Rindu Pasti Bertamu di Relung Hati

2:24 PTG JunAina 25 Comments


Hari ini Rabu, 28hb Mei 2014 merupakan hari terakhir untuk saya berkidmat di syarikat yang membuka ruang serta peluang kepada saya untuk meneroka bidang baru yang banyak mengubah hidup saya. Tujuh tahun cukup untuk membuat hati saya berat untuk melangkah. Andai bukan kerana terpaksa pasti saya masih di sini.


Barang-barang telah saya angkat bawa balik ke rumah pada hari Sabtu yang lalu yang kebanyakannya adalah buku-buku rujukan dan nota-nota kerja. Banyak ilmu yang dapat saya timba di sini moga akan semakin banyak ilmu yang dapat saya timba ditempat baru.



Kek red velvet khas buat kami bertujuh yang akan mengakhiri perhidmatan di syarikat.



Farewell di adakan semalam sehari sebelum hari terakhir. Makanan adalah sangat super sedap nasi putih, ayam goreng berempah, masak lemak daging salai, ikan bakar (cencaru dan kembung) bersama air asam, sayur campur, telur masin, ikan masin, ulam kacang botor, timun dan selom, sambal belacan, buah tembikai, air teh o ais limau dan bubur pulut hitam. Juga sebiji red velvet kek.



Ramai-ramai bermonopod!

Saya sedang sibuk hai-hai bye-bye kawan-kawan pejabat. Kesibukan pergi-balik hospital tengok Alya menghadkan waktu saya untuk makan-makan kali terakhir bersama kawan-kawan sepejabat tengahari tadi tapi saya tetap berpuas hati bila dapat memeluk Alya dan mencium wangi rambut dia.


Akhir kata moga Allah s.w.t memberkati perjalanan pekerjaan di tempat baru nanti, mempermudahkan urusan kerja dan membanyakkan rezeki saya agar dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Walaupun hati saya bersedih tetapi hidup masih perlu diteruskan.


You Might Also Like

25 ulasan:

  1. mcm x pecaya je...lps ni keje kt mn kak?

    BalasPadam
  2. all the best in your future undertakings kak, dan semoga segalanya dipermudahkan...rindu tu dah pasti kak, tempat kita selama lebih dari 5 tahun kann???

    BalasPadam
  3. Memang berat hati kan bila terpaksa meninggalkan tempat yang lama.. ngan kawan² yang ngam..tapi tak per mungkin tempat baru lebih baik lagi.. :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Yakinlah dengan Allah. Insya Allah jiwa terasa ringannya.

    BalasPadam
  5. Bila kita dah lama berkhidmat June .. memang terasa sedih utk meninggalkannya kan.. semoga Jun suksess di tempat yg baaru :)

    BalasPadam
  6. goodluck dear!! moga bertambah murah rezeki di tempat baru :)

    BalasPadam
  7. all the best kak..
    hope kat tempat baru nnt lebih bahagia :)

    BalasPadam
  8. Tak per lah sis...tmpt lama tak akan dilupa..sahabat lama teringat sentiasa..tmpt baru rajin2..akan bertambah pula kenalan yg lain...InsyaAllah..

    BalasPadam
  9. Oohh..akak dapat dah kerja lain ya? Alhamdullilah....

    BalasPadam
  10. Sedih bila kita dah serasi di situ kan..
    Apapun all da best :)

    BalasPadam
  11. Lepas ni bertukar kerja kat mana pulak?...
    Semoga lebih di murahkan rezeki di tempat baru nanti...

    BalasPadam
  12. ya Allah kak..sedih sgt....tempat dah lame kite bekerja tetibe nak tinggalkan ....akak kuat kan....moga akak ceria2 yeak lepas nieh...

    meriah tgk menu semua kak...mcm2 ade atas meja tuh....kek pun nampak sedap....

    BalasPadam
  13. Moga berjaya di tempat baru nanti..
    psstt: part gambar reramai tu teringat petang semalam di KLIA..

    BalasPadam
  14. semakin Allah berikn yg terbaik untuk Aina di tempat baru..aamiin

    BalasPadam
  15. mmg sedih .. sy pon baru merasai nye >_<

    BalasPadam
  16. sedihnya bila nak meninggalkan sesuatu yang dah lama jadi sebahgian dari diri kitakan..tapi kalau itu yang terbaik apa lagi yang harus dibuat..;)

    BalasPadam
  17. ya hidup perlu diteruskan , semoga tempat baru memberi harapan baru.

    BalasPadam
  18. tukar keje kat mana lak kak jun?

    BalasPadam
  19. JA..... selamat berpisah....hehe..Tak nangis ke? Dulu OKje masa farewell mmg berjurai air mata tak tertahan tahan lagi

    BalasPadam
  20. semuga sukses di tempat baru nanti..

    BalasPadam
  21. Selamat menjalani hidup ditempat baru yer Kak Aina... Jangan lupa update blog.. walaupun kengkadang sempat jadi silent reader jer.. :)

    BalasPadam
  22. semoga tempat baru aina lebih 'bahagia'. :)

    BalasPadam
  23. Selamat berkhidmat di tempat baru aina

    BalasPadam
  24. moga bahagia di tempat baru :)

    BalasPadam