Membantu Anak 'Slow Learner'
Saya sekarang sedang berusaha untuk belajar mendidik anak yang megalami masalah pembelajaran dan lebih mudahnya 'slow learner'. Mencari ilmu untuk diri sendiri supaya dapat mendidik anak supaya dapat menerima pelajaran dengan lebih berkesan selain dari apa yang cikgu ajar di sekolah. Mencari laman web dan buku-buku untuk menambah ilmu.
Sejak masuk ke Darjah 4 pelajaran agak mencabar bagi dia jadi dia agak tertekan dengan pelajaran di sekolah juga dengan cikgu-cikgu yang mengajar. Katanya cikgu garang, selalu marah-marah. Saya pujuk dengan mengatakan kalau tak buat salah mesti cikgu tak marah. Dia jawab kawan adik tak buat salah pun kena marah. Saya cakap lagi tak mungkin cikgu saja-saja nak marah mungkin adik tak nampak dia buat salah.
Saya banyak menggunakan kaedah memujuk untuk mendekatkan dia dengan buku. Melayan semua kehendak dan permintaan dia supaya dia tidak merajuk sebabnya bila dia mula merajuk memang tak mudah di pujuk dan akhirnya buku entah ke mana dia pula entah ke mana. Saya perlu banyak bersabar.
Membaca setakat ini tiada masalh cumanya saya sedang mencari kaedah untuk memberi pemahaman kepada setiap bacaannya. Memahami setiap apa yang di baca dengan baik termasuk memahami ayat yang di beri mahupun penjelasan bagi setiap perkara yang berlaku. Saya jadi pening bila menyentuh matapelajaran Sains sebab dia akan banyak bertanya kadang-kadang membuatkan saya sendiri tidak mampu menjawab (kadang-kadang macam soalan merapu tapi itulah sifat anak-anak 'slow learner').
Insyaallah saya sambung lagi sebagai kenangan buat saya dan adik. Buat kami sekeluarga.
Nampaknya dia minat sains. Cari bahan bacaan sains mudah sesuai dgn pencapaiannya. Mengajar mereka perlu byk kesabaran.
BalasPadamSalam Juneaina...dalam menangani masalah anak2 yg 'slow learner; ni..kena bykkan bersabar.Klu nak bljr tak blh ambil masa yg lama...sbb anak2 ni cpt jemu.So kena ambik masa gak..InnshaaAllah..
BalasPadamAnak no brp ni. Ank sy pun ada drjh 4. Perempuan
BalasPadamAnak no 3 merangkap anak bungsu...lelaki tapi...
PadamMampu membaca dengan baik hanya pada awal tahun persekolahan darjah 3.
kene byk sabar kan... anak sy no 2 tu camtulah...kena sabar
BalasPadambanyak2 bersabar je ye makk.,uHUUu
BalasPadamKena tengok juga tahap slow nya macam mana..
BalasPadamAda yg slow yang " normal"....tak perlu ke kelas khas/pemulihan
Ada yang slow yang " slow"....perlu pemulihan...sebab selagi duduk di kelas normal, mmg menimbulkan stress pada student.
Mak saya dulu guru pemulihan khas. Akak ipar saya sekarang pun guru pemulihan khas.
Cuba akak tanya guru2 pemulihan khas di sekolah, untuk kenal pasti masalah pembelajarannya.
Moga dipermudahkan urusan...moga Adik cemerlang..Insya Allah
Kakak ipar saya pun pemulihan khas juga. Saya tengok dia ni cool aje. Sabar pun ia jugak orang nya.
Padamyg penting Aina boleh terima dan faham keadaannya.
BalasPadamcikgu juga mesti tahu mendidik anak2 sebegini mengikut kaedah pada landasan yg betul..
anak2 ini ada keistimewaan tersendiri jadi pastikan ianya tidak di salah bimbing...
Syabas Aina...teruskan usaha dan kesabarannya ya...bg akak akademik tu duniawi jer...bimbingan rohani adalah segalanya...tp dah namanya hidup, dia pun perlu sedikit kemahiran, Allah dah tentukan rezeki untuknya...pelan2 la ya Aina...sayangi dia sentiasa...moga Allah permudahkan urusan hidupnya..
apakata guna kaedah
BalasPadam1) pandang dan dengar
2)nyanyian
3)video n interactive
4)games
tq
saya dulu juga seorang slow learner. ada seorg guru cina dapat detect awal masa saya darjah satu.kelebihan saya menggunakan photographic memory. jadi dia menggunakan byk kaedah yang saya inform tadi untuk saya belajar. saya rasa seronok bila belajar gunakan games.especially maths.dia gunakan buah,guli dan pelbagai bahan alternatif untuk tarik minat saya. utk english guna kaedah pandang,dengar dan sebut,gambar warna warni dan apa saja pembelajaran seperti bahasa atau yg byk guna perkataan n pemahaman guna gambar n mindmap yang berwarna warni.n tak kurang juga lagu. saya juga diajar lagu utk mindmap tersebut.heheh..byk video pembelajaran dalam videotape.
BalasPadamsaya juga diajar utk main music instrument..piano utk stimulate otak katanya.. wallahualam,..
Tq for info mommyzz.
Padamkak jun! gud luck tau. InsyaAllah boleh. saya dulu pon mak jugak dok mengajaq ..
BalasPadamYg penting kena xtra sabar kan sis...mereka dah lah slow jika kita pulak bangsa yg sikit2 nak melenting dlm mendidik memang tak akan nmpk lah perubahan yg positive nnt....
BalasPadamehm... memang kita kena lebih berilmu pengetahuankan.. kot idak susah yerk... semoga RS mampu menghadapinyer...
BalasPadamcikgu sekolah dia tak rujuk ke hospital ke aina. senang nanti..ada peperiksaan khas buat dia untuk uji tahap mana "slow" dia...
BalasPadam