Main Badminton di Ampang Sports Planet

12:00 PTG JunAina 13 Comments


Jumaat. Saya bailik pukul 12 tengahari tentunya. Yeyyyyyy...!!!!


Hari ni ada perlawanan badminton bagi department kami di Ampang Sports Planet. Perlawanan suka-suka sahaja dan saya terpaksa main. Gila kot! Berbelas tahun raket dan bulu ayam tu saya tak pernah pegang tiba-tiba hari ini kena main dan berlawan pulak tu. Haissshhh...memang lepas ni saya kena bahan teruk-teruklah.


Pukul angin akan jadi isu biasa bagi mak orang yang dah tak aktif ni. Main boling bolehlah baling je bola tu paling-paling pun masuk longkang. Ini dengan mata banyak dok menengoknya saya pula terlompat-lompat tengah court tu. Tapi saya selamat sebab kami ada 4 court jadi masing-masing akan sibuk dengan perlawanan mengikut group di tetapkan.


Sabtu dan Ahad bolehlah saya rehat sambil tinggikan kaki sebab yang pasti betis saya mesti kejang. Ada sapa-sapa nak jadi pom-pom girl. Jom!


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Kak. Kak! Laa dah 12.30 patut pun tak de. Dah balik.

    BalasPadam
  2. seronoknya sekali sekala beriadah main badminton...seronokkkk

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Aina

    dah sediakan minyak panas ke.....he he

    BalasPadam
  4. bila dh lama tak main, sekali main terus takleh bangun seminggu! hahaha

    BalasPadam
  5. Awak mesti sport girl suatu masa dulukan JA...hebatnya...

    BalasPadam
  6. saya dah lama betul tak main badminton!

    BalasPadam
  7. Dah lama tak main badminton..

    BalasPadam
  8. Kak ni semua sport kena main. Kena cari info camna nak ajar. Lagi parah..

    BalasPadam
  9. So mcm ne....monang tak...??

    BalasPadam
  10. igtkn bblh main futsal je kt ampang sport planet tuh..blh main badminton jgk rupanyer.. gile jakun zura nih.. hahahaah

    BalasPadam
  11. Seingat Bunda...Bunda main badminton dengan anak2 sepuluh tahun lepas.. haha..

    BalasPadam
  12. ohh...sama ler kita dah lama tak main badminton....tgk ler skill yang terpendam tu...

    BalasPadam