Pagi Ini Dia Buat Perangai
Kejut pagi-pagi untuk ke sekolah dan kebiasaannya tak ada masalah. Dia memang jenis cepat bangun kalau dikejut walaupun waktu sahur pada bulan puasa. Bila dia duduk saya berlutut di belakang dia saya bacakan Surah Al-Fatihah, selawat dan doa penerang hati dengan kuat dan jelas sambil mengusap ubun-ubun kepala dia. Habis bacaan saya tiup ke ubun-ubun dan telinga dia. Kemudian dia bangun dan pergi mandi serta bersiap ke sekolah.
Pagi ini Hikram mula buat perangai. Mengantuk mama...mengantuk mama... Dua tahun bersekolah petang tahun ini memulakan semula sesi pagi mungkin kadang-kadang dia agak letih. Saya tetap buat rutin bila kejut dia bangun. Pujuk pelan-pelan. Peluk dan cium dia. Saya janji cuti sekolah bawa dia jalan-jalan ke Legoland. Walaupun masih merengek dia tetap bangun sebab takut abah bising.
Masa sarapan saya masih memujuk Hikram. Saya bagitau ke sekolah tu seronok, dapat jumpa kawan dan main dengan mereka. Dapat jumpa cikgu yang akan ajar benda baru. Boleh tambah ilmu. Waktu rehat boleh ke kantin dan beli makanan kegemaran dia.
Lepas sarapan minuman coklat dan cornflake Hikram semakin ceria. Walaupun masih ada wajah tak puas hati tetapi saya buat-buat tak faham sahaja. Sebagai ibu saya memang kesian dengan keadaan dia. Saya juga didik hati sendiri supaya lebih sabar.
Rasanya kebelakangan ini saya pasti akan banyak update entri berkenaan Hikram. Cabaran buat dia apabila memasuki Darjah 4 dan cabaran buat saya sebagai ibu juga untuk mengajar dia.
makin bertabah la ibu kekdahnyer ni kan...
BalasPadammemang kalau nak suruh anak sabar kita kena sabar terlebih dulukan... kot idak dia akan jadi seperti kita yang tak sabartu... memang cabaran mendidik merekakan...
BalasPadamInsyaAllah boleh..sabar dan doa..kunci untuk kita..amin..
BalasPadamkadang2 ... kesabaran tu perlu tinggi bila menangani anak waktu pagi2 ni .....
BalasPadamuntuk biasakan bangun pagi tuh memang susah awal2 ni kan...lelama mesti dia ok...kena banyak bersabo pujuk dia...dan kalo sekolah pagi ni tido kena awal sikit...anak2 saya kul 9.30 dah tido kadang kesian kat anak2 kitakan sekolah daripagi sampai petang lepas tu ngan tusyen nyer lagi...kan..
BalasPadamkita ni mak ayah kena bagi perangsang lebih sikitkan..untuk anak2 kita berusaha dan berjaya insyaalah...
Apa lagi usaha sebagai ibu selain doa dan sabar utk mendidik anak Aina.. Tak rugi sebab Hikram adalah anak yg akan membesar dan pasti dia akan tahu kelak siapa perempuan yg tiap pagi kejut, baca doa, siapkan makan-pakai utk dia ke sekolah.
BalasPadamSaya pun susah nak sabar ngan anak-anak pagi-pagi... kelam kabut kan... Akibatnya bulan ni asyik late attendance jer... :(
BalasPadamsaya kalau kejut anak, 2 3 kali baru bangun, tapi kalau ayahnya yg kejut... terus berdesup masuk bilik air
BalasPadameh kak..saya nak cuba jugaklah praktikkan baca fatihah dan doa penerang hati tu kat anak2..
BalasPadamBudak Gundut tu pun setiap pagi mesti ada je perangai nya. Pagi tadi babah nya hantar ke sekolah dia nanges. Dia kata nak balik, nak teman kan nenek. Saya jadi risau. Sebab budak kecil kan boleh tahu benda-benda yang kita tak boleh nak tahu.
BalasPadamMasa salam cium emak pagi tadi pun, lama jugak emak cium pipi saya. Saya terdetik hati sekejap. InsyaAllah tiada apa. Saya sedapkan hati.
Sebaya anak kita sis...anak akk perempuan...bgn pagi tak der masalah cuma tu lah bila bongsu ni manje lelebih..ada lah sekali dua duk merengek-rengek....
BalasPadamsatu hal kan kak...sure pagi2 mama dah menjerit ni...
BalasPadamTahun depan akak akan hadapi masalah serupa sbb Aisyah tahun 4.
BalasPadamMmg Aisyah liat nak bgn pagi.....
Sanggup takpi ambil anugerah tahun lepas....
lepas 3 minggu, Insya Allah ok Hikram tu....pakar motivasi kata, utk sesuatu benda menjadi habit, kita ulang selama 21 hari...nanti body akan biasa...minda akan menerima
BalasPadam