Geng Paku Mengganas
Minggu lepas tiga paku tertusuk di tayar motor Pak Tuan tetapi disebabkan guna tiubless angin lambat sedikit keluar jadi ada masa untuk cari kedai. Angin kurang tambah sahaja di mana-mana stesen minyak itupun 2-3 hari baharulah di baiki. Tampal sahaja. Kalau guna tiub Rm8-10 jugaklah itu kalau kat kedai kalau kat lebuhraya atau atas jalan mau diketuk sehingga Rm15-25.
Pagi Isnin yang kebanyakannya mungkin dalam melayan perasaan 'monday blues' 4-5 biji motor jugak yang terkena jerangkap samar. Mana larat nak tolak motor nak cari kedai pulak tu masing-masing mengejar masa hendak masuk kerja jadi memang tak ada pilihan hendak atau tidak terpaksa juga guna khidmat mereka yang menggantikan tiub secara bergerak ini (entah-entah geng depa jugalah dok tabur paku).
Port pilihan mereka jalan motor di Tol Sungai Besi yang mana baru-baru ini berkilo-kilo paku yang masih berkilat dikumpulkan di sini. Cari duit mudah dari kesusahan orang lain. Bukan setakat tak ada keberkatan rezeki takut-takut jadi haram pulak! Nauzubillah...
Telah lama mereka menyepikan diri kini geng paku kembali mengganas. Setahun lepas tidak ada pula kes-kes sebegini tetapi awal tahun ini mereka mula buat perangai. Adakah ini kerana pengaruh Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tak lama lagi? Agaknya depa pun nak beraya jugak kot!
kalau dapat.. pakukan depa kat jalan tu!!
BalasPadamkalau dapat.. pakukan depa kat jalan tu!!
BalasPadamMarah betul nampak? Sampai 2x post komen.
Padamuish.. mcm cari mslh je cmtu..
BalasPadamsian pengguna jalan raye kan kak....tabur paku, minyak, pasir...aduh.... semate2 nak kan duit.... bukan sindiket tukar tayar moto jek kak, lori towing pun ade yg buat gini....ish2...tak pasal2 nyawa org jadi taruhan semate2 nak kan keuntungan...sedih kan....cube kalo yg kene tu ahli keluarga dieorg...baru menyesal tak sudah kot....
BalasPadamGeng Kapak kenal tak?!
BalasPadamKenal. Kenal.
PadamHahahaha.
Jahat betul org yg buat dajal gini nak cari duit.. sanggup tabur paku.. Betul2 nak nyusahkan orang..
BalasPadamTak baik buat keje camtu...rezeki x berkat kan kak....buat naye org buat apa....
BalasPadammusim perayaan banyak la geng paku ni kak.. kat kesas pun selalu ada.. dilema jugak penunggang motor.. bawak atas jalan bahaya+takut kena saman polis..kalau laluan khas motor tu kena ngan geng paku.. kena bawak peralatan tukar tayar siap2 la musim gini..
BalasPadamMereka terlupa tentang dosa pahala. ..
BalasPadamish2... teruk betul kan diaorg nih... mintak2 polis kene ronda2 gk tinjau2 kot2 dpt tangkap depa2 nih... ntah2 ye kak depa yg tabur paku tuh... pastu bile org dh terkene diaorang nk tlg lah... senang nk dpt duit yek
BalasPadamPaku ni kadang kerja kontractor yang 'buang' gitu je selepas selesai kerja...kadang tu (dengar org cakap la) sengaja di'taburkan' oleh encik2 yang dok repair tayar along the road..wallahualam.
BalasPadamDahsyat juga cara mereka ni Aina. Nak tampung tak cukup duit dek kerana kenaikan harga barang pun jgnlah aniaya org. Kalau terjadi sampai ada yg maut gara-gara lewat tiba hospital/klinik macam mana? tak ke rasa bersalah sampai mati.
BalasPadamtaktik kotor betul diaorang ni, setakat ni belum dengar lagi diaorang kena tangkap, licik jugak diaorang ni, mungkin susah nak buktikan melainkan dapat rakam di cctv.
BalasPadamhai..buat naya org je kan..kesian yg terkena..
BalasPadamdiorang dah xde keja dah tu kak...
BalasPadamBukan takut2 haram dah kak...mmg haram pun....kena plak kena paku tu...tak dpt kawal motor..pastu terjatuh atas lebuh raya...pastu di lenyek lori....hah....jatuh hukum membunuh plak....awat lah depa2 ni tak mikir hal2 mcm ni....
BalasPadamKesian pada mangsa yang kena.
BalasPadamPihak berkuasa takde buat apa2 tindakan ke dengan kawasan panas macam tu..
yg kt tol sg besi tu mmg da maklum kak...ni ada satu lg... kat tepi bas stop...sbb bla ujan kn ramai org dok parking kt situ
BalasPadamDuit mudah tapi tak halal. Kejap aje la pegang duit tu.
BalasPadamKisahnya..maksudnya semua tu disengajakan ye..Memang xberkat rezeki buat kerja mcm tu.....
BalasPadamHaah..lama tak dengar. Dh mengganas semula. Kat sp ni lak depa guna taktik reka accident. Tau2 aja celah masuk, bila kawan tu hentam pungkok kereta lain, depa cabut lari. Tak sampai berapa minit, ada lori tunda mai. Kawan dh terkena.
BalasPadamSapa yang terkena mesti bengang giler tuh!
BalasPadamtergamaknye dorang buat khianat gitu semata-mata nak dapatkan bisnes...
BalasPadamKene atas highway memang seksa.. huhu
BalasPadamBetullah JA...dulu ada dengar pasal geng paku ni.... sekarang dah kembali mengganas...hish..hish...
BalasPadam