Hari Terakhir Dia Bersama Saya

4:41 PTG JunAina 12 Comments


Hilang sudah setiap gurau sendanya, pengubat dikala hati sedang berduka. Tiada lagi usikan-usikan yang sentiasa menghangatkan hari-hari saya. Pergi juga seorang penasihat yang sentiasa adil dalam memberi pendapat. Paling penting saya kehilangan seorang guru yang bagus dalam membina kerjaya saya.



Seorang sahabat yang sangat tahu meletakkan diri dalam hubungan sesama rakan dan saya senang bersahabat dengan dia. Mengenali dia lebih mengajar saya untuk menjadi muslimah cemerlang dunia dan akhirat. Mendapat seorang sahabat yang baik seperti dia terasa satu kehilangan yang besar bila tidak bersamanya lagi.


Selamat berjuang di tempat baru, perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat kita. Moga satu hari kita akan berjodoh untuk berkerja bersama lagi. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ini. Juga nasihat-nasihat demi mengharungi hidup yang mungkin masih panjang.


Lepas balik dari Doha terus sahaja hantar surat perletakkan jawatan. Sebagai kenang-kenangan dari Doha saya dapat FM dan pashmina. Ingat juga dia kat kakak ni!


Pesanan buat Dak Jujie - kalau jumpa dia tegur-tegurlah ya tapi awas jangan tergoda...ahahhaaa...


You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Moga dia berjaya dtmpt baru. Moga akak dpt pengganti baru jugak xoxoxo

    BalasPadam
  2. alhamdulilah.. sahabat yang baik adalah sahabat yg sentiasa mendoakan sahabat nya.. macam kak ^_^

    BalasPadam
  3. sedih bila teman sekerja (yg kamcing) bertukar tempat kerja :;(

    Kepada pembaca lain,sila la lawat laman saya disini,banyak info yang anda belum tahu>>klik sini :-)<<

    BalasPadam
  4. bertemu dan berpisah adat manusia biasaaaa... ehh nak nyanyi pulak

    BalasPadam
  5. Dengan teknologi sekarang.....persahabatan yg jauh....terasa dekatnya....

    BalasPadam
  6. semoga jihad dia akan berterusan... insyallah.. duaa for the best for him.

    BalasPadam
  7. Laa baru nak tergoda. dah ada yang pesan jangan. hahahah

    BalasPadam
  8. Moga berjaya di tempat baru.

    BalasPadam
  9. Sahabat yg baik, ikhlas, kadangkala jadi penasihat, tau batas dan hormat , boleh ketawa dan duka bersama mmg rasa terkilan bila berpisahkan JA...

    BalasPadam
  10. in sha allah tkkn terputus persahabatan yang terjalin nih...

    BalasPadam
  11. patah tumbuh hilang berganti.......

    BalasPadam