baju warna sama. Pagi tu berlari cari kasut sukan buka almari kasut tak ada, berlari ke rumah adik cari-cari pun tak ada akhirnya punggah almari kasut yang lama jumpa kasut anak lelaki masa dia darjah 6, belasah jela asal ada...ahahhaaa...



Ini geng sekepala saya akhirnya bakal meninggalkan kami juga. Kemalangan motosikal luka masih merah-merah lagi tapi gigih nak main bandminton jugak.



Menang...yeyyyyyy...tapi saya menang sorak jelah. Dapat hadiah saguhati, hadiah penyertaan. Ini bos saya okeh.



Inilah pemenangnya. Bos saya memang pandai main badminton. Ini bukan game bagi muka tau tapi dia memang main denga skill yang agak bagus.




Gambar penutup. Ramai-ramai pegang piala masing-masing.

Aktiviti riadah kalau sesekali buat memang seperti mendera diri sendiri tetapi sebab dah biasa jalan banyak, naik turun tangga bagai saya tidak terasa sangat penderaan tu. Stamina pun masih mampu bertahan walaupun  main bukanlah bersungguh sangat. Berbelas tahun tak main badminton kiranya boleh tahanlah permainan saya tak le pukul angin ja!


You Might Also Like

3 ulasan:

  1. Nasib muat kasut tu ye kak...hehe..
    Best apa riadah2 gini kan...:)

    BalasPadam
  2. Menang sorak dengan menang posing je la. Hehe.

    BalasPadam
  3. OKje mmg tak aktif dalam bab bab sukan ni JA.... sebab tulah tak slim melim mcm awak hehe
    Oklah jugak tu dapat jugak saguhati

    BalasPadam