Hayani Fobia Dengan Cikgu Sekolah Menengah

2:58 PTG JunAina 14 Comments


Cabaran menjadi guru bukan sedikit tambahan pula menjadi guru di sekolah menengah. Di akui menjadi guru zaman dahulu tidak sama dengan menjadi guru di zaman sekarang yang serba moden dan info hanya dihujung jari. Bukan cabaran mengajar sahaja tetapi cabaran disiplin anak murid sekarang amatlah memeningkan kepala cikgu. Ibubapa zaman dahulu (zaman sayalah) memang menyerahkan sepenuhnya anak-anak kepada cikgu terutama ibubapa di luar bandar. Kena marah kena rotan jangan ada yang berani balik mengadu. Cikgu-cikgu pula menerima dan mendidik anak murid seperti mendidik anak sendiri.


Hayani mula bersekolah di sekolah menengah awal tahun dulu di Perlis. Sejak mula bersekolah dia sangat fobia dengan seorang cikgu di sekolah menengah itu. Pertama kali masuk sekolah sepupu Aina yang sama tingkatan dengan Kakak Hayani kena tampar belakang dan sengguk kepala apabila selesai perhimpunan sebab katanya lambat berjalan padahal budak-budak baru masuk Tingkatan Satu tentunya tercari-cari di mana kelas mereka hendak berbaris untuk bacaan Yassin pada hari Jumaat. Rutin Kelas Khas pula memang balik lewat pukul 3 dan apabila hari ada kokurikulum sehingga jam 4 petang. Jadi pelajar di wajibkan bersolat dan guru perempuan tadi akan berjalan dengan membawa kayu mengejar pelajar yang liat bersolat. Dia trauma melihat tindakan cikgu tersebut. Cikgu ini juga kuat memaki hamun tak kena pula dengan penampilan bertudungnya itu.


Kakak Hayani mengalami ketakutan hendak ke sekolah sebab cikgu tersebut. Katanya Mak Lang Kam (sepupu Aina) tak buat salah pun tapi kena jugak (tampar belakang dan sengguk kepala). Nampak cikgu tu macam nampak harimau kot gamaknya. Mak tok banyak lah dok nasihatkan dia.


Rupanya bukan seorang-dua ibu bapa yang pergi ke sekolah mengadu berkenaan guru tersebut. Bila dipanggil oleh pengetua dan berbincang bersama ibu-bapa murid semua nampak baik tetapi akhirnya pengetua pula yang di pulaukan oleh guru-guru yang geng dengan cikgu tersebut (pengetua perempuan). Beberapa aduan telah di buat di Jabatan Pendidikan Negeri tetapi nampak gayanya jabatan lebih berminat untuk menjaga guru-guru mereka berbanding mengambil tidakan terhadap kakitangan sendiri.


Bagi saya mendidik biarlah betul caranya. Di buatnya bila ditampar belakang seseorang murid dan tiba-tiba budak itu jatuh, kejang dan membiru siapa yang nak menanggung silap itu nanti. Guru dulu-dulu garang juga tapi nak sengguk kepala murid tu tak pernah pula saya nampak. Rotan setakat merah tapak tangan tu biasa, rotan hendak mengajar apa salahnya bukan merotan melepaskan geram.


Saya doakan agar Allah s.w.t sentiasa melindungi Kakak Hayani, dikuatkan hatinya demi pelajaran dan perjalan hidup yang masih panjang. Buat cikgu tersebut saya doakan agar dia berubah kerana cikgu yang baik akan sentiasa disayangi pelajar dan doa pelajar juga akan sentiasa mengiringi mereka.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Minta maaflah saya cakap! cikgu2 skrg bila stress dan ada masalah peribadi... kekadang lepas geram pada anak-anak murid... walaupun bukan semua tapi ramai yang jumpa mcm tu. Cikgu2 dulu jadi cikgu sebab minat dengan profession guru tu.. tapi zaman sekarang yang jadi guru-guru kerana tiada pilihan lain lagi masa apply UPU dulu.

    BalasPadam
  2. itu lah kak.. bila kita marah cikgu atau jumpa cikgu kat sekolah..katanya ibu bapa serang guru.. tak macam orang dulu..tapi cikgu dulu dulu takde pulak tampar budak budak tak tentu hala macam tu.. haihh.. risau dibuatnya..

    BalasPadam
  3. aah kan kak....skrg sukar nak didik budak2...jgnkan kata anak murid..kalau nak didik anak sendiri pun agak mencabar zmn ni..tp tu la..kena tahu etika bekerja..ada yg direportkan memberi hukuman pd anak murid hgg tahap keterlaluan..sampai masuk hospital

    suka perenggan terakhir tu, guru yg baik sentiasa dikenang...mengajar mengikut terma yg betul...pastinya anak murid berjaya

    BalasPadam
  4. budak2 zaman skrg ni dah x takut dgn cikgu...

    BalasPadam
  5. Salam ziarah ya, saya setuju dengan pendapat Sweetie, cikgu sekarang tertekan sebenarnya. Ramai yang terpaksa jadi cikgu kerana itu option yang ada, tapi bila mereka lepas geram pada murid, memang salah. Kesian pada murid. Kita faham kerja cikgu memang stress, tapi ada cara lain untuk redakan stress.

    BalasPadam
  6. kesian yani..
    kadangkala depa yang bertegas ni nak senangkan kerja mendisplin tapi budak ni manusia, bukan robot. ada hati,ada perasaan..
    kak sentiasa ingat itu bila berdepan dengan anak2 kecil..membayangkan setiap tindak tanduk kita menjadi memori kekal dalam hidup mereka. wallahua'lam

    BalasPadam
  7. Dulu kalau gatal mulut ngadu kat emak kena rotan atau kena marah dengan cikgu di sekolah, haa menadah telinga la kena bebel dan juga kena piat balik telinga tu.

    Orang kita memang pandang rendah pada konsep psikologi. Cikgu tu tak tahu ke dengan perangai macam tu sedikit sebanyak mempengaruhi emosi bebudak yang baru nak dewasa? Pihak sekolah dan jabatan sepatutnya lebih peka dalam hal macam ni.

    Kalau semua orang buat kerja mereka dengan amanah dan telus, perkara macam ni boleh dihapuskan.

    BalasPadam
  8. Uikkk....bahya tu..saya pernah sound cikgu lelaki sebab pukul belakang anak saya dengan kayu hoki. Saya cabar cikgu tu keluar kawasan sekolah jika dia benar2 samseng....sampai ke balik tak kuar2....

    bukan kita ni tak maw anak kita di rotan or apa..tapi ikut prosedur aaaa....dengan kayu hoki di belakang budak....hebat sgt ko....?

    BalasPadam
  9. garang betul gurunya..kalau takde jiwa pendidik usahlah jadi pendidik..kesian anak murid tekanan perasaan...

    BalasPadam
  10. Akak dulu garang gak..tp garang berakal lah..janrang libas budak..cuma masa memula mengajar dulu..muda lah gamaknya..but after sometimes I rs Iagak tegas tp budak close to me.until now masih ada yg contact...meaning depa terima cara I..lagipun maybe I ajar bebeudak pandai2 kot...

    BalasPadam
  11. Pernah kena ketok ketampi waktu sekolah rendah. Tak ingat pula apa sebabnya. Tapi tak pernah merungut apatah lagi mengadu pada ibubapa. Rasanya murid-murid ddulu ada yang nakal tapi masih dalam batasan.

    BalasPadam
  12. astaghfirullah.. moga guru2 kita lebih ikhlas mendidik anak2 kita..

    BalasPadam
  13. Zaman sekarang ini banyak kejadian yang tidak diharapkan dilakukan oleh seorang guru

    BalasPadam