Lain Padang lain Belalang

5:17 PTG JunAina 11 Comments


Kena balik kelebek almari cari fail. Dulu-dulu sahaja saya selalu belek fail ini, sejak 8 tahun lepas saya sendiri tak pasti apa dah jadi dengan fail itu. Hari ini mintak esok nak, harus kena punggah satu almarilah mencarinya.


Lain padang lain belalang, lain bos lain pula cara pengurusan. Terima seadanya. Diakan bos... Salinan ada sahaja dengan HR tapi entahlah dimintanya pula dengan staff. Jenuh saya nak mencari fail sijil saya nanti. Dah tak ambik tahu ingat nak pencen kat sini ja nanti. Terpaksa juga cari malam nanti.


Cerita pasal bos ni kadang-kadang bila duduk kat atas janganlah nak pembaharuan mendadak, terkejut semua pekerja. Lagi-lagi bila bos bahagian lain tak buat macam tu tiba-tiba hanya bahagian kita nak buat, mula timbul 'besar punya tanda soal atas kapla'.


Sejak bekerja di sini saya bernaung di bawah 3 orang bos yang pertama Mat Saleh, yang ke dua Melayu dan sekarang berbangsa Cina. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan tersendiri tetapi ramai orang lama melihat kelemahan bos sekarang sebab dia bermula dari bawah di sini dan saya menerima seadanya walaupun sesekali hati tu goyang jugak.


Sebagai orang bawahan terimalah seadanya sebab saya tidak ada keinginan lagi untuk pergi interview di tempat lain tetapi sekiranya keadaan mendesak mungkin habuk-habuk di fail saya tu kena tepuk-tepuk jugaklah.


You Might Also Like

11 ulasan:

  1. Lain padang lain belalang lain jugak mesin penebang lalang nya.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah,
    Bersyukur dapat Bos yang baik baik belaka. kelemahan ditegur utk diperbaik dan ditingkatkan produktiviti.

    Nak share sikit, dulu saya ada seorang Bos yg sangat sombong. Sangatlah sombong sebabnya. Saya pernah tegur typing error dlm memo yg dia taip sendiri. "for jadi fro" from jadi form..bila saya tegur saya disindir perli. Kununnya Bos is always right! Dlm hati saya pale hotok mung, mung balik kapung makang ikang cicoh budu pun dok gheti!

    Ada lagi pilih kasih dia.. saya bertungkus lumus siapkan degree Finance selama 3 setengah tahun utk naik pangkat (berangan dulu) . Bila grad lepas konvo memang naik pangkat, pindah department, saya gumbira..tup2 dia pun naikkan clerk dia jadi executive mcm saya. Kita berpeluh berairmata darah berusaha bertahun2 dia senang2 promote clerk dia yg tak pandai BI tanpa diploma tanpa degree . Itu rejeki dia kan. Tapi sangat tidak adil lah kan..? kan kan... Dan lagi, suatu hari selepas dia mengugut saya dlm satu isu , Tuhan balas balik esoknya dia di hamput dan dimaki hamun oleh Tan Sri CEO syarikat kami. Padan muka dia, kan, kan, kan... walhal sebutir sawi pun saya tidak pernah memburukkan dia kpd Tan Sri itu... hmmmm.. Bos kangkung sangat. Selepas setahun dua peristiwa itu baru lah saya terdengar desas desus dari staff lain yg dia memuji2 saya. hmmm...dasar

    BalasPadam
  3. pernah jugak merasa apa yg akak rasa
    sampai menangis dibuatnya
    dia ikut mood..klo mood dia ok..ok la cara ckp dia..klo mood x ok..sikit salah..habis...
    sabar je la
    Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

    BalasPadam
  4. patutnya kalau bermula dari bawah, lebih faham karenah org di bawah

    BalasPadam
  5. Salam JunAina..lama ummi tak singgah.
    Moga tetap happy bekerja dengan bos-bos baru :)

    BalasPadam
  6. Macam2 hal bos ni kan..yg pegawai akak pulak selalu anggap staff bawahan ni terus pandai bila buat keja yg ditugaskan..dn yg tk tahan suka banding2kan..

    BalasPadam
  7. uikssss boleh plak macam tu ye kak.. padahal rekod tu semua masa mula2 masuk kerja dah ada dalam file HR.. hurmm mcm2 hal

    BalasPadam
  8. Biasa la Aina.. bos kalau baru macam2 ... kat sini pun sama....
    tapi.. kalau makchaq depa mintak sijil asai... kena berenti la agaknya.. dah tak tau dok tang mana..

    BalasPadam
  9. uhuk uhuk uhuk !!!
    batuk!
    banyak habuk!!!

    BalasPadam
  10. politik pejabat, kadang2 pening jugak...

    BalasPadam