Penangan Ah Long Yang Katanya Nak Tolong
Satu kisah buat pedoman. Satu cerita yang hanya pendek tiba-tiba jadi panjang berjela.Kait mengait antara satu sama lain. Heboh. Saya serba salah.
Entah di entri mana saya pernah bercerita. Lupa.
Kenalan dengan harapan ingin menggunakan nama untuk membuat pinjaman Rm50k.
Rezeki saya agaknya. Kalau dipinjamkan nama dulu bermakna pinjaman perumahan saya tak akan lulus kerana melebihi had.
Cerita itu tak habis di situ. Rm1k saya pinjamkan sebelum itu. Bayar.
Lagi Rm1k pinjam juga di jelaskan mengikut perjanjian. Last Rm500 bila saya tak boleh lagi nak bagi Rm1k. Selepas itu minta pinjam lagi untuk belanja raya tapi saya memang tak boleh nak tolong. Saya kesian sangat tapi apakan daya. Sampai saat ini. Saya akur. Dia dalam kesusahan. Masa ini masa dia mana tahu esok-esok masa saya. Tak pernah saya meminta, bertanya atau mengingatkan bagi saya dia lebih faham apa perlu dibuat. Mungkin dia masih sesak.
Banyak cerita dari kawan-kawan lain jugak. Nak pinjam nama buat loan. Nak pinjam duit bilamana dia tahu semua jumlah gaji kita orang. Kasihan kawan-kawan tetap di beri. Bayarnya sikit-sikit, tak apalah bayar jugak.
Saya tahu cerita sebenarnya tapi saya kuncikan mulut dengan kawan-kawan yang lain. Biarlah kalau hendak bercerita datang dari mulutnya sendiri. Bukan saya menabur cerita. Cerita susah yang lama-lama jadi semakin susah. Kusut. Masai. Susah sudah hendak di rungkai. Saya simpan segalanya dalam hati.
Bukan tidak mahu membantu tetapi saya juga ada tanggungjawab sendiri. Keluarga saya juga perlu dibantu. Bukankah sebaik-baiknya pemberian adalah kepada keluarga terdekat kemudian jiran tetangga.
Pengajaran buat semua. Sesusah mana, sesengkek mana jauhi diri anda semua dari Ah Long, lintah darat, ceti dan seangkatan dengannya. Sebenarnya bukan nak tolong tapi semakin menjerat. Biarlah di jari tidak bercincin, biarlah di lengan tidak bergelang, biarlah dileher tidak di gayut dengan emas sebesar kelingking asal kita tidak berhutang dengan mereka ini. Buruk padahnya. Hidup tak terurus. Penuh ketakutan. Fobia melihat akaun sendiri yang disedut Ah Long setiap kali terima gaji. Tiada yang berbaki. Kemudian cari Ah Long lain untuk selesaikan yang pertama akhirnya bertapuk-tapuk sudah jadi dua Ah Long perlu di uruskan. Takut!
Bukan niat dihati membuka aib kawan sendiri sebaliknya cuma berkongsi kisah supaya dapat dijadikan pedoman supaya kita juga tidak tergelincir dengan masalah yang sama. Pemberi pinjaman memang dengan senang hati akan memberi duit dalam masa stu hari sahaja tetapi semudah mereka memberi semudah itulah juga mereka harapkan pembayaran dari kita. Sila faham. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk daparkan kembali duit yang dipinjamkan.
Biar pnjm dgn bank drpd pnjm ah long...tgk mcm2 kes sy pn tkt....
BalasPadamharu,,,,,,bab ni
BalasPadamyang pentingnya berbelanja biar berhemah... ikut kemampuan sendiri. Tak perlu kita nak ikut kemampuan kawan-kawan sekeliling kita... nasihat untuk diri sendiri... minta dijauhkan dari berhutang keliling pinggang
BalasPadambetol akak...takut dengar macam2 kes keluar berita dan newspaper pasal along ni
BalasPadamBetul tindakan akak. Kalau rasanya cerita itu lebih menjurus kepada keburukan dan membawa aib pada empunya badan, maka jangan la diceritakan. Sekali akak cerita pada A, A akan cerita pada B dan seterusnya, setiap kali cerita itu berulang, setiap kali itu juga la saham akhirat akak akan terkumpul.
BalasPadamBiarlah kita tutup rahsia orang lain di dunia ini. Allah akan tutup rahsia kita di akhirat nanti.
hurm, serba salah jadiknya kan..tak tolong kang kawan kecik ati, tolong kang kita plk yang susah....
BalasPadamItulahkan RS... Takut ni berhutang... Hutang kereta rumah pun dah cukup menyesakkan... Apa yg ada ajelah ... Kalau boleh tak suka berhutang dan memberi hutang!
BalasPadam