Cemburu Bertempat

11:48 PG JunAina 16 Comments


Balik kerja kala matahari sudah hilang di telan gelap malam. Masuk rumah apa yang disibukkan tentulah di mana anak-anak. Buka beg keluarkan telefon bimbit letak atas meja, masak air dan keluar ke rumah adik perempuan saya yang hanya 15 langkah dari rumah. Lega tengok Hikram leka melukis. Main-main dan layan si kecik Alya, usik-usik kasi nangis sikit apa lagi balik lah.


Masuk rumah tengok Pak Tuan sibuk dengan telefon bimbitnya, memang dia akan sibuk sikit sebab terpaksa  buat laporan untuk shift malam dua bangunan dalam jagaan dia. Kat rumah pun masih sibuk dengan urusan kerja. Isteri kadang-kadang muncung jugak.
'Telefon tu banyak kali dok bunyi'
Saya ambik tengok saya letak balik. Buat tak tahu.
'Lim mana pulak dok telefon malam-malam ni?' dia tanya sambil jeling-jeling paku, nada suara dia tu buat saya geram sebenarnya.
'Apa nak cemburunya dah tua-tua ni abah, kedut sana kedut sini. Rambut pun semakin banyak putih berbanding hitamnya'
'Yelah Lim tu siapa, banyak kali call pulak tu?'
'Lim tu budak Indonesia dok atas tu'
'Apa Lim pulak' rungutan tak puas hati lagi.
'Yelah nama dia Halimatulsaadiah panggilnya Lim'
'Bukan Lin ke?'
'Mana-mana jelah abah' ayat malas nak gaduh...ahahhaa...


Tak lama lepas tu terdengar orang bagi salam kat pintu. Pandang je Lim ada kat pintu katanya datang nak urut kaki saya yang sakit tapi sebab Pak Tuan ada dia kata lain kali sahajalah. Borak-borak lebih kurang Lim balik. Saya masuk rumah ambil bantal baring sambil senyum-senyum pandang Pak Tuan. Apa la tua-tua pun nak cemburu tapi I tau la I ni lagiii muda dari U...ahahhaaaaa...



You Might Also Like

16 ulasan:

  1. seronok tengok cemburu-cemburu macam ni..cemburu tanda sayang..;)

    BalasPadam
  2. Tu tanda SAYANG kak Aina... Bertuahnyer... :)

    BalasPadam
  3. hihihihi.. cemburu kan sayang..

    BalasPadam
  4. HEHEHEHEH cemburu tanda sayang :)

    BalasPadam
  5. cemburu tandanye sayanggggg.
    gelak2 zura baca n3 nih.

    BalasPadam
  6. hahahaha cemburu kan tandanya sayang.. tak kira lah rambut putih lagi bnyk dari rambut hitam..hehhee

    BalasPadam
  7. Cemburu mesti ada he he..tak kira tua atau muda...

    BalasPadam
  8. keh keh keh...biase la kak..jaman skrang semua kene ade curiga....tapi tu laaa kalo pikir bende negatif sgt pun tak elok kan kak....tak baik cemburu buta nieh....

    BalasPadam
  9. Mesti la Pak Tuan cemburu... dah banyak kali orang ingat Aina anak dia..

    BalasPadam
  10. sooo sweettt...cemburu tanda sayang....

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum Aina

    ha ha....
    itu tandanya sayang

    BalasPadam
  12. hahahaha...Ingatkan Lim Ah Beng!

    BalasPadam
  13. hikhik kelakar la kak..hadoi
    aah bikin suspens je nama lim tu rupanya gegirl
    makin berusia makin sayang..hihi
    moga akak n hb snetiasa bahagia
    isi tabung nuffnang sini-darlie

    BalasPadam
  14. Mestilah cemburu....bini katanya hehe....masih muda bergetah pulak tu hehe

    BalasPadam