Hari Cuti Saya
Jumaat.
Berangan-angan nak sambung tidur lama sikit sebabnya hari ini saya cuti! Esok Deepavali jadinya tempat saya cari rezeki akan bercuti pada hari sebelumnya rutin cuti umum yang jatuh hari Sabtu. Tapinya saya hanya cuti dari kerja-kerja pejabat, kerja-kerja sebagai isteri dan ibu tetap berjalan seperti biasa. Terasa nak terbang jauh-jauh dan landing-landing atas katil di hotel sepanjang hari tanpa gangguan!
Hari ini banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum saya bertolak balik kampung esok. Ahadkan majlis kahwin abang saya! Alhamdulillah perjalanan kali ini akan ditemani suami tersayang, dah lama kami tak balik Perlis bersama-sama. Bahagia. Walaupun dia akan duduk kat sebelah sebagai co-pilot sahaja tetapi perasaan tu tetap lain dari balik dengan anak-anak sahaja.
Sekejap lagi nak kemas-kemas rumah sebab saya tidak suka tinggalkan rumah dalam keadaan bersepah sedapat mungkin biarlah balik semula nanti rumah tersusun rapi sahaja. Nanti nak jelaskan bil Celcom yang bill collector asyik calling-calling kerana Rm125 tu. Sampai nak ambil tindakan mahkamah bagai. Layannnn jelah... Cerita itu ada kat sini tak mau fikir-fikir sekarang nak ambik mood happy nak balik kampung.
Nampak bantal...nampak bantal...tidur kejaplah....zzzzz...
saya pun cuti hari ni.....seronok rasanya..
BalasPadamsemoga gembira balik kampung nanti..bestnya tu, balik mana?. arap kes celcom ni juga cepat selesai k...
best dah cuti. kita kerja lagi..,.
BalasPadamSyoknya cuti...sy ni...hari2 dok buat keje yg sama...sabtu ahad..juga begitu...huhuhu....
BalasPadamBlik perlis ye kak...moga selamat perjalanan pgi dan balik...tahniah dpt kakak ipar...:-)
syok nya balik kampung
BalasPadamacu tak balik
minggu nie nak berehat ja kat rumah
dah 2 kali weekend asyik keja ja
jangan masa drive pun nampak bantal ye kak.
BalasPadamBertuah betul Aina ni tau. Kakak kerja nie jeles dengar Aina cari bantal hihi...
BalasPadamMoga perjalanan balik utk merai dapat kakak ipar baru berjalan lancar.
kawan saya pun patut cuti jumaat..tapi dorang mtk tukar ke isnin..so dapatlah sederet 4 hari...untunglah..saya juga yg kena kerja..hahaha..
BalasPadamselamat bercuti.. syioknyer dapat cuti...
BalasPadamcelcom memang gitu.. tapi mungkin der orang lain yang buat pasal... tu yang dia kenakan sama ratajer...
selamat bercuti kak.. saya pon cuti lama..sampai selasa.. hiksss
BalasPadamamboiiii.. awalnye cutiii~
BalasPadamneh jeles neh~
zura pon balik kampung gak. malam nih, balik Terengganu.
balik untuk settlekan hal2 majlis perkahwinan adik lelaki zura pertengahan November nanti.
selamat balik kampung..:)
Terima kasih sebab sudi singgah blog zura, salam kenal yer. folow sini jugak..:)
celcom...buruk nyer perangai...smpi nk ambil tindakan mahkamah? melampau tu kak...
BalasPadamWah...jln jauhlah akak. Bestnya...dah lama tak ke perlis. Suka dgn suasananya. Teringat kmpg!
BalasPadamHati hati drive tu JA......jauh perjalanan tu....bukan dekat! Mesti dah sebok kat kg tu
BalasPadamHappy holiday akak..semoga selamat sampai.. =D
BalasPadam