Berita Sedih 2014
Petang semalam Pak Tuan telefon ajak balik, terkejut jugak masih awal jam menunjukkan 5.20pm sebab selalunya dia akan keluar pejabat pukul 6pm lebih. Rupanya dia sedang kecewa. Katanya ada berita sedih. Dia mendapat surat pemberhentian kerja (kontrak tidak di sambung). 5hb Febuari merupakan hari terakhir kerja di syarikat sekarang.
Saya tahu dia sangat sedih. Selepas bersara hampir setahun dia sibuk dengan mencari kerja dan selepas setahun berkerja dia terpaksa melepaskan tugasnya lagi sekali. Saya dalam sedih tetap memberi kata semangat buat Pak Tuan. Insyaallah akan ada percaturan yang lagi baik dari Allah s.w.t buat abang. Akan ada rezeki abang untuk isteri, anak-anak, mak dan kakak-kakak dia juga di tempat lain nanti. Walaupun hati saya turut menangis ketika itu.
Patutlah bos sangat memberi tekanan pada Pak Tuan dalam kerjanya. Ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang tidak betul dan bebanan kerja yang sangat banyak berbanding orang lain. Menurut kata Head Of Security Department bos buat macam tu supaya Pak Tuan letak jawatan sendiri tetapi dia salah orang sebab Pak Tuan memang tahan tekanan kerja. Hati kering. Apalah sangat tekanan mental sebegitu berbanding kerja dia dulu yang tarik mayat kat lombong putus tangan, siasat mayat hilang kepala, tangkap penyamun dan perompak bagai. Satu sebab utama bagi saya adalah ketegasan Pak Tuan sendiri, kalau tak betul big bos pun dia lawan. Sebab itulah di dalam PDRM pun dia lambat naik pangkat walaupun ada squadmate dia yang dah dapat pangkat Dato' sebab dia bukan jenis 'yes sir'.
Faktor umur mungkin saya menjadi lebih tenang menghadapi dugaan. Saya lebih percaya kepada Qada dan Qadar Allah s.w.t dan saya lebih kuat berpegang dengan perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik buat kita. Hari ini disembunyikan matahari seketika buat kita esok siapa tahu bukan setakat matahari tetapi Allah s.w.t juga memberi pelangi pelengkap keindahan.
Moga ada rezeki di tmpt lain Paktuannya.....pasti ada hikmahnya tu...
BalasPadamBuat bizz la kak...x yah keje dgn orng...hehe...
Saya pun turut rasa sedih nya kak. Berapa umur Pak Tuan?
BalasPadamharap bersama yer kak jun & pak tuan..inshaallah ade hikmahnya tuh
BalasPadamIAllahhh. Ada rezeki lain tu nantiii
BalasPadamInsyaAllah akan ada rezeki Pak Tuan kat tempat lain.
BalasPadamkat ofis acu nie pun 30% staf kontrak diberhenti kan... tapi masih ada tolak ansur dilanjutkan 6 bulan untuk bagi kesempatan diaorang ni cari keje lain
insya allah kak.. sentiasa ada hikmah di sebalik sesuatu.. bersangka baik dengan Allah..
BalasPadamInsya Allah...mgkn ada rezeki ditempat lain utk pak tuan..
BalasPadammungkin ada hikmah kak disebalik semua ni...bersabarlah ya
BalasPadamsabar ye kak ... ada hikmah semua nya. InsyaAllah nanti ada rezeki tempat lain ^_^
BalasPadamInsya-Allah akan ade rezeki yang lebih baik Allah janjikan... Kita doa sama-sama yer..
BalasPadamsemoga Jun suami isteri tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini.
BalasPadam..mcm nak sama aja dgn cerita kami suami isteri..apa apa pun yang dapat kita buat ...sabau sajalah.Insha Allah adalah rezeki kat mana mana.
Aina..
BalasPadamUsah bersedih dan putus harap
Rezeki ALLAH itu luas
Tidak di sini.. Disana....
salam kak,
BalasPadamBersabar untuk semua ini mungkin tiada rezeki, manatau ada rezeki lain yang menunggu..
insyaAllah..
BalasPadamada rezekinya tu..
Assalam Kak...lama tak singgah sini...Apa pun semoga dia tabah...ada percaturan yg lebih baik buat dia...InsyaAllah...
BalasPadamdugaan datang tak kira waktu...cuma Allah Maha Mengetahui kemampuan makhluknya terhadap dugaan yang diberikan...InsyaAllah ada sinar..
BalasPadamDugaan untuk Pak Tuan...SA pernah rasa mcm tu bila kita x dihargai lagi...apapun semoga beliau tabah...
BalasPadamrezeki pasti ada di tempat lain dan insyaAllah akan lebih melimpah ruah lagi...
BalasPadaminsyaAllah..
insyaAllah. Rezeki Allah tu luas. Allah yg tuan punya rezeki. Byk2 la mintak pada tuan punya rezeki.
BalasPadamSaya hanya boleh cakap sabar je, InsyaAllah, seperti yang Jun kata "Hari ini disembunyikan matahari seketika siapa tahu esok bukan setakat matahari tetapi Allah s.w.t juga memberi pelangi pelengkap keindahan."
BalasPadamMungkin ada rezeki di tempat lain.. insyallah..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamsemoga lebih tabah.
orang2 yang bukan kaki YES memang gini nasibnya ---------> macam bilang nasib sendiri jugak ni.
Jahat nya cara nya.....itu mcm nak suruh org berhenti....??/
BalasPadambersaborlah Aina..kadang kadang Allah saja nak mnguji hambaNya..mungkin ada rezeki yang lebih baik dari itu..usahlah bersedih...yakin dengan rezeki Allah
BalasPadamLa tahzan,,,,jangan bersedih...rezeki ada di mana-mana.
BalasPadamNanti mesti ada rezeki dekat mana-mana tu. Yang penting jangan putus asa dan kuat semangat.
BalasPadamTurut sedih. Insya Allah ada rezeki baru nanti.
BalasPadamSemoga tabah ye, insyaAllah ada hikmahnya, moga Allah menggantikan dengan yang lebih baik.
BalasPadamInsyaallah..ada rezeki lain nanti tu..
BalasPadamBersyukur... bersyukur. Ada hikmahnya yang kita belum nampak. Kenang sejenak, ada orang yang jauh lebih malang nasibnya di luar sana.
BalasPadamsetiap dari kita diberi ujian berbeza aina...pasti ada kemudahan dalam setiap kesulitan..
BalasPadamBad time has come. Kita sebok cakap politik tak perasan economy merudum.tahu sana sini org diberhentikan.
BalasPadamdugaan di awal 2014 ye kak... tp perjalanan thn ni panjang lg... mesti ada hikmah di sebalik semua ini... insyallah akan ada rezeki di tempat lain bt suami akak...
BalasPadamInsya-Allah ada rezeki di tempat lain........
BalasPadam