Harga Ikan di Pasar Borong Selangor Melabung Tinggi
Seminggu sekali saya akan melawat Pasar Borong Selangor bagi mengisi stok dalam peti ais. Jadi saya sudah biasa dengan harga barangan di sana terutama sekali harga ikan dan sayur-sayuran. Ahad lepas saya pergi harga ikan di Pasar Borong Selangor melambung tinggi. Bukan sedikit punya naik harga tetapi hampir sekali ganda bagi ikan-ikan terpilih dan udang terutamanya.
Kebanyakan harga ikan meningkat sekitar 30-50 peratus. Harga ikan besar serta terpilih pula paling banyak peningkatan harganya. Ikan bawal hitam kebisaannya Rm15-20 sekilogram meningkat sehingga Rm30 sekilogram. Udang agak kecil yang biasnaya berharga Rm21 sekilogram meningkat sehingga Rm29.00 sekilogram udang laut yang biasanya berharga Rm45 meningkat sehingga Rm70-80 sekilogram. Siakap Rm15-18 sekilogram. Ikan besar yang lain saya tak tengok pula.
Keluarga saya jarang makan ikan besar-besar sebab kalau masak anak-anak makan tanpa semangat. Jadi kebiasaannya saya hanya beli ikan-ikan kecil seperti ikan sardin, pelaling dan selar. Talapia dan keli juga menjadi pilihan. Harga ikan kecil ini turut meningkat di mana ikan sardin kebanyakannya Rm8-11 sekilogram, pelaling juga sama berbanding Rm6-8 sekilogram sebelum ini.
Harga ayam dan daging adalah tetap, tiada peningkatan. Saya masih membeli ayam dengan harga Rm6.80 sekilogram di gerai ayam kegemaran saya. Juga daging masih pada harga yang sama di gerai kegemaran saya juga. Ikan memang saya pusing sahaja tengok yang mana cantik saya beli tapi untuk daging dan ayam memang dari gerai yang sama setiap minggu.
Harga sayur-sayuran pula bagi saya tiada kenaikan ketara kecuali bagi cili besar yang memang sangat berbeza harganya. Peningkatan harga sayur-sayuran adalah terhad mungkin 10-15 peratus dan ada diantaranya langsung tiada peningkatan.
Saya biasanya hanya akan beli ayam, daging, ikan pelaling, ikan sardin, ikan keli, ikan talapia, sesekali ikan siakap, kadang-kadang sangat tenggiri. Sotong wajib beli setiap minggu, udang 2 minggu sekali. saya memilih Pasar Borong Selangor kerana di sana lebih banyak pilihan ikan dan banyak juga pilihan harganya. Jadi kita membeli ikut kemampuan. Tak mampu beli sotong yang besar belilah yang kecil sedikit. Di situ juga saya boleh membuat perbandingan harga dan mutu ikan.
last week beli ikan sikit je pasal ngeri nengok harganya. kembong temenung kecik2 pun da dekat rm11 sekilo. biasa rm6-7 je.sadis
BalasPadamRaya cina ni mmg udg dgn ikan naikkan agaknya... Tp plg ketara udanglah... Tinggi sgt, klu rasya aidilfitri pulak harga ayam yg melambung
BalasPadammmg perasan harga naik..tu makan telur n ayam jela..huhuh
BalasPadamhishhh mcm melampau je.. la ni semua benda naik.. mcm tak worth it je.. hurmmm
BalasPadam30-50% tuu kira byk gak tuuu. haih! semua barang naik niii. ape cittaaa. hhuhu
BalasPadamSalam JunAina..mmg ketara berbeza harga ikan2 tu yer...betul tu klu g pasar borong mmg byk pilihan.
BalasPadamsaya baru 2x p pasar borong selangor... sbb depa x mo siang kan ikan, so x rajin nak p ;)
BalasPadamyela kak..barang sume naik harga skarang..kalau beli barang dapur pon sama..terasa mahalnye skarang..memang kena berjimat cermat..
BalasPadamdlm bln 12-2 ni, harga2 brg basah mmgmahal kak...bertabah je laa...musim beraya la kattakan...
BalasPadamDulu masa baru2 kawin selalu gi sana.. kul 5 pagi dah pergi.. balik sembahyang subuh pastu sambung tido.. masa belum ada anak.. dah ada anak ni, tak leh dah nak buat gitew... heheh
BalasPadamtanjat saya kak tgk harga naik mendadak mcm tuh
BalasPadamla baru niat nk beli brg bsh kt sana :(
BalasPadamX penah sampaipun... padahal dekat... punyalahkan....
BalasPadamBetoi beli barang ikut kemampuan.. takkan nak makan sedapjer
Mak aih!! Saya dah lama tak pergi pasar, so memang tak tahu harga ni semua.
BalasPadamJap. Entah masuk entah tidak komen saya tadi. Hahaha.
BalasPadamacu dah lama tak ke pasar
BalasPadamkalau nak beli barang basah acu beli kat giant depan rumah je
setakat sorang makan... tak padan nak ke pasar :)
lama dah kak tak mengisi fridge di rumah, huhu.beli bila mk masak aja..kat sp, hari2 ada pasar mlm
BalasPadamteringat zaman ke pasar klang beberapa tahunn lalu
nama kedai ayam yang akak biasa pergi tu apa namanya
BalasPadamIkan bilis papar sabah kotakinabalu..murah sbb hasil bagang sendiri.Blm bpindah tangan...harga holeh runding...bilis bulat rm12, bilis sedang rm 13, bilis kopek 2 rm 22, bilis kopek 4 rm 26...bminat hub mardiana...0128373246
BalasPadamIkan bilis papar sabah kotakinabalu..murah sbb hasil bagang sendiri.Blm bpindah tangan...harga holeh runding...bilis bulat rm12, bilis sedang rm 13, bilis kopek 2 rm 22, bilis kopek 4 rm 26...bminat hub mardiana...0128373246
BalasPadam