Chilie's KLCC

9:22 PG JunAina 9 Comments


Terima kasih teman. Belanja kami semua makan best-best walaupun kamu yang akan meninggalkan kami. Balik sahaja dari Doha terus hantar surat berhenti, terkedu semua orang. Perjalanan di tempat baru moga membawa sinar yang gemilang buatmu.



Ann. Bakal melangkah ke syarikat baru. Baru balik dari Doha. Rezeki yang ada di kongsi bersama kawan-kawan, rezeki dari Doha dan rezeki gaji baru. Terbalik daaaa...patutnya kami yang belanja dia. Saya dapat jubah dari Doha...terima kasih dik nanti akak tayang-tayang kat blog.



Kami. Semua pernah satu team buat satu projek dan akhirnya yang tinggal sebaris lelaki terhangat tu dan saya. Tak lama lagi tinggal berdua sebab yang lain-lain bakal bawak diri. Pasrah. Rezeki Allah s.w.t sudah tentukan begitu.



Pagi saya makan nasi lemak jadinya tengahari memang perut tak boleh terima makanan berat lagi. Saya hanya minta ini sahaja, itupun siap bungkus bawak balik sebab bila makan ramai-ramai cuit sana sikit pinggan situ sikit perut pun cepat kenyang.



Saya dan kopi tak dapat di pisahkan. Hairan? Orang Perlis memang macam tu makan tengahari mesti nak minum kopi!


Seorang demi seorang kawan membawa haluan masing-masing mengejar impian mengejar gaji yang lebih baik demi masa depan. Andai itu yang terbaik teruskan teman. Entah bila pula giliran kaki ini melangkah pergi dari sini.



You Might Also Like

9 ulasan:

  1. All the best kepada kawan2 sis.. semoga dapat mkn sedap2 lg bila sorang demi sorang akan meninggalkan tempat kerja ni.. hehe untung lah badan ;)

    BalasPadam
  2. IAllah. Next time rezeki sis pula.. :)

    BalasPadam
  3. best nyer mkn ramai2... mesti havoc kn kak? ;-)

    BalasPadam
  4. wahh bestnya..murah rezeki akak..

    BalasPadam
  5. Salam kak JA:inshaAllah...rezeki kat mana2..jnji senang dgn keje..

    BalasPadam
  6. Begitulah Aina siapa pun macam itu bila dapat tawaran lebih baik siapa tak nak.
    Moga mereka penghijarahan mereka itu membwa lebih kebaikan...

    BalasPadam
  7. Hmmmmm
    Bila dah kenyang.. Mmg tak daya nak habiskan... Kan?
    Bila takda selera lg worst.....

    BalasPadam
  8. seronoknyer kwn tuh... dpt keje jauh msti gaji lg besao... moga rezeki lbh murah... seronok kan mkn ngn kwn2 cuit situ sini skt dh rasa kenyang

    BalasPadam
  9. Bestnya orang belanja..jgn minum banyak kafein sangat akak.. tak baik utk kesihatan.. =D

    BalasPadam