Keputusan SPM 2013

8:00 PG JunAina 8 Comments


Selepas tamat sahaja PLKN bagi pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 terus terima keputusan. Tak sempat nak melepaskan lelah latihan datang pula debaran keputusan. Latihan PLKN Sesi 1/2014 dengan rasminya tamat Selasa atau Rabu bergantung kepada kem. Ibu-bapa juga tak kurang debaran, silap-silap anak tidur nyenyak ibu-bapa pula berkeluh-kesah tak mampu melelapkan mata.


Bagi anak-anak mungkin lebih teruja untuk mengambil keputusan peperiksaan di sekolah, disamping dapat berjumpa rakan-rakan dan guru mereka akan sama berkongsi kegembiraan tak kurang juga kesedihan bila harapan yang diletakkan tidak tercapai. Bagi ibu bapa yang tidak sabar menunggu anak pulang bolehlah mencuba cara alternatif yang telah di sediakan iaitu melalui sms.

Taip : SPM (Nombor kad pengenalan)(angka giliran) hantar kan sms kepada 15888

Pastikan anda menyimpan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran anak-anak. Kemudahan ini diaktifkan bermula pukul 10 pagi 20hb Mac 2014.


Terlebih dahulu 'TAHNIAH' buat anak-anak yang berjaya, bagi yang kurang berjaya usaha lebih di masa hadapan dan bagi yang gagal masih ada lorong-lorong lain yang boleh dipilih. Sijil itu penting tetapi ilmu bukan sahaja terletak pada sijil. Kerajinan, ketekunan akan membuahkan seribu kejayaan. Paling penting jangan berhenti berusaha dan berdoa.



You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Acik pun berdebar jugak ni aina

    BalasPadam
  2. hari ni hari yg penoh debaran la utk anak2 yg amik result spm kan kak...utk mak pak pun same gak debornye....

    in sha Allah dgn usaha yg baik dan bersungguh pasti dpt keputusan yg setimpal dgn usaha ..... perjalanan hidup mereka baru bermula....pilih la bidang yg sesuai tuk sambung pelajaran....

    BalasPadam
  3. Saya tak de kena mengena tapi tetap berdebar.

    BalasPadam
  4. dah nak kuar result yer..

    *kak, pasal kad OKU tu saya tak pasti la plak kak, tak tanya pulak abah.. InsyaAllah nanti saya tanya abah, saya gtau akak semula

    BalasPadam
  5. yg x amik spm ni pn berdebo jg ;-)

    BalasPadam
  6. gd luck utk semua anak2 yg amik spm 2013 yer

    BalasPadam
  7. jangan kata calon, ibubapa pun turut berdebar-debar.. yang membaca entry ni pun tak kurang jugak.. ;)
    sama2 berdebar nak tau keputusan SPM kali ni..

    BalasPadam
  8. tuler harapnyer walau apaun keputusannyer terimalah ... itu yang terbaik utnuk mereka...
    yang penting langkah selepas keputusan iini...

    BalasPadam