HUKM Lagi.

12:30 PTG JunAina 14 Comments


Setahun lepas bermula episod duka kami sekeluarga di sini, sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir tidak lama kemudian. Dua hari lepas sekali lagi hati di pagut resah bila suami sepupu pula di pindahkan dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ke HUKM.


Terpaksa kuatkan hati dan semangat untuk bergi mejengah sepupu dan suaminya. Sampai di hospital kenangan itu terbayang satu-persatu, tak mampu kaki untuk melangkah. Hiba.


Teman-teman ku mohon doa kalian buat suami sepupuku agar di permudahkan perjalanan kesihatannya. Ketumbuhan di tengkuk telah mula menapakkan kesan. Pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan ketumbuhan dan doktor perlu memastikan ia bebas sel kenser. Tulang temulang di bahagian tersebut akan diganti dengan plat dan kos plat sahaja mencecah Rm19,800. Alhamdulillah kerana kedua mereka merupakan kakitangan kerajaan bermakna kerajaan akan menanggung segala kos perubatan.


Siapa kita untuk menolak takdir Ilahi juga tidak termampu kita melawan kehendaknya yang pasti kita masih mempunyai harapan dengan berusaha dan berikhtiar. Setelah melalui saat getir ketumbuhan di otak 6 tahun lepas sekali lagi Allah s.w.t menguji mereka dan saya sentisa mendoakan semangat mereka akan kental sebagaimana 6 tahun lepas dalam menempuhi saat-saat begini.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. semoga yg menerima ujian ...tabah dan bersabar...

    BalasPadam
  2. Allahuakbar. Moga moga allah permudahkan segalanya.

    BalasPadam
  3. Semoga allah permudahkan segalanya kak...

    BalasPadam
  4. mereka org yg terpilih dgn ujian yg diberi...
    Semoga sihat & sembuh seperti selalu...

    BalasPadam
  5. Allahurobbi.... betullah Aina siapalah kita utk menolak segala ujian dariNya
    Doa kakak juga moga semuanya dipermudahkan dan kembali ceria hendaknya..

    BalasPadam
  6. ya Allah kak...lieya yg tak kenal pun rase sayu dan sedih bace kisah nie...ini kan pula sanak saudara terdekat....moga die kuat dgn dugaan Allah nie kak....moga Allah berikan keajaiban agar kesihatan dia sihat kembali.....

    BalasPadam
  7. Betul sis...setaip perancangan terbaik kita lakukan DIA terlebih dahulu merancangnya utk kita kan..Semoga sepupu kamu bertabah....Ingat 5 perkara..Sihat sebelum sakit ....Allah disisi insan2 yg tabah kan sis...

    BalasPadam
  8. semoga pembedahan berjalan lancar kak..

    BalasPadam
  9. Aina
    Akak pun pernah mendapatkan rawatan disini. Alhamdulillah. Kepakaran doktor yang merawat membantu penyembuhan. Bukan menidakkan kuasa ALLAH Swt...
    Semuga pembedahan yang akan dilalui berjalan dgn lancar dan semuga segera penyembuhannya.
    Kadang2 akak ingat sakit akak yang teruk tetapi ujian penyakit suami sepupu u ni lebih berat...
    Semuga segera sembuhnya.

    BalasPadam
  10. harap semua nya selamat lah kak

    BalasPadam
  11. Ya Allah....moga Allah lindungi hamba Allah bekenaan...sayu hati baca entry akak nih....umi Qi doakan agar beliau tabah hadapi ujian Allah...Allah syg sbb tuh Allah uji...subhanaAllah...

    BalasPadam
  12. saya doakan moga dipermudahkan urusan mereka..

    BalasPadam
  13. Semoga tabah menghadapi segala ujian dari Allah.... Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer ;)

    BalasPadam
  14. Moga suami sepupu awak tu tabah yeh JA....apalah yg mampu teman alamaya ni buat kecuali doa kesembuhan utknya...

    BalasPadam