Bantuan Persekolah 2014

9:09 PG JunAina 22 Comments


Rezeki anak-anak dapatlah Rm100 seorang. Jadinya hari ini mak terpaksa kerja separuh hari sebab nak ambik duit bantuan persekolahan. Ini bagi sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di tempat sayalah. Abang saya hanya tandatangan surat wakilkan dia ambik sendiri duit tu. Masalahnya adik pula memang mak kena pergi ambik kat sekolah.


Bagi saya yang bekerja jauh memang akak tersepit dengan masa yang di beri. Nak halfday pagi pun susah sebab takut urusan selesai lambat nak halfday petang pun rasa macam tak sempat nak sampai sekolah pula. Tawakal sahajalah. Saya harap sempatlah kejar train dan kejar bas dengan masa yang diberi. Sekolah menengah 11am - 1pm, tak ada masalah abang ambik sendiri. Sekolah kebangsaan 11am - 2pm.


Duit ini rasanya hanya akan di masukkan ke Tabung Haji anak-anak sebab peralatan dan buku sekolah semua mak dah sediakan. Simpanan demi masa depan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


Ini untuk sekolah-sekolah negeri Selangor negeri lain mungkin akan ikut Pejabat Pendidikan masing-masing.


You Might Also Like

22 ulasan:

  1. Belum dapat surat lagi dari sekolah. Berperingkat-peringkat ni.

    BalasPadam
  2. Anak2 kakcik yang 2 orang tu tak bagi tau pula bila dapat RM100

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agaknya duit dah masuk akaun sekolah cikgu tak mau tangguh2 bagi kot Kak Cik... Kebanyakan sekolah memang belum bagi lagi.

      Padam
  3. Balasan
    1. Semua negeri dapat tapi sekolah anak akak cepat sikit kot....

      Padam
  4. sekolah anak2 saya blom lagi kak.. mungkin minggu2 dpn kot.

    BalasPadam
  5. Beruntung murid-murid sekarang. Zaman akak sekolah dulu, ada yuran sekolah, RM2.50 SR dan SM RM5.00 sebulan. Ini belum lagi yuran tahunan.

    BalasPadam
  6. As-salam aina..

    saya pun begitu, duit bantuan akan jadi simpanan anak-anak.. semoga segala urusan akan dipermudahkan hendaknya.. insyaAllah..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah...rezeki anak2 kan kak...betul2 tu kalo lieya pun dpt nanti simpan dlm asb dieorg sbb barang2 sekolah semua dah settle kan...hak mereka better kite simpan kan kak....

    ape2 pun moga semua dipermudahkan kak yeak...akak pun hati2, jgn nak cepat sgt akak kelam kabut....takut laa jatuh ke ape kang nanti...in sha Allah sempat tu kak....

    BalasPadam
  8. Duit tu nanti boleh digunakan masa nak masuk Uni.

    BalasPadam
  9. alhamdulillah.. tak dapat banyak sikit pun dapat ringankan beban ibu bapa kan kak..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah rezeki anak2......

    BalasPadam
  11. Dapat.. simpan terus.. kalau tunjuk kat dorang mulalah panjang akal dorang..

    BalasPadam
  12. alhamdulillah untuk dorg gak..boleh guna masa masuk U nnt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit masih dlm purse tak sempat nak gi bank...:)

      Padam
  13. beznye anak2 skrg terima br1m..dgn wang tu mmg membantu persekolahan anak2..

    BalasPadam
  14. eh bantuan persekolahan tu dah boleh ambik ke Aina..takde dengar apa2 berita dari sekolah pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ambik Kak Ida hari Khamis lepas.

      Padam
    2. JunaAina
      akak baru tanya cikgu sekolah katanya dalam minggu ni..anak2 yg akan ambil tp bawa salinan IC penjaga yg telah di tandatangan..

      Padam
  15. Anak sy pulak esok ngan lusa. Tgh pk cem mn nak ambik ni sbb syg nak cuti. Nak pg pun x de transport. Aina keje mana. Anak anak sklh kat mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 Aina ambik hari yg sama sekolah menengah dan sekolah kebangsaan sebelah menyebelah je tapi yg sekolah menengah ambik sendiri mak hanya tandatangan surat kebenaran.

      Aina kerja kat Jalan Ampang dan anak2 sekolah kat Kajang. Dulu2 merempit sekarang dah pencen jadinya terpaksa guna pengangkutan awam takut tak terkejar masa.

      Padam